You are on page 1of 17

1

Arahan: Untuk soalan 1 hingga 60, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1.

British dan Perancis bersaing untuk menguasai kegiatan perdagangan di India. Apakah kepentingan Pulau Pinang kepada British dalam persaingan tersebut? A B C D Sebagai Sebagai Sebagai Sebagai pelabuhan persinggahan pusat pengumpulan barang pusat pelabuhan modal Eropah pangkalan tentera laut British

2.

Kota Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah mencatat sejarah hitam terhadap kedaulatan kerajaan Kedah pada kurun ke 18. Apakah peristiwa yang berlaku di kawasan tersebut? A B C D Kekalahan angkatan tentera Kedah di tangan Francis Light Kedah diiktiraf sebagai wilayah naungan Siam oleh pihak British Syarikat Hindia Timur Inggeris memperoleh Pulau Pinang secara rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris Berjaya memperoleh kawasan Seberang Perai

Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.

Riau

Siak

Angkatan Sultan Kedah di Seberang Perai

Selangor
3. Sultan Kedah telah mendapat bantuan tentera dari kawasan di atas pada tahun 1791. Apakah tujuan baginda mengumpul pasukan tentera tersebut? A B C D Menghadapi ancaman Siam Menawan semula Kuala Kedah dari Siam Menyerang pasukan tentera Bugis di Perak Menghalau Francis Light keluar dari Pulau Pinang

2
Soalan 4 berdasarkan maklumat di bawah.

Pengambilan Seberang Perai oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris


4.

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris memerlukan kawasan Seberang Perai? I Menguasai laluan II Membangunkan sebagai pelabuhan antarabangsa III Menghalang serangan Sultan Kedah ke atas Pulau Pinang IV Memenuhi keperluan makanan kepada penduduk Pulau Pinang A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Soalan 5 berdasarkan rajah di bawah.

Stamford Raffles

Temenggung Abdul Rahman Tengku Hussain

5.

Mengapakah Stamford Raffles memerlukan bantuan pembesar di atas? A B C D Mendapatkan kebenaran berdagang di Singapura Menghalang ancaman Belanda di Selat Melaka Mengembalikan keamanan akibat perebutan takhta di Singapura Membolehkan Syarikat Hindi Timur Inggeris menduduki Singapura

Soalan 6 berdasarkan maklumat di bawah. Pulau Pinang Singapura Sarawak 6.

Francis Light Stamford Raffles James Brooke

Bagaimanakah pihak British menyokong peranan individu di atas untuk menguasai kawasan tersebut? A B C D Menyediakan bantuan tentera Membekalkan kakitangan kerajaan Penguatkuasa sistem perundangan barat Menghapuskan kebangkitan pembesar tempatan

3
7. Pengenalan Akta Mata Wang pada tahun 1855 di Negeri-Negeri Selat menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang baharu. Mata wang tersebut ialah A B C D Rupee India Dolar Singapura Rupiah Belanda Dolar Negeri-Negeri Selat

Soalan 8 berdasarkan maklumat di bawah.

Dasar British di Tanah Melayu


Sebelum 1874 Selepas 1874
8.

Mengamalkan dasar tidak campur tangan. Mengamalkan dasar campur tangan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang anda faham dengan dasar campur tangan British tersebut? A B C D Menguasai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu Menentukan hubungan antarabangsa Tanah Melayu Menentukan perlantikan pemerintahan di negeri-negeri Melayu Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu

Soalan 9 berdasarkan jadual di bawah.

Hasil eksport Tanah Melayu ke Britain Kurun ke-18 Kurun ke-19


9.

kopi, tembakau dan rempah ratus bijih timah

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah bekalan bijih timah dalam kuantiti yang besar dari Tanah Melayu dieksport ke Britian menjelang kurun ke-19? A B C D Memenuhi keperluan revolusi industri Membantu proses perkembangan industri besi Menggalakkan perkembangan industri motokar Menjalin hubungan perdagangan dengan negara China

4
Soalan 10 berdasarkan senarai di bawah. y y 10.

Parti Liberal Parti Konservatif

Apakah persamaan parti di atas di Britain? A B C D Pernah menjajah Tanah Melayu Pernah menguasai parlimen Britain Pernah menggubal dasar luar Tanah Melayu Pernah menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu

Soalan 11 berdasarkan senarai di bawah. Pegawai British di Perak y y 11.

Kapten speedy Andrew Clarke

Mengapakah pemerintah tempatan di negeri Perak memohon bantuan daripada pegawai British di atas? A B C D Melatih pembesar mentadbir negeri Menamatkan kekacauan dalam negeri Menggalakkan kemasukan pelabur Eropah Membangunkan kawasan perlombongan bijih timah

Soalan 12 berdasarkan rajah di bawah.

Perang Klang

Perang Larut

Pergolakan politik di negeri-negeri Melayu Perbalahan di Sungai Ujong


12. Semua perbalahan di atas berpunca daripada A B C D konflik perebutan takhta kegiatan perlombongan bijih timah konflik di kalangan pembesar Melayu kerakusan untuk menguasai laluan perdagangan

5
Soalan 13 berdasarkan senarai di bawah. y y y 13.

Rembau Jelebu Seri Menanti

Bagaimanakah pihak British Berjaya mengurangkan pengaruh pembesar tempatan kawasan di atas menjelang kerun ke-19? I Menempatkan Residen British II Melantik Pegawai Daerah III Menempatkan majistret IV Melantik pemungut hasil A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Soalan 14 berdasarkan kronologi peristiwa di bawah. Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu

1874 1888 1895


14.

Perak Selangor Pahang Negeri Sembilan

Sebagai rakyat Malaysia bagaimanakah anda dapat mengelak daripada berulang peristiwa di atas berlaku? A B C D Meningkatkan kemajuan diri Mengamalkan dasar berkecuali Menumpukan kepada penyediaan kemudahan asas Mengutamakan perpaduan kaum di kalangan seluruh rakyat

Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah.

Pada akhir kurun ke-19, muncul Negara-negara Eporah dikenali sebagai Kuasa imperialis baru
15. Antara Negara-negara yang disenaraikan dalam kategori di atas ialah I Perancis II Jerman III Portugal IV Belanda A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

6
Soalan 16 berdasarkan maklumat di bawah. Perjanjian antara British dengan Siam 1897 1902 16. Perjanjian Sulit Perjanjian Perisytiharan British-Siam

Apakah kesan daripada perjanjian di atas terhadap kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara? A B C D Mencapai kemerdekaan Menerima Penasihat British Menjadi wilayah naungan Siam Menjadi wilayah naungan British

17.

Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 telah menetapkan sempadan antarabangsa antara Kelantan dengan Siam. Di manakah letaknya sempadan itu? A B C D Wilayah Reman Wilayah Tabar Sungai Golok Sungai Rantau Panjang

18.

Mengapakah sultan di Negeri-Negeri Melayu Utara enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang ditandatangani antara Siam dan British pada tahun 1909? A B C D Mereka enggan menerima naungan Siam Mereka ingin mengekalkan dasar tutup pintu Mereka berpegang kepada perlembagaan negeri Mereka tidak mengetahui isi kandungan perjanjian tersebut

Soalan 19 berdasarkan senarai di bawah. I II III IV 19. Cuti umum negeri jatuh pada hari Ahad Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi Semua surat rasmi kerajaan tidak perlu ditapis Penggunakan calendar masihi dalam bidang pentadbiran

Berdasarkan senarai di atas, pilih pernyataan yang betul mengenai usaha Tunku Mahmud untuk mengekalkan kedaulatan negeri Kedah. A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

7
Soalan 20 berdasarkan jadual bawah. Pegawai British di Negeri-Negeri Melayu Utara Kedah Perlis 20. George Maxwell Measow Frost

Jawatan yang disandang oleh pegawai British di negeri A B C D Residen Penasihat Majistret Pegawai pemungut

Soalan 21 berdasarkan maklumat di bawah.

Pada tahun 1907, John Anderson, Gabenor Negeri-Neggeri Selat telah mendesak Sultan Ibrahim agar menghantar DatoAbdul Rahman bin Andak ke London.
21. Mengapakah tokoh berkenaan dikenakan tindakan di atas? A B C D Beliau menasihati sultan menggubal perlembagaan negeri Johor Beliau mendesak sultan menghalau pegawai British di negeri Johor Beliau menggagalkan muslihat British menguasai pentadbiran negeri johor Beliau menasihati sultan agar membatalkan penubuhan Lembaga Penasihat Johor

Soalan 22 berdasarkan maklumat di bawah. Kedah Johor 22. Tunku Mahmud DatoAbdul Rahman bin Andak

Bagaimanakah tokoh di atas berusaha mengekalkan kedaulatan negeri mereka? A B C D Menggubal perlembagaan negeri Memajukan bidang pendidikan Menentang penempatan Penasihat British Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

8
Soalan 23 berdasarkan senarai di bawah. y Dato Bentara y DatoSeri Amar Di Raja y DatoBentara Luar 23. Mengapakah Sultan Johor menganugerahkan gelaran di atas kepada pembesarnya? A B C D Kerana berjaya menyekat kemaraan British Kerana jasa mereka terhadap pembangunan negeri Kerana mereka merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kerana mereka diiktiraf oleh pihak British sebagai pembesar

24.

Undang-Undang Tubuh Negeri Johor merupakan perlembagaan bertulis yang mengawasi pentadbiran negeri Johor akan dibantu oleh dua buah badan iaitu I Majlis Penasihat Negeri II Majlis Mesyuarat Negeri III Majlis Jemaah Menteri IV Majlis Perundangan Negeri A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

y Menteri Darat y Temenggung 25. Apakah tanggungjawab ketua-ketua tempatan di atas terhadap kesultanan Brunei? I Menjadi penasihat II Memungut cukai III Melaksanakan arahan IV Memajukan perdagangan A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

9
Rakyat Sarawak pada tahun 1836

y Menentang pemerintahan Pangeran Indera Mahkota y Membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei 26. Apakah tindakan Sultan Brunei bagi menghapuskan kebangkitan di atas? A B C D Menyekat bekalan makanan Meminta bantuan James Brooke Menghantar Raja Muda Hashim Menyerah kuasa kepada pembesar tempatan

Negeri Tanah Melayu Sarawak


27.

Cara SHTI X

Cara British menguasai Sarawak berbeza dengan Tanah Melayu. X di atas ialah A B C D pajakan pembelian peperangan persendirian

Tahun 1846 1874

Perjanjian Sultan Brunei menandatangani perjanjia dengan James Brooke. Raja Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor.

28.

Apakah kesan daripada perjanjian di atas? A B C D British mengukuhkan kekuasaannya British menamatkan pemberontakan British menguasai laluan perdagangan British mengiktirafkan pemerintahan tempatan

10

Soalan 29 dan 30 berdasarkan maklumat di bawah y Datu Patinggi y Datu Temenggung y Datu Imam 29. Apakah peranan datu-datu di atas dalam pentadbiran keluarga Brooke? A B C D Mengutip cukai Menggubal undang-undang Menasihati dalam hal ehwal adat Mengurus hal ehwal kewangan

30.

Mengapakah keluarga Brooke melibatkan pembesar di atas dalam pentadbirannya? A B C D Menghargai pengalaman Mengekalkan pengaruhnya Mendapatkan sokongan rakyat Mengekalkan adat tempatan

31.

Keluarga Brooke telah mengekalkan jawatan Pegawai Anak Negeri dalam pentadbirannya di Sarawak. Apakah peranan pegawai di atas? I Mengutip cukai II Menasihati residen III Mengetuai jabatan IV Memelihara keamanan A B C D I, II dan III I,II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Majlis Negeri Sarawak sehingga tahun 1941


y y

Menyuarakan pandangan Bertukar-tukar fikiran. Majlis Negeri Sarawak sehingga tahun 1941

y y 32.

Meluluskan undang-undang Menguruskan hal kewangan

Mengapakah peranan Majlis Negeri di atas berubah? A B C D Memodenkan pentadbiran Menyeragamkan pentadbiran Memberi latihan kepimpinan Menyediakan kemerdekaan Sarawak

11

Perlembagaan Sarawak diisytiharkan oleh Charle Vyner Brooke pada 24 September 1941.
33. Mengapakah perlembagaan di atas gagal dilaksanakan? A B C D Penduduk Jepun Masalah kewangan Tentangan rakyat Bantahan orang Eropah

34

Pada tahun 1881, Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad telah memperoleh piagam dan dinamakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Apakah manfaat yang diperoleh oleh kerajaan British? I Meluaskan pengaruhnya II Sabah menjadi negeri naungannya III Nilai perniagaan Sabah akan meningkat IV Berjaya menangani perluasan kuasa Kesultanan Brunei A B C D I dan II II dan III III dan IV I dan IV

35

Bagaimanakah C.L. Moses seorang wakil Amerika Syarikat mendapat konsesi tanah di Sabah? A B C D Melalui tipu helah Pemerolehan tender Melancarkan serangan Pemberian Sultan Brunei

y y y 36

Baron Von Overbeck Alfred Dent Edward Dent

Tokoh yang tersenarai di atas telah bekerjasama untuk memajukan Sabah. Apakah faktor yang membawa kepada usaha kerjasama mereka? A B C D Overbeck kekurangan penglaman Overbeck menghadapi masalah kekurangan modal Overbeck memerlukan bantuan daripada Edward dan Alfred Dent Usaha kerjasama ketiga-tiga pihak menghasilkan keuntungan yang lebih lumayan

37

Dalam pentadbiran SBUB, seorang rakyat yang ditangkap kerana melakukan rompakan dan pembunuhan akan dibicarakan di A B C D Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Mahkamah Anak Negeri Mahkamah Majistret

12

38

SBUB mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap hasil keluaran penduduk Sabah. Apakah jenis cukai yang terpaksa dibayar oleh mereka? I II III IV A B C D Cukai kepala Lesen perahu Lesen senjata Cukai pintu I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

39

Pada peringkat kempung, SBUB telah melantik ketua kampung untuk menguruskan urusan masyarakat tempatan. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua kampung? A B C D Orang Kaya-kaya Orang Tua Orang kampung Penghulu

y y

Dijadikan sebagai pusat pentadbiran SBUB yang pertama Gagal menarik ramai pedagang kerana keadaan geografi yang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian

40

Maklumat di atas berkaitan dengan Bandar A B C D Sandakan Jesselton Tawau Kudat

41

Pada kurun ke-19, ramai orang Cina dari Singapura telah dibawa masuk ke Johor untuk mengusahakan tanaman gambir. Mereka dibawa masuk melalui A B C D Sistem Sistem Sistem Sistem Kangcu kangani Kontrak Pajak

42

Pada tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan. Apakah tujuan utama rancangan ini diperkenalkan? A B C D Mengurangkan pengeluaran bijih timah Mengehadkan pengeluaran getah Mengawal eksport getah di pasaran dunia Menstabilkan harga bijih timah

13
43 Menjelang tahun 1920-an, Tanah Melayu menghasilkan kira-kira 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia. Apakah faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu? I II III IV A B C D 44 Kemerosotan harga kopi di pasaran dunia Perkembangan perindustrian motokar di Eropah Tenaga buruh dari India yang mencukupi Kaedah penanaman getah yang moden I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Perkhidmatan kereta api telah diperkenalkan pada akhir kurun ke-19. Landasan kereta api yang pertama menghubungkan A B C D Seremban ke Port Dickson Batu Gajah ke Teluk Anson Taiping ke Port Weld Kuala Lumpur ke Port Swettenham

y y

Sekolah Melayu Gelugor Sekolah Melayu Bayan Lepas

45

Mengapakah pihak British hanya menyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja kepada orang Melayu? A B C D Mereka menghadapi kekurangan sumber kewangan Mereka tidak mahu orang Melayu berpelajaran Mereka menghadapi kekurangan tenaga pengajar Orang Melayu digalakkan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris

46

Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh. Apakah kesan langsung daripada pelaksanaan undang-undang tersebut? A B C D Semua buruh yang memasuki Tanah Melayu perlu berdaftar Majikan perlu mengikuti peraturan kesihatan yang ditetapkan Majikan perlu menyediakan guru dan sekolah kepada anak-anak pekerja ladang Majikan perlu menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja

47

Apakah punca utama tercetusnya penentangan Dol Said terhadap British di Naning? A B C D Penduduk Naning dipaksa menjadi buruh paksa Larangan pembukaan tanah baru untuk pertanian British memaksa penduduk Naning membayar cukai Perlaksanaan undang-undang tanah baru yang membebankan

14
48 Rentap merupakan pemimpin Orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Iban. Apakah ciri-ciri patriotisme yang terdapat pada Rentap? I II III IV A B C D Cintakan bangsa dan Negara Berani kerana benar Berusaha menegak keadilan Taat setia kepada raja dan agama I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

49

Kawasan di atas merupakan kawasan pertempuran antara Yamtuan Antah dengan pihak British. Apakah faktor utama yang mencetuskan pertempuran tersebut? A B C D Tindakan British yang memaksa penduduk membayar cukai yang tinggi Tindakan Dato kelana menandatangani perjanjian sulit dengan British Tindakan British mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah Tindakan British yang menghentikan kuasa memungut cukai oleh pembesar tempatan

y y 50

Jeram Ampai Lubok Terua

Bagaimanakah British menamatkan gerakan penentangan oleh rakyat di kawasan-kawasan tersebut? A B C D Melucutkan gelaran yang diberikan kepada Dato Bahaman Melibatkan sultan dalam usaha menawan kubu pemberontak Mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atas pemimpin pemberontakan Menangkap dan membuang negeri bagi mereka yang terlibat dalam gerakan penentangan

15
51 Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British . Apakah punca utama berlakunya kebangkitan tersebut? A B C D Perlaksanaan pelbagai peraturan baru yang membebankan rakyat Penduduk dipaksa menjadi buruh paksa untuk memasang kawat telegraf Larangan pembukaan tanah untuk pertanian menyebabkan mereka kekurangan beras Pencerobohan kawasan hutan serta mengganggu roh nenek moyang penduduk tempatan

y 52

Kebangkitan Rundum

Apakah tindakan yang diambil oleh SBUB terhadap mereka yang terlibat dalam kebangkitan tersebut? I II III IV A B C D Dibicarakan dan dihukum penjara Dibuang daerah ke Kudat Dijadikan buruh paksa Dibuang negeri ke Singapura I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Tahun 1915 1928 53

Kebangkitan Kebangkitan Tok Janggut Kebangkitan Tani Kedua-dua kebangkitan di atas berpunca daripada A B C D paksaan menjadi buruh paksa penghapusan amalan hamba abdi penghapusan hak memungut cukai penguatkuasaan undang-undang tanah

54

Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kebangsaan? A B C D Semangat perjuangan yang berkobar-kobar Perasaan untuk melindungi barang yang disayangi Usaha untuk membebaskan negara tercinta daripada penjajahan Perasaan taat setia dan cinta akan bangsa dan tanah air

55

Antara peristiwa berikut, yang manakah mendorong perkembangan semangat kebangsaan di kalangan penduduk tempatan pada awal kurun ke-20? I II III IV A B C D Revolusi China 1911 Gerakan Pan-Islam di Turki Gerakan Kesedaran Kebangsaan di Thailand Gerakan Kesedaran Kebangsaan di India I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

16
56 Gerakan Islah di Tanah Melayu dipimpin oleh bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir. Mereka menggelarkan diri sebagai Kaum Muda. Antara tokoh penting dalam gerakan ini ialah I II III IV A B C D Muhammad Tahir bin Jalaluddin Syed Syeikh Ahmad al-Hadi Abdul Hadi Hassan Muhammad Eunos Abdullah I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama dalam menyumbang tenaga dan fikiran kea rah perkembangan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu pada awal kurun ke-20. 57 Bagaimanakah mereka menimbulkan kesedaran orang Melayu untuk menentang penjajahan British di Tanah Melayu? A B C D Melalui penulisan Mengadakan konfrontasi Mengadakan tunjuk perasaan Menubuhkan persatuan berhaluan kiri

y y y y

Warta Ahad Warta Malaya Lembaga Melayu Lembaga Malaya

58

Bagaimanakah akhbar-akhbar di atas memainkan peranan dalam membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada tahun 1930-an? I II III IV A B C D mengkritik dasar British menyeru orang Melayu menghapuskan semangat kenegerian memperjuangkan hak istimewa orang Melayu mempersoalkan kedudukan ekonomi orang Melayu I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

17
Penulis Harun Aminrrashid Abdul Kadir Adabi Abdul Rahim Kajai 59 Novel/Cerpen Melor Kuala Lumpur Melati Kota Bharu Cerita Awang Putat

Apakah tujuan penulis-penulis tersebut menghasilkan novel dan cerpen di atas? I II III IV mencetuskan semangat kebangsaan menekankan kepentingan agama menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pedidikan menyemai perasaan cintakan negara

A B C D 60

I, II, dan III I, II, dan IV I, III, dan IV II, III, dan IV

Pada tahun 1939 Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor telah mengadakan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama di Kuala Lumpur. Apakah tujuan utama kongres tersebut? A B C D mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu menggesa persatuan Melayu berusaha memajukan orang Melayu mendesak lebih ramai pegawai Melayu ditempatkan dalam Kerajaan Persekutuan. menyatukan semua persatuan Melayu bagi membentuk Persatuan Melayu Tanah Melayu.

You might also like