You are on page 1of 8

Kaedah memasang OSx86 ke dalam komputer

Tiada cara yang begitu mudah untuk memastikan cubaan pertama itu berjaya.Kejayaan sebenarnya adalah satu himpunan kegagalan demi kegagalan.Tidak putus asa adalah penghubung antara kegagalan dan kejayaan!

Persediaan Awal
Mengenalpasti hardware komputer dan perkara berkaitan Sebelum anda berkir untuk memasang Mac OSX ke dalam komputer anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenali komputer anda secara detail. Hardware Specs: Motherboard: intel, amd, etc. Video: nV, ATI, etc. Data storage: SATA, PATA, ATA, USB, etc. Soundcard: Network devices: dan lain-lain yang berkaitan (keyboard etc) ..... *segenap perkara yang berkaitan. Di dalam windows, anda boleh memeriksa dan mengenali hardware anda dengan beberapa cara: -Control Panel > System > Hardware Devices (klik pada tab detail untuk maklumat detail) -mengenali CPU mengunakan perisian CPU-Z Di dalam Ubuntu, sila pergi ke system > preferences > hardware information ATAU.. Semasa anda boot ke dalam OSX DVD untuk proses installasi, pergi ke Utilities > System Proler dan anda akan mendapati komponen hardware bagi komputer anda akan terpapar disitu. NOTE: Apple yang membangunkan Mac OSX tidak hanya menjual perisian sistem operasi.Mereka menjual hardware yang hanya ditentukan oleh mereka untuk membolehkan Mac OSX digunakan didalamnya.Oleh kerana komputer biasa tidak mempunyai hardware yang menepati/selari/ compatible untuk dipasang Mac OSX didalamnya, maka kita perlu mengenali hardware komputer kita untuk memudahkan kita memilih komponen (yang telah digodam) supaya mac osx boleh dipasang tanpa masalah.

Gambaran kepada komponen yang perlu dipilih semasa proses pemasangan adalah seperti screenshot dibawah:

DVD image/installer Selepas mengenali komputer, perkara penting kedua ialah bagaimana untuk mendapatkan DVD Installer bagi Mac OSx86?Untuk pengetahuan anda, saya boleh disaman oleh syarikat Apple jika saya letakkan link menghubungkan ke website torrent untuk membolehkan anda mendownloadnya.Mendownloadnya adalah satu pencabulan kepada akta hak cipta dan anda boleh disaman kerananya.Jika tidak mahu mengambil risiko itu, anda mempunyai altenatif kedua iaitu dengan membeli DVD Tiger/Leopard di Apple Store atau dimana sahaja kemudian membuat DVD Patched sendiri.Terdapat beberapa tutorial yang membantu kerja-kerja tersebut; Leopard1 Leopard2 2 link ini cukup untuk memberitahu bahawa, ianya terlalu susah untuk beginner!Kerana itu penyelesaian yang kita ada ialah, membeli DVD Tiger/Leopard kemudian download DVD yang telah di Patched melalui torrent.Setidak-tidaknya kita mempunyai lesen yang sah untuk Mac OSX. Untuk mendownloadnya, sila search menggunakan google etc.Saya tidak akan meletakkan link disini.Tetapi saya akan meletakkan klue untuk memudahkan anda mendapatkan DVD installer tersebut; Sila search torrent -Jas 10.4.x (x=4,5,6,7,8,9,10,11) saya mencadangkan Jas 10.4.10 -OSx86 intel/AMD SSE2/SSE3 -Toh BrazilMac OSx86 -Install OSX on PC Intel AMD dan seumpamanya.. Ok, sekarang le DVD tersebut sudah selesai didownload dengan jayanya.Ia sepatutnya berformat .iso atau .rar yang kemudiannya perlu di unrar.Seperti biasa, BURN le tersebut kedalam DVD dalam bentuk DVD image.Saya harap anda tiada masalah dalam bab ini. NOTE:Dalam beberapa kes, bersama le yang didownload tersebut telah disertakan le tutorial bagi DVD tersebut.Untuk kes itu, sila ikut tutorial yang disertakan itu! Dual boot atau hanya install OSX Adalah amat penting untuk menentukan samada ingin dual boot atau tidak.Ini kerana apabila ingin dual boot, terdapat perkara berkaitan yang perlu diselesaikan terutamanya berkenaan pembahagian partition dan bootloader. Jika ingin dual boot, sila baca berkenaan pembahagian partition dan bootloader berikut; Format partition yang digunapakai untuk Mac OSX ialah FAT32 Primary.Dalam windows, terdapat beberapa software seperti Partition Magic, Acronis Disk Director Suite dan sebagainya.Dalam ubuntu, anda boleh menggunakan gparted yang boleh diinstall dengan memasukkan command berikut pada terminal;
sudo apt-get install gparted

dan kemudian launch gparted dengan command;


sudo gparted

dan format partition anda. Sekarang anda sudah mempunyai ruang hard disk yang telah diformat kepada FAT32 Primary dalam komputer anda. Jika anda menggunakan Acronis Disk Director Suite dalam windows, anda boleh menggunakan OS Selector sebagai loader komponen.Jika anda menggunakan ubuntu, anda sepatutnya mahir dalam GRUB Loader supaya nantinya anda boleh boot kedalam kedua-dua OS tanpa masalah. Dual boot atau tidak, anda perlu untuk format partition/hard disk anda kepada FAT32 kerana pertition/hard disk berformat ini sahaja yang boleh dibaca oleh Mac OSX.

Proses Installasi
Boot kedalam DVD installer dan Proses Installasi Sekarang anda sudah bersedia untuk memasukkan DVD installer ke dalam DVD drive.Masukkan dan boot kedalam DVD! Sabar, ianya mungkin mengambil masa untuk proses booting...Sila perhatikan image-image ini;

Convert Partitition untuk OSX.

FAT32 adalah format partition yang boleh dibaca oleh Mac OSX.Anda perlu convert partition ini kepada bentuk baru untuk membolehkan Mac OSX boleh diinstall kedalamnya.

Caranya cukup mudah, Pergi ke Utilities > Disk Utility (Utilities terdapat pada panel bar bahagian atas) Dibahagian kiri, pilih partition yang telah anda buatkan (telah anda formatkan kepada FAT32 Primary)

Pilih tab erase.Kemudian pilih Mac OS Extended (Journaled) sebagai volume format dan klik erase.Tindakan ini akan mendelete semua le dalam partition FAT32 yang kita siapkan itu tadi.

Setelah selesai proses berkenaan tutup tetingkap Disk Utility dan anda akan mendapati hard disk tadi sedia untuk diinstall OSX ke dalamnya.

Klik pada icon hard disk tersebut dan klik Continue.Anda akan melihat ini. Disini adalah check point yang penting.Sila klik Customize yang akan membawa anda kepada page pemilihan komponen seperti gambar diatas.1

Gambar dibawah ini adalah contoh tetingkap bagi pemilihan komponen.Untuk DVD installer yang berbeza, kandungan komponen juga adalah berbeza.

Lihat page 2

Pilih komponen untuk diinstall HANYA yang bertepatan dengan spesikasi hardware komputer anda sahaja.Jangan memilih satu-satu komponen tampa tahu menahu apa yang sedang anda pilih kerana ia akan menyebabkan masalah kemudiannya.Selepas selesai memilih komponen klik install.Satu popup untuk DVD check akan keluar.Anda boleh skip proses ini jika tidak mahu menunggu.

Selepas selasai install, sila restart PC anda dan doakan semoga ianya berhasil! Selepas restart, bagi yang dual boot, anda sepatutnya tahu apa yang harus dilakukan dengan bootloader.Bagi yang tidak dual boot, ia akan terus boot kedalam Mac OSX, masukkan data-data dan maklumat anda dan kemudiannya terus ke desktop Mac OSX.

Gambar dalam tutorial ini diambil daripada : Dilnalomo Beberara link rujukan yang penting;I. II. III. IV. V. Dilnalomo Forum Insanelymac OSx86 wiki - PENTING Forum OSx86Scene Macdotnub

Sila lawati kesemua link diatas untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan tutorial ini.Saya mendoakan kejayaan anda! Saya menulis tutorial ini untuk dibaca secara percuma oleh pembaca tanpa meminta atau mendapat apa-apa imbuhan.Kerana itu, saya tidak bertanggunjawab atas apa jua akibat yang dialami oleh mereka yang mengikuti tutorial ini.Salah,silap dan kekurangan saya serahkah atas penilaian pembaca.Harap maklum!

Panduan2 ini ditulis oleh:Penulis blog

http://melayubuntu.blogspot.com
2

Ditulis menggunakan iWork di dalam Mac

You might also like