You are on page 1of 29

2.1.

2 PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Naning

Penentangan yang terawal di Tanah Melayu oleh Penghulu Naning iaitu Dol Said. Berlaku antara tahun 1831-1833. Menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah taklukkannya. Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu per sepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.

Akibatnya,British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831. Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau,Syed Shaban,Penghulu Remai dan Rechat,Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Mereka berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusah menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning

Pada akhir tahun 1832,British dengan 1200 orang tentera menyerang Naning sekali lagi. Pada kali ini,Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa . Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said. Penghulu Dol Said terpaksa menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka.

SARAWAK
 

  

Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning. James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman. Ini menimbulkan bantahan dariapada pemimpin tempatan. Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke. Ini menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

Penentangan oleh Linggir,Rentap dan Syarif Masahor mempunyai corak yang sama. Linggir,iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

Rentap
Rentap bermaksud penggoncang dunia. Nama sebenar beliau ialah Libau. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Bergelar Raja Darat atau Raja Ulu.

 

  

Rentap,pemimpin Iban,menentang James Brooke pada tahun 1853. Ini disebabkan James Brooke menghapuskan orang Iban di sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang Ini untuk menghalang kezaliman James Brooke di daerah tesebut. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke.

Tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. o Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok,namun,sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. o Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. o Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
o

Syarif Masahor
Syarif Masahor dilantik sebagai Gabenor Sarikei di kawasan Sungai Rajang oleh Sultan Brunei. Beliau merupakan seorang pembesar yang dihormati dan disegani oleh orang Iban dan Melanau.

Penentangan orang Melayu terhadap James Brooke dipimpin oleh Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur. Ini berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858,James Brooke telah membina kubu di Kanowit.

 

 

Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudiannya menyerang James Brooke di Kuching . Walaubagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

SABAH
Terdapt beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British(SBUB). Walaubagaimanapun,penentangan terbesar dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Tetapi pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

Mat Salleh
Nama sebenar beliau ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu. Pemerintah di Sungai Sugut dan Tambunan. Dilahirkan di Inanam. Berketurunan Bajau dan Suluk.

Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh. Mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan. Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895,tetapi tidak dilayan. Sebaliknya,Gobenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.

 

Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897,beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu,SBUB telah menawarkan pelan dama kepada Mat Salleh,iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun,SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Seranagn ini akhirnya dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Antanom
Ketua kaum Murut di Rundum. Nama sebenar ialah Ontoros anak lelaki Antanom. Dilahirkan pada 1875. Menentang SBUB ketika berusia 30 tahun.

Antanom menentang SBUB kerana orangorang Murut dijadikan buruh paks dan juga keluarga mereka dizalimi. Kawasan hutan mereka juga diceroboh untuk membina jalan. Orang-orang Murut juga dilarang membuka tanah baru. Disamping itu,mereka dikenakan cukai yang membebankan oleh SBUB.

Pada Mac 1915,Antanom menyerang Pensiangan dan bangunan kerajaan juga dibakar. Pada Julai 1915,SBUB menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit. Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam usaha mempertahankan Rundum. Tindakan tegas dikenakan terhadap para pengikut Antanom oleh SBUB.

 

SBUB membuang lapan orang kanan Antanom ke daerah Kudat. Orang Murut berpindah ke Kalimantan kerana tidak mahu bersumpah taat setia kepada SBUB.

PERAK
 Penguasaan

British didalangi oleh J.W.W. Birch.  Ditentang oleh orang tempatan.  Dipimpin oleh Dato Maharaja Lela.  Penentangan berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan

Dato Maharaja Lela


 

Nama sebenarnya Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud. Dato Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak denagn gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra.

Penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British kerana:


1)

2) 3) 4) 5)

Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Urutan Penentangan Dato Maharaja Lela dan Orang Melayu di Perak


20 Januari 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke

Februari 1875 Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah,Dato maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British.Dato Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak

21 Julai 1875
Mesyuarat antara Dato Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British

12 September 1875
Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja.Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

31 Oktober 1875
Walaupun Dato Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British,namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British.Mat Arshad,orang suruhan British,dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.

2 November 1875
Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum,Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato Maharaja Lela di Sungai Perak,Pasir Salak

13 November 1876
Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat.Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

20 November 1877
Perbicaraan diadakan di Matang,Perak.Hakimnya ialah Raja Idris.Manakalapenasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham .Dato Maharaja Lela bersama-sama Dato Sagor,Pandak Lam,Seputum, dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung.

20 November 1877

Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor.Sultan Abdullah,Menteri Ngah Ibrahim,Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.Dengan itu,Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British.

Disediakan oleh Wan Azri Izzuddin Maklumat disediakan dan disusun oleh Asha Hairy(Naning),Bernard Chupak(Sarawak),Romulus Romeo(Sabah),Wan Azri Izzuddin(Perak) Sumber:Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan Buku Rujukan Sejarah Disediakan untuk Puan Dayang Naralam,Pelajar-pelajar 5S2

You might also like