You are on page 1of 44

Pengenalan Perpustakaan (Pusat Sumber) & Agensi Maklumat

SIRI SENA BIN BABA HAMID Jabatan Sains Perpustakaan

Siri Sena/IPG KD/ 2010

Pengenalan Sains Perpustakaan


Library science is the study of issues related to libraries and the information fields. This includes academic studies regarding how library resources are used and how people interact with library systems (Wikipedia, 2006) Sains Perpustakaan merupakan suatu kajian tentang prinsip-prinsip dan amalan-amalan operasi dan pentadbiran perpustakaan.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

Sains Perpustakaan
Kajian Sains Perpustakaan bermula pada abad ke 19. Apabila berlaku kemajuan dalam bidang ilmu dan kaedah mengumpul dan mengelola bahan, dua aspek baru iaitu dokumentasi dan sains maklumat telah dimasukkan. Pertambahan bahan menyebabkan pengendalian menjadi kompleks dan memerlukan kemahiran pengurusan yang tinggi.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 3

Pengenalan Kepada Sains Maklumat


Sains Maklumat pula merupakan suatu kajian yang berkaitan dengan komunikasi di dalam masyarakat maklumat. Pelbagai aktiviti sosial telah menyebabkan wujudnya pelbagai maklumat yang perlu dipindahkan untuk penyebarannya. Institusi-institusi awam dan swasta merupakan pengendali maklumat yang memerlukan satu sistem pengurusan yang tersusun, bersistematik dan praktikal. Oleh itu terdapat beberapa elemen penting yang dikaitkan dengan bidang perpustakaan bagi mengetahui keperluan kepada semua pihak, iaitu:-

Siri Sena/IPG KD/ 2010

Pengetahuan Istilah
Data dan maklumat dalam pendidikan Sumber maklumat Primer, Sekunder & Tertiar Organisasi maklumat melalui agensi dan perkhidmatan Saluran untuk menyokong proses p & p dalam bilik darjah serta melalui pengkaedahan konvensional & modern
Siri Sena/IPG KD/ 2010 5

Perpustakaan & Pusat Sumber


Perkhidmatan sokongan dalam proses p&p Menolong untuk meningkatkan kefahaman pelajar Susanan persekitaran pembelajaran Stail pembelajaran

Siri Sena/IPG KD/ 2010

Perkembangan Perpustakaan
Perpustakaan terawal didirikan di negeri China dan Assyria di lingkungan istana. Perpustakaan awal di Mesir pula berkait rapat dengan rumah-rumah berhala. Dasar kewujudan peperpustakaan tersebut berlandaskan pengajian, pembelajaran, pengetahuan, pendidikan dan latihan. Fungsi sosial tradisi ini berjalan kukuh sehingga ke awal tahun-tahun 80an apabila era komputer berjaya mengubah halacara perkhidmatan perpustakaan. Perpustakaan kini telah diberi perspektif berbeza iaitu berbentuk elektronik dan digital agar sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

Perkembangan Perpustakaan
Perpustakaan merupakan sebuah institusi penting yang berfungsi untuk mengesan, memperoleh, mengumpul, menyimpan, memulihara dan memproses sumber ilmu secara sistematik (Shahar Banun & Nafisah, 1997). Ia dapat menyediakan kemudahan pencapaian dan pembekalan pelbagai sumber ilmu pengetahuan dan maklumat yang terakam dalam pelbagai bentuk media. Agensi maklumat terdiri dari sektor kerajaan dan swasta. Antara agensi maklumat seperti Perpustakaan Negara, perpustakaan akademik, perpustakaan awam, perpustakaan khusus , pusat sumber sekolah, perpustakaan persendirian/keluarga, Arkib Negara dan perpustakaan untuk orang cacat dan mundur.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 8

Sejarah Perkembangan di Malaysia


Berkembang secara terasing di istana dan sistem persekolahan Istilah dan konsep Kutub khanah Perkhidmatan sebaran pendidikan berkembang dalam Kementerian Pelajaran Perpustakaan dan alat bantu mengajar Berpindah ke konsep pusat sumber
PSPN PSPD dan PKG
Siri Sena/IPG KD/ 2010 9

Peranan Dan Fungsi Pusat Maklumat


Terdapat berbagai pusat maklumat sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Antaranya: Perpustakaan Negara Perpustakaan Akademik Perpustakaan Khusus Perpustakaan Awam Arkib Pusat Sumber Sekolah
Siri Sena/IPG KD/ 2010 10

Perpustakaan Negara
Menyediakan koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan akan datang. Memudahkan penggunaan sumber-sumber perpustakaan di dalam dan luar negeri. Pemimpin diperingkat pusat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan. Ia menjadi penyelaras dari segi sistem pengurusan, dasar dan menganjurkan penubuhan perpustakaan di peringkat negeri, daerah dll. Menyelenggarakan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, budaya, warisan negara dan mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan yang terkumpul.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 11

Perpustakaan Negara
Pusat penyerahan negara untuk simpanan dan pemulihan sumber-sumber perpustakaan yang diterima. Pusat kebangsaan bagi manuskrip Melayu. Bertanggungjawab mengeluar dan menerbitkan Bibliografi Negara Malaysia (BNM) mengikut peruntukan Akta Pemeliharaan Buku-buku 1966. Pusat rujukan maklumat, reprografi dan pinjaman.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 12

Perpustakaan Akademik
Merupakan perpustakaan universiti, dan institusi pengajian sama ada awam atau swasta yang menyediakan perkhidmatan sumber kepada staf dan pelajar sebuah institusi pendidikan sebagai menyokong kursus yang dijalankan di institusi berkenaan. Mempunyai orientasi iaitu lebih membantu ke arah penyelidikan atau tumpuan terhadap aspek pengajian sarjana dan keprofesionalism. Turut menyediakan perkhidmatan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

13

Perpustakaan Akademik
Selain dari itu turut menyediakan pendidikan pengguna dan khidmat nasihat. Menyediakan khidmat kepakaran penggunaan media. Perkhidmatan yang disediakan seperti rujukan, pinjaman dan reprografi. Koleksinya terdiri dari bahan-bahan untuk setiap disiplin ilmu, koleksi khas, bahanbahan pilih buang, bahan-bahan terbitan institusi itu sendiri, jurnal, majalah dan risalah.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 14

Perpustakaan Khusus
Merupakan agensi maklumat yang mengumpulkan koleksi dalam satu bidang perkara yang khusus seperti ekonomi,perubatan, sains dan teknologi dll. Contohnya SIRIM (khusus untuk piawaian), RECSAM (Matematik & Sains), ICI (cat), SHELL (minyak petrol), MARDI, PORIM dll. Tujuannya untuk menyediakan perkhidmatan koleksi khusus untuk mencapai matlamat korporat melalui penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan kakitangannya dan para penyelidik . Bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam satu-satu jabatan. Koleksi yang disediakan seperti buku khusus, laporan teknikal, kertas kerja seminar, bahan semasa (jurnal, idea-idea baru dalam bidang berkenaan).

Siri Sena/IPG KD/ 2010

15

Perpustakaan Awam
Terdapat di setiap negeri dan dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam. Merupakan perpustakaan untuk masyarakat setempat membuat rujukan, pinjaman dan aktiviti galakan membaca. Koleksinya berbagai jenis dan untuk berbagai peringkat umur seperti bacaan umum, belia, dewasa dan kanak-kanak.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

16

Arkib
Penubuhannya bertujuan untuk memelihara rekod dan dokumen sebagai bahan sejarah serta khazanah negara Antara fungsi Arkib adalah: Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan. Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 17

Pusat Sumber Sekolah


Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia definisi PSS sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya. Pusat sumber merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. PSS adalah untuk mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan. Siri Sena/IPG KD/ 2010 18

Pusat Sumber Sekolah


Juga memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik (Shaharom & Wan Ab Kadir, 1996). Peranannya sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara.Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Fungsinya sebagai tempat mengumpul , menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 19

Rangkaian Pusat Sumber


BTP PSPN PKG PSS
Siri Sena/IPG KD/ 2010 20

BTP

http://www.pnpmoe.edu.my/

Bahagian Teknologi Pendidikan asalnya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Ditubuhkan dalam tahun 1972. Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan pada awal penubuhannya ialah untuk memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan Alat Pandang Dengar dan perkhidmatan TV Pendidikan. Fungsi ini kemudiannya telah diperluaskan kepada perkhidmatan Pusat Sumber. Apabila perkembangan teknologi bertambah pesat, tugas dan peranan Bahagian Teknologi Pendidikan juga semakin luas.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 21

Visi
Wujudnya budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

22

Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

23

Fungsi
Mengkaji dan mentafsir dasar keperluan pendidikan yang berkaitan dengan peranan media dan teknologi bagi mengukuhkan proses p & p di sekolah rendah dan menengah Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan p & p dalam pelbagai media Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan itu melalui media yang sesuai seperti cetak, radio, televisyen, CD-ROM dan rangkaian komputer Mengesan, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses p & p di sekolah rendah dan sekolah menengah
Siri Sena/IPG KD/ 2010 24

Fungsi
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan pembangunan fizikal, program, aktiviti dan urusan kewangan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Menguruskan pelaksanaan Sekolah Bestari Menguruskan mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan berkaitan dengan dasar dan pelaksanaan program teknologi pendidikan di sekolah Rendah dan sekolah Menengah
Siri Sena/IPG KD/ 2010 25

Objektif
Mewujudkan kesedaran di kalangan guru dan pelajar serta memupuk sikap mereka tentang pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Mengusahakan bantuan kepada sekolah-sekolah dari segi media dan teknologi pendidikan untuk mengukuhkan proses p & p. Mengayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam sistem pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dalam proses p & p di sekolah rendah dan sekolah menengah. Menyebarkan bahan-bahan p & p yang dihasilkan kepada semua sekolah serta maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa melalui media dan teknologi yang sesuai.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 26

Objektif
Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media dan teknologi pendidkan. Memberi tunjuk ajar, bimbingan, dan nasihat kepada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah tentang penggunaan media dan teknologi pendidikan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mendorong pelajar-pelajar menggunakan pelbagai jenis media dan teknologi pendidikan untuk memperoleh pengetahuan secara lebih menarik dan berkesan.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 27

Pusat Sumber Pendidikan Negeri


PSPN telah ditubuhkan untuk melaksanakan tugas serta membudayakan teknologi pendidikan di peringkat negeri. PSPN memainkan peranan penting dalam menjadi agen inovasi di peringkat negeri.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

28

Fungsi PSPN
Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan p dan p dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

29

Fungsi PSPN
Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses p dan p di sekolah. Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses p dan p; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 30

PSPN

Siri Sena/IPG KD/ 2010

31

Pusat Kegiatan Guru


Ditubuhkan pada pertengahan tahun 1980an dengan nama PSPD. Kemudian ditukar nama kepada PKG selaras dengan peranannya. Sebagai perantara untuk membudayakan TP diperingkat grass-root.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

32

FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU


Menyediakan kemudahan bagi membolehkan guru-guru sekolah kelompok berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan p & p, dan juga bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka dalam bidang-bidang kurikulum, pedagogi, media dan teknologi pendidikan. Merancangkan, melaksanakan, dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pembinaan bahan p & p dalam pelbagai media oleh guruguru sekolah kelompok.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 33

FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU


Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program latihan bagi guruguru sekolah kelompok. Memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dan galakan kepada guru-guru sekolah kelompok dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan, penilaian, dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses p & p; penggunaan media dan teknologi dalam proses p & p; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

34

PKG

Siri Sena/IPG KD/ 2010

35

Pusat Sumber Sekolah (PSS)


Sebagai sebuah tempat dan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan p & p. PSS telah memperluaskan lagi peranannya untuk memberikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan lagi p & p. Peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan perkhidmatan ini bukan sahaja terhad di dalam bilik perpustakaan atau bilik- bilik khas, tetapi juga boleh didapati di manamana kawasan sekolah.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 36

PSS

Siri Sena/IPG KD/ 2010

37

PSS
Setiap sudut, ruang atau bilik yang memberikan maklumat dianggap sebagai Pusat Sumber. Oleh itu, setiap warga sekolah telah memainkan peranan untuk membangunkan Pusat Sumber kerana membangunkan Pusat Sumber bermakna membangunkan seluruh warga sekolah.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 38

OBJEKTIF PSS Meningkatkan mutu pengajaran , pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 39

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Mengadakan perkhidmatan untuk keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar. Melatih pelajar dan guru menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Siri Sena/IPG KD/ 2010 40

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pusat penyelidikan ,perancangan , penghasilan dan penilaian sumber-sumber bahan p & p. Pusat p & p yang menggalakan penggunaan pelbagai media di kalangan guru dan pelajar. Guru dan pelajar saling berinteraksi dan berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan pelbagai media. Pusat khidmat nasihat dan bimbingan serta rujukan kepada guru dan pelajar di dalam memilih media bagi tujuan p & p. Ini bertujuan membantu para guru dalam proses pendidikan , seperti penggunaan dan intergrasi pusat sumber dalam kurikulum bagi meningkatkan lagi proses p & p.

Siri Sena/IPG KD/ 2010

41

PERANAN PSS
Pusat latihan penggunaan pelbagai media. Peningkatan perkembangan di dalam pelbagai teknologi dalam pendidikan memaksa PSS menganjurkan bengkel dan latihan amali serta kursus peningkatan metodologi di kalangan guru. Pusat maklumat yang mengumpul , mengurus dan menyebarkan semua jenis sumber pendidikan samada dalam bentuk bahan bercetak, visual dan video. Menggalakan guru dan pelajar menggunakan Internet sebagai capaian paling singkat untuk mendapatkan sumber maklumat

Siri Sena/IPG KD/ 2010

42

Questions or Comments?

Siri Sena/IPG KD/ 2010

43

Sekian. Terima Kasih

Siri Sena Bin Baba Hamid/ Jabatan Sains Perpustakaan/IPG KD/2010

Siri Sena/IPG KD/ 2010

44

You might also like