You are on page 1of 41

SENARAI SEMAK

ySenarai semak ialah senarai item

yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.

y Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan atau kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan

( /) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak

y Item-item senarai semak


y Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan. y Sesuatu perlakuan telah dilakukan. y Kekerapan sesuatu tingkah laku

y Kebaikan
y Guru telah menetapkan perlakuan

yang ingin diperhatikan. Proses ini memudahkan kerja-kerja guru.

y Prosedur y Disedia lebih awal sebelum pmerhatian dibuat. y Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas. y Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.

y Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam

senarai semak. y Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. y Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

ANALISIS RALAT
y Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan

sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya. y Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya. y Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

yJENIS RALAT
yRalat boleh dibagikan

kepada dua jenis ia itu ralat sistematik dan ralat rawak.

y Ralat Rawak dan Ralat Sistematik


y Apabila pengukuran yang sama

diulangkan beberapa kali, hasil berbeza disebabkan ralat yang rawak. Perbezaan boleh berlaku semasa mengukur dalam keadaan yang tidak selalunya malar seperti suhu persekitaran. y Teknik mengambil data dan perubahan pada keadaan alat mungkin menjadi punca ralat.

y Ralat rawak boleh ditangani dengan

membaiki teknik bacaan, mengulang ukuran dan mengguna nilai purata. Ralat sistematik lebih susah dianggarkan kerana penyelidik mungkin tidak sedar kehadirannya. y Puncanya mungkin disebabkan cara seorang pengkaji membaca ukuran atau alat yang diguna mempunyai ralat yang malar. Cara mengatasinya hanyalah dengan mempelbagaikan alat yang diguna dan orang yang mengukur.

y Ralat Pengukuran y Semua pelajar sudah tentu pernah

mengukur isipadu air dengan menggunakan silinder pengukur. Perkara yang diambilkira ialah memastikan silinder mendatar, membaca pada miniskus dan menggunakan saiz silinder yang sesuai. Rajah 8.1 menunjukkan contoh pengukuran isipadu
cecair.

y Dari pengukuran ini ralat dianggar sebanyak 0.05

ml. kerana pengukur mungkin membaca isipadu sebagai 20.30 atau 20.40 atau nilai lain yang jatuh antara 20.25 ml. dan 20.5 ml, bergantung kepada pengukur. Jika silinder mempunyai skel yang lebih rapat maka ralat pengukuran boleh dikurangkan. Saiz ralat sangat mustahak diketahui untuk menganggar sisihan piawai yang digunakan bersama beberapa cara statistiks. Sebagai contoh, sisihan piawai diperlukan untuk ujian keertian.

yCara analisis ralat dilaksanakan


yMengasingkan maklumat kepada

komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen

y Mencerakin, Menjelaskan melalui contoh,

Memilih, Mengasingkan, Membuat andaian, Menghuraikan, Mengawal pembolehubah, Membuat urutan, Menyusun mengikut keutamaan, Menggunakan perhubungan ruang dan masa, Membuat kesimpulan, Menyelesaikan masalah

PENGUJIAN BERDASARKAN :
yKEMAHIRAN MENGENAL

PERKATAAN yKEFASIHAN MEMBACA yKEFAHAMAN

KEMAHIRAN MENGENAL PERKATAAN


y KAEDAH VAKT y Kaedah VAKT ialah kaedah yang

menggunakan deria visual y V - visual (penglihatan) y A audio (pendengaran) y K - kinesthetic ( pergerakan ) y T - tactile ( sentuhan)

y Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: y menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar

bacaan y guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ) y Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu y Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

y Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT,

murid hendaklah ; y lihat huruf (V) y dengar guru sebut huruf (A) y menyebut huruf (A) y dengar huruf yang disebut (A)

y rasa pergerakan otot semasa membuat surihan

huruf (K) y rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) y lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan (V) y dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

yKAEDAH FONIK yMembunyikan bunyi-bunyi vokal

dan konsonan lalu dicantum untuk membentuk suku kata yKaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.

y Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana

susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. y Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.

y Dalam kaedah fonik, huruf

a tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. y Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. y [ b ] + [ a ] = [ ba ] y [ t ] + [ a ] = [ ta ] y [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

y KAEDAH SELURUH KATA/TERUS y Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja

menurut suku kata y sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, y pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

y perkenalkan beberapa perkataan dahulu

dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

y Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan

tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah , guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

y KAEDAH ABJAD/HURUF y Memperkenalkan nama abjad dan diikuti dengan

ejaan menurut suku kata y mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. y Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dan diftong ( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. y huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

y Langkah-langkah yang boleh digunakan seperti: y Memperkenalkan huruf -

a-z y Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u y Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu y Membentuk perkataan daripada suku kata y ba + tu = batu y Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah

y Kekuatan kaedah ini


y sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu

yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. y membolehkan kanak-kanak mengeja perkataanperkataan baru yang belum dipelajarinya. y memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.

KEFASIHAN MEMBACA
y Pengujian
y Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan

dijalankan dengan cara yang sistematik. y Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. y Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. y Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuanuntuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan

y Pengujian Berdasarkan Kefasihan Membaca dan

Kefahaman
y Ujian kefasihan y Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang

itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang

y Ujian Kefasihan y Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang

terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

y Kefahaman y Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada

bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

y Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan

murid membaca dengan sebutan baku, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Aspek pemahaman pelbagai bahan yang dibaca dan memberikan respons yang wajar perlu diberikan penekanan

y Kemahiran Membaca y Darjah 2 y Membaca teks seperti karangan dan puisi (pantun dan

lirik lagu) dengan jelas dan betul bagi tujuan pemahaman dan memberikan respons yang sesuai.

y Darjah 4 y Membaca teks seperti cerpen, karangan dan puisi

(pantun dan syair) dengan jelas dan betul bagi tujuan pemahaman dan memberikan respons yang sesuai.
y Darjah 6 y Membaca teks seperti karangan, cerpen, novel, dan

puisi (pantun, syair dan sajak) dengan jelas dan betul bagi tujuan pemahaman dan memberikan respons yang sesuai

y Teknik Kloz y Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi

menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.

Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

DISEDIAKAN OLEH :
ZAINAB BT ZAKARIA NOR ADILA BT JANI NURLIYANA BT MD SAAD HASHINAH BT BAHARUM SITI NUR AISYAH BT ABDLLAH NUR HIDAYAH BT MOH ZAHARI HALIMATON SAADIAH BT ABDUL RAZAK

You might also like