You are on page 1of 51

Mempelbagaikan kursus pengajian di sekolah menengah rendah.

Membekalkan kursus vokasional di peringkat sekolah menengah atas supaya muris-murid itu boleh mendapat latihan vokasional yang lebih mendalam dan lengkap.

Di bawah rancangan Sisitem Pendidikan Aneka Jurusan ini, murid-murid yang telah tamat belajar 6 tahun di sekolah rendah, akan ditempatkan secara automatik di Tingkatan 1 atau Kelas Peralihan. Semua murid di bawah sistem ini dikehendaki belajar mata pelajaran asas yang dibahagikan kepada kumpulan berikut: Bahasa ibunda murid (Bahasa Cina atau Bahasa Tamil untuk murid-murid Cina dan India)

Bahasa pengantar (Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris) Kajian Sosial Sains Am Matematik Sivik Pendidikan Jasmani Seni Lukis dan Kraf tangan atau Muzik Agama Kristian atau Agama Islam Memilih satu daripada empat mata pelajaran elektif, iaitu Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

C) Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967


Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang tunggal Diluluskan pada 3-3-1967

D) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, matlamat dan kesan sistem pelajaran Memastikan sistem pelajaran dapat memenuhi matlamat negara (pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan kegiatan kokurikulum)

Matlamat Kajian
Jawatankuasa Kabinet ditugaskan untuk:1. Mengkaji sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979: a) boleh melahirkan tenaga rakyat jangka panjang & jangka pendek yang diperlukan oleh negara; & b) berjaya menghasilkan 1 masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin & terlatih. 2. Hasil daripada kajian ini, membuat syor-syor yang sewajarnya. Matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran & kurikulum di semua peringkat pelajaran.

Aspek-aspek Kajian
1. Sistem Persekolahan merangkumi: Struktur masa persekolahan dan penjurusan. Peperiksaan yang sama. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta. Peluasan peluang dan kemudahan pelajaran.

2. Kurikulum merangkumi: Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang sama. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan. Buku-buku teks. Pendidikan sivik. Pendidikan agama, moral dan etika. Pembentukan disiplin. Kegiatan kokurikulum.

Dalam kajian ini, sistem persekolahan telah diteliti peringkat demi peringkat, iaitu dari peringkat permulaan, rendah, menengah, Tingkatan 6, sehinggalah ke peringkat maktab. Hal ini ditinjau dari aspek orientasi sosial & pendidikan yang berlandaskan asas pengetahuan & asas kemahiran untuk menyediakan murid-murid memasuki pasaran kerja sebagai penghasilan tenaga rakyat bagi mereka yang berkebolehan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi. Seluruh rakyat yang diasuhkan melalui sistem persekolahan ini perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan, khasnya tenaga rakyat haruslah mempunyai nilai2 disiplin, bersikap jujur & dedikasi terhadap kerja.

 Sistem kurikulum perlu dikaji dari segi perpaduan masyarakat & mutu tenaga rakyat.  Kesannya hanya terjamin sekiranya jentera pelaksanaan sistem itu kukuh & kaedah pelaksanaannya kemas.  Jawatankuasa Kabinet pula mengkaji pengurusan pendidikan & kelengkapan dengan tujuan membaiki mutu pendidikan.

Perakuan & perubahan-perubahan yang disyorkan


Di dalam tempoh kajian, Jawatankuasa Kabinet menerima sebanyak 302 memorandum daripada badan-badan politik, persatuan-persatuan, kesatuankesatuan, majlis-majlis & orang-orang perseorangan. Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet telah mengemukakan laporan mereka setelah mengkaji sistem pendidikan di negara ini.

Laporan ini mengandungi 173 perakuan, yang di antaranya memerlukan tindakan serta-merta. Ada pula yang mudah dilaksanakan & ada yang lainnya memerlukan perhatian yang lebih rapi & melibatkan perbelanjaan yang besar. Berikut adalah beberapa perakuan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet yang berkait rapat dengan tujuan pengubahsuaian kurikulum sekolah.

E) Akta Pendidikan 1996:Pindaan tahun 2002


 Mengikut Akta Pindaan ini, mulai tahun 2003, semua pra sekolah Malaysia wajib mematuhi & melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan.  Kurikulum ini adalah digubal berdasarkan ciri kepelbagaian latar belakang murid, sekolah & komuniti dalam masyarakat Malaysia.

Pendidikan
Peringkat 1 Peringkat 2

Perlaksanaan Laporan Razak

Perlaksanaan Laporan Rahman Talib

Penubuhan cawangan Pelajaran Bahasa Univesiti Malaya di Kebangsaan (BM) Lembah Pantai Diwajibkan untuk semua (KL) sekolah rendah

Peringkat 1
Penubuhan pusat latihan Penggubalan suatu terutamanya maktab yang sukatan sama untuk perguruan semua sekolah

1. Memberi tempat percuma 2. Penubuhan SM Teknik dan SM Vokasial untuk melatih kepada semua murid murid-murid yang belajar tanpa mengira dalam pelbagai jenis jurusan jenis aliran

Peringkat 2
3. Umur persekolahan dinaikkan ke 15 tahun
4. Menganjurkan

Peperiksaan Awam dalam bahasa rasmi (Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar)

5. Kerjasama antara pendidik (Maktab Perguruan Bahasa) dan ahli bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka) Untuk menghasilkan buku Teks SRK

6. Pembekalan tempat-tempat belajar di sekolah rendah bagi semua aliran bahasa (BM, BI, BC, B.Tamil)

SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA 1963-1982


Ea Jun Sen

1970, bahasa pengantar di SRJK (Inggeris) ditukarkan kepada Bahasa Malaysia. 1982, semua sekolah menengah kerajaan menggunakan BM sebagai bahasa pengantar hingga Tingkatan 6

1983, BM menjadi bahasa pengantar bagi semua kursus di peringkat universiti.

Kenaikan darjah di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah secara automatik.

1963, murid Darjah 6 dikehendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah Keputusan tersebut menentukan murid Ditempatkan di Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Pelajaran Lanjutan.

Peperiksaan ini dimansuhkan pada 1964

1967, Peperiksaan Penilaian Darjah 5 diadakan.

1973, satu Ujian Dignostik diperkenalkan untuk Darjah 3.

Belajar 3 tahun di sekolah menengah rendah Dikehendaki menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (dalam BM/ BI) 1978, Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran BI dimansuhkan

Lulus dalam peperiksaan tersebut

dapat mengikuti salah satu aliran di sekolah menengah atas,

Antara Sains, Sastera, Teknik , Perdagangan, Pertanian atau Vokasional.

Jenis- jenis Sekolah Menengah Atas


Sekolah Menengah Akademik Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan, Pertanian, Pertukangan, Sains Rumahtangga Sekolah Menengah Teknik kursus-kursus Vokasional dan akademik hingga Tingkatan 5

Aliran Sains dan Sastera

Sekian terima kasih

Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982


Nurfatin bt. Idrus

Jenis- jenis Sekolah Menengah Atas

Sekolah Menengah Akademik

Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan, Pertanian, Pertukangan, Sains Rumahtangga

Sekolah Menengah Teknik kursus-kursus Vokasional dan akademik hingga Tingkatan 5

Aliran Sains dan Sastera

KURIKULUM PRA SEKOLAH


Pengelolaan & Perkembangan Pendidikan Pra Sekolah

Kanak-kanak (4-6 thn) menerima pedidikan pra sekolah sebelum memasuki ke sekolah rendah. Kementerian Pendidikan berazam melancarkan program pendidikan pra sekolah secara rasmi mulai dari Disember 1991. Tujuan: memberi peluang kepada kanakkanak menerima pendidikan pra sekolah, khasnya bagi golongan kanak-kanak yang tidak mampu.

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Jawatankuasa Kabinet 1974 Tujuan: Mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara, melalui kurikulum sekolah. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 1. Isi kandungan sukatan pelajaran berulang, dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran.

2. Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran menjelang peperiksaan. 3. Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Faktor-faktor Pembentukan KBSR Dasar Pendidikan Negara Tujuan mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di semua sekolah.

Cita-cita dan Ideologi Negara -Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara. -Kurikulum sekolah harus mengandungi unsur yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan negara.

Falsafah Pedidikan Sekolah Rendah -Rancangan dan pelaksanaan KBSR harus berlandaskan kepada ideologi dalam pendidikan supaya murid dapat berkembang dengan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial,sosial dan jasmani. Melalui program KBSR, Murid dapat membaca, menulis, dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan, memupuk akhlak yang mulia serta memerlihara tubuh badan yang sihat.

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah 1. menguasai BM dengan baik, kerana BM merupakan bahasa rasmi negara. 2. menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu: bertutur, membaca, dan menulis dalam BM. 3. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira. 4. berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam BI selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa ke-2.

5. membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima oleh masyarakat berlandasan Rukun Negara. 6. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. 7. bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain, serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi

S E K I A N

terima kasih

Ahmad Asyraff Al-Rasyid b. Abd. Malik

KBSM dibentuk pada tahun 1989. Menitikberatkan kehendak individu, negara, dan sarwajagat. Kandungan KBSM membolehkan pelajar memperkembang potensi mereka sacara seimbang.

Syor-syor Laporan Kabinet (1979) Perakuan yang ditimbang asas:


Perakuan 58 Adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah, iaitu memperkukuh lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional.

Perakuan 61 Kurikulum di peringkat sekolah menengah atas hendaklah bercorak pendidikan umum sesuai bukan sahaja bagi murid-murid yang akan bekerja bahkan bagi mereka yang akan terus menyambung pelajaran. Oleh itu, adalah Diperakukan bahawa penjurusan kepada jurusan Sastera, jurusan sains dan jurusan teknik dalam Pendidikan di peringkat menengah atas ini dihapuskan.

Pembentukan KBSM haruslah berlandaskan kepada prinsipprinsip berikut :


Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidangbidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional sahaja

Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan kemahiran 3M

Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara


Semasa membentuk KBSM , Falsafah dan Pendidikan Negara menjadi pertimbangan penting. Selaras dengan FPN, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan sebagainya.

Falsafah dan Matlamat pendidikan Negara menjadi teras matlamat KBSM adalah berorientasikan kepada memahami kehendak individu serta masyarakat dan negara. Pembentukan KBSM dipengaruhi oleh pertimbangan memberi kesempatan untuk membolehkan pelajar mengembangkan potensi diri,menuju ke arah kerohanian,sikap positif dan sebagainya.

Ia juga dipengaruhi olah pertimbangan kehendak masyarakat dan negara dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran,berinteraksi dan memupuk sifat yang sihat.

Dasar-dasar kerajaan dan keperluankeperluan negara


Beberapa dasar dan keperluan negara yang menjadi tumpuan masa kini dalam Rancangan Malaysia menjadi pertimbangan asas semasa membentuk KBSM. Kandungan KBSM mencerminkan dasar dan keperluan negara seperti berikut :
Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya cepat lagi wujudnya perpaduan rakyat dan identiti bangsa.

You might also like