You are on page 1of 1

1.

PENDAHULUAN

1.1 TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA

Sebelum kita membincangkan teori pemerolehan bahasa dengan lebih lanjut, kita harus memahami konsep pemerolehan bahasa dahulu. Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanakkanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

1.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

You might also like