You are on page 1of 1

PENUTUP

Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan

animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam sepeti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan. Secara umumnya, setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ciriciri itulah yang membentuk jati diri dan identity sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah m emperdayakan lagi nilai-nilai yang ada pada sesuatu tamadun. Salah faham antara masyarakat pelbagai agama adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan ilmu terhadap sesuatu agama terutama sistem kepercayaan, amalan-amalan, aspirasi sesuatu agama dan lain -lain. Di samping itu juga perkara ini turut menyumbang kepada kegagalan dan mewujudkan sikap prejudis terhadap sesuatu agama di dalam kehidupan.

Sesungguhnya, Islam merupakan suatu Manhaj Ilahi atau landasan hidup yang digariskan oleh Allah untuk kesempur naan hidup manusia. manhaj ini terlaksana dengan usaha tenaga manusia sendiri dalam linkungan keupayaannya dan dalam batas reality kehidupannya, sama ada bidang kebendaan atau kerohaniannya.

You might also like