You are on page 1of 8

Jelaskan

apakah

tema-tema

kajian

dalam

motivasi,

serta

huraikan

bagaimanakah tema-tema tersebut dapat membantu kita untuk memahami tingkah laku manusia dengan persekitarannya?

Menurut

Reeve (2009), kajian motivasi yang dilakukan adalah meliputi tema-tema yang

disatukan berasaskan andaian, penemuan, hipotesis, teori dan penggunaannya dalam kehidupan manusia untuk menjelaskan pengertian motivasi. Terdapat lapan tema yang digunakan sebagai asas dalam memperjelaskan tentang motivasi.

Motivasi sebagai faedah menyesuaikan diri dalam kehidupan. Manusia akan cuba mengadaptasikan dirinya dalam persekitaran (bermotivasi) dengan memperbaiki tingkahlakunya untuk mencapai keseimbangan yang diperlukan (matlamat). Ini secara tidak langsung memperjelaskan pengertian motivasi iaitu desakan daripada dalaman indidu yang menggerakkan tingkahlaku untuk mencapai matlamat. Sekiranya motivasi individu menurun, individu akan gagal dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran dan menyebabkannya mudah putus asa apabila menghadapi tekanan. Sebagai contoh, dalam kehidupan seharian mahasiswa yang dipenuhi dengan tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang telah hampir tamat tempoh penyerahan tugasan, mendatangkan tekanan kepada mahasiswa tersebut tetapi sekiranya beliau mengambil desakan itu dari sudut yang positif, beliau akan bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan itu dengan segera. Antara contoh lain adalah apabila seorang pelajar gembira dengan suasana kelas pembelajarannya, pelajar tersebut akan lebih fokus ketika dalam kelas dan seterusnya akan membantu pencapaian akademik mereka. Tema ini antara lain telah menyumbang kepada bidang pendidikan di mana para guru cuba mencari alternatif untuk menarik tumpuan pelajar mereka ketika sesi pembelajaran.

Motif membantu dalam penetapan matlamat sebagai persediaan. Motif adalah penyebab atau desakan yang mendorong kepada individu untuk bertingkahlaku. Perubahan dalam persekitaran perlu diberi perhatian oleh individu kerana ia mungkin bersifat motif. Sebagai contoh dalam situasi memandu, sampai ke destinasi dengan selamat adalah merupakan motif dan untuk mencapai motif tersebut pemandu akan bertingkahlaku berwaspada semasa pemanduan. Chris Eccleton dan Geert Crombez (1999) dalam kajian mereka tentang kesakitan dan perhatian telah menyatakan sesetengah kesakitan mampu menarik perhatian individu yang mengalaminya untuk bertingkahlaku dalam meredakan kesakitan tersebut. Kajian terhadap kesan kesakitan terpilih itu membantu menperjelaskan tentang faktor ramalan bahawa kesakitan yang timbul lebih mendapat perhatian. Analisis kajian tersebut menyatakan bahawa gangguan kesakitan tidak dapat dielakkan dalam realiti kehidupan : Pain will emerge over other demands for attention .

Motif sentiasa wujud dan ia mempengaruhi tingkahlaku. Motivasi adalah satu proses yang dinamik. Biasanya hanya terdapat satu motif yang kuat, selebihnya adalah secara tidak langsung. Sebagai contoh seorang pelajar membaca buku, motif utamanya membaca adalah kerana akan menghadapi peperiksaan, pelajar tersebut ternampak minuman bergas dan akibat faktor persekitaran, pelajar tersebut merasa dahaga lalu meminum minuman itu. Ini adalah sebagai contoh bahawa dalam mencapai sesuatu matlamat, faktor persekitaran akan turut memainkan peranan dalam tingkah laku individu. Situasi ini dapat dilihat melalui psikologi positif yang telah ditulis oleh Mertin E.P Seligman dan Mihaly Csikszentmihalyi. Kajian mengenai psikologi positif telah dikaji di Amerika di mana masyarakat sedar apabila mereka mengalami masalah kerana leka dengan pembangunan. Pada titik waktu ini, sosial dan sains perlakuan memainkan peranan yang sangat meluas dan penting. Dalam kajian ini motif yang positif akan melahirkan tingkahlaku yang baik. Di sini pengkaji telah mengenalpasti trait personal positif yang dapat menyumbang kepada

positif psikologi. Antaranya adalah seperti kesejahteraan subjektif (subjective well-being), optimis (optimism), kebahagiaan (happiness) dan penentuan diri (self determination). Dalam psikologi positif, ia memainkan peranan yang amat penting dan memberi implikasi terhadap mental dan kesihatan fizikal. Contohnya, kepercayaan-kepercayaan optimis yang secara tidak realistik boleh melindungi manusia daripada kesakitan (illness). Hal yang demikian dapat dibuktikan melalui kajian terhadap pesakit yang menghadapi penyakit yang mengancam nyawa seperti AIDS (Taylor et al., 2000). Dalam situasi ini, pesakit yang menunjukkan sikap yang optimistik akan menunjukkan simptom yang kemudian dan boleh hidup dengan lebih lama berbanding mereka yang menghadapi realiti yang lebih objektif. Di sini jelaslah menunjukkan bahawa psikologi yang positif memainkan peranan yang amat penting. Walaupun psikologi positif ini berkembang dengan meluas, namun terdapat banyak cabaran masa hadapan untuk perkembangannya. Antara cabaran yang dilalui atau dihadapi adalah seperti pembangunan positif; dalam situasi ini, pengkaji sedar bahawa individu yang berada pada masa N adalah berbeza entitinya daripada individu yang sama pada masa N+1, di sini ahli psikologi tidak boleh menganggap apa yang membuatkan remaja bahagia pada masa sekarang, ia akan turut bahagia juga apabila dewasa nanti dengan situasi yang dialaminya sekarang. Sebagai contoh, remaja menonton televisyen bersama rakannya mungkin akan merasa bahagia, tetapi apabila dewasa, mereka mungkin tidak akan meminatinya lagi. Selain daripada itu, penimbalan (buffering) turut menjadi cabaran bagi psikologi positif. Hal yang demikian kerana terdapat banyak persoalan dalam sesuatu kajian. Sebagai contohnya, ahli psikologi telah menemui pelbagai cara atau jalan dalam pencegahan serta terapi dan salah satunya adalah dengan membina trait positif. Tetapi persoalan yang dihadapi di sini adalah seperti apakah mekanisma yang membina keberanian dan kemahiran interpersonal, harapan, atau fikiran masa hadapan yang dapat menimbal (buffer) terhadap tekanan atau Skizofrenia ataupun penyalahgunaan bahan seperti pengambilan dadah. Terdapat banyak lagi cabaran terhadap perkembangan psikologi positif ini.

Motivasi memainkan peranan dalam pertumbuhan.

Motivasi tidak dapat dipisahkan daripada konteks kehidupan sosial manusia. Motivasi membantu dalam membina emosi positif seperti optimis dan realistik. Reeve menekankan 4 bidang di mana motivasi memainkan peranan penting iaitu : Pendidikan Dalam bidang pendidikan, motivasi boleh diaplikasikan terhadap pelajar untuk menarik minat mereka dalam bidang pembelajaran.

Pekerjaan Dalam bidang pekerjaan, ia boleh diaplikasikan dengan memahami bagaimana motivasi membantu dalam meningkatkan produktiviti kerja dan kepuasan dalam pekerjaan.

Sukan/latihan Motivasi diaplikasikan dalam bidang ini untuk mencipta program latihan supaya ahli sukan menunjukkan prestasi yang baik dengan membantu menetapkan matlamat dan langkah untuk mencapainya. Sebagai contoh, ganjaran merupakan antara langkah yang diaplikasi untuk memotivasikan ahli sukan untuk berjaya.

Terapi Teori motivasi telah diaplikasikan dalam membantu menangani masalah emosi dan mental supaya individu lebih optimis. Sebagai contoh mini teori pencapaian matlamat digunakan untuk membantu individu menjalani kehidupan diet yang sihat bagi mencapai berat badan yang ideal.

Teori motivasi menerangkan punca individu bertingkahlaku. Teori motivasi membantu dalam menerangkan punca individu bertingkahlaku. Sebagai contoh mini teori efikasi kendiri membantu individu dalam penetapan matlamat. Seterusnya mendorong indidividu bertingkahlaku untuk mencapai matlamat. Mini teori yang telah diperkenalkan dikatakan lebih popular berbanding Grand Theory kerana ianya lebih praktikal untuk kegunaan dalam dunia pada hari ini.

Motivasi mendedahkan apakah kehendak manusia. Seseorang akan bermotivasi adalah Keadaan ini telah

Motivasi adalah muncul daripada sifat-sifat manusia.

berdasarkan harapan, keinginan, kehendak ,keperluan dan ketakutan .

membantu kita menjelaskan persoalan seperti mengapa seseorang itu berkelakuan baik atau jahat, bersifat aktif atau pasif serta bebas membuat pilihan ataupun ditentukan oleh keperluan biologi dan sebagainya. Teori motivasi mendedahkan apakah persamaan antara manusia daripada segi budaya, pengalaman hidup dan genetik yang berbeza. Kita menyembuyikan keperluan fisiologi seperti lapar, dahaga, seks dan kesakitan. Kita semua mewarisi kecenderungan biologi seperti resmi dan litar saraf di dalam otak untuk keseronokan dan kebencian. Kita turut berkongsi emosi bersama dalam situasi yamg sama seperti berasa takut apabila terancam dan tertekan selepas kehilangan sesuatu atau seseorang. Kita berinteraksi dengan persekitaran dengan keperluan yang sama seperti kita menjelajah lingkungan, mengembangkan kompetensi kita, memperhaluskan kemahiran kita dan membentuk hubungan rapat dengan sesiapa yang kita cintai. Kita juga mempunyai sifat hedonisme (

keinginan mendekati keseronokan dan mengelak kesakitan ) untuk mendapat keperluan, kesejahteraan, pertumbuhan dan perkembangan peribadi. Teori motivasi juga mendedahkan motivasi melalui pengalaman iaitu motif yang dijelaskan melalui sifat-sifat manusia. Sebagai contoh dengan pengalaman peribadi kita, kita dapat belajar tentang kemampuan keyakinan, jangkaan pretasi, menjelaskan tentang kejayaan dan kegagalan, penilaian, hasrat peribadi, perasaan dan sebagainya. Dengan cara ini, ia memberikan tenaga kepada kita dalam menggerakkan tingkahlaku kita berdasarkan persekitaran, pertumbuhan, sosial, paksaan kebudayaan dan insentif. Kajian tentang motivasi juga bukan sahaja memperjelaskan kepada kita tentang teori kehendak dan keinginan yang datang dari sifatsifat manusia, tetapi juga ada sebahagiannya adalah datang daripada soal peribadi,sosial dan budaya pembelajaran. Sifat-sifat manusia seperti harapan ,ketakutan, dan minat akan menunjukkan seseorang itu bermotivasi ataupun tidak. Contohnya, seorang pelajar akan belajar bersungguh-sungguh kerana ingin mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Motivasi seseorang juga berhubungkait dengan kelelahan emosi (burnout) dan prestasi kerja. Hobfoll ( 1989 ) menyatakan motivasi merupakan sumber tenaga. Pekerja yang mempunyai prestasi kerja yang rendah menunjukkan motivasi pekerja itu dalam pekerjaan adalah rendah. ( Wright & Cropanzano,1998 ) Selain itu, seseorang itu akan bermotivasi untuk mengekalkan keseimbangan fisiologi, iaitu memenuhi keperluan fisiologi sehingga ke tahap keseimbangan ( homeostasis ). Walaupun mempunyai budaya dan pengalaman yang berbeza, individu juga boleh menunjukkan sifat bermotivasi yang sama. Contohnya, tidak kira sesiapa pun akan mencari makanan apabila lapar. Kita juga bermotivasi bagi mencapai hedonisme, iaitu mendekati keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Walaubagaimanapun, sifat manusia pula lebih cenderung kepada kesenangan, kesejahteraan dan perkembangan peribadi ( Seligman & Csikszentmihalyi,2000 ). Contohnya, kita akan membentuk hubungan yang rapat dengan sesiapa yang kita cintai dan mempertingkatkan kemahiran kita untuk mendapatkan keseronokan.

Motivasi untuk mendekati dan mengelak.

Mendekati dan mengelak atau dalam istilah psikologinya iaitu hedonism yang bermaksud satu konsep megenai keinginan untuk mendekati keseronokan dam mengelak kesakitan.(Fatimah wati halim). Apabila seseorang individu itu berada dalam keadaan seronok, maka indivisu tersebut akan sentiasa mengekalkan motivasi dirinya. Namun begitu, apabila sesorang individu itu berada dalam keadaan sebaliknya seperti sakit maka hal ini akan mengakibatkan motivasinya menurun. Daripada sebuah jurnal tempatan iaitu pengajaran dan pembelajaran ada menyatakan mengenai matlamat pencapaian di mana mempunyai kaitan dengan motivasi mengelak dan mendekati ini. Dalam konteks seorang pelajar, dia mahu dilihat sebagai seorang pelajar yang cerdik dan pintar dan tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak kompeten. Jikalau sesuatu matlamat itu dianggap terlalu sukar dan tidak mungkin dapat dicapai olehnya, maka ia akan menjadi defensif dan berkemungkinan besar dia akan mengambil strategi mencuba mengelakkan dari kegagalan. Mereka berlagak sebagai tidak mengambil endah, tidak mencuba dengan bersungguh-sungguh, atau juga seolah-olah mereka tidak ingin mencuba langsung. Pelajar seperti ini terlalu memikirkan tentang dirinya dan pandangan orang lain terhadap dirinya. Dia dinamakan oleh Miller (1984) sebagai ego-involved learner. Perkara yang ingin ditegaskan adalah pelajar tersebut menghasilkan tingkahlaku mengelak untuk gagal supaya dia dilihat sebagai pelajar yang pintar. Hal ini akan meningkatkan tahap motivasinya. Selain itu, sifat manusia iaitu bermotivasi intrinsik dalam mencapai matlamat dan cabaran juga berkaitan dengan motivasi mendekati dan menjauhi. Di mana seseorang individu akan cuba memenuhi perkembangan dan pertumbuhan psikologikalnya iaitu autonomi, kompeten dan perhubungan. Dengan itu dapatlah menjelaskan mengenai konsep hedonisme.

Jenis-jenis motivasi (intrinsik dan ektrinsik)

Motivasi intrinsik adalah berbeza dengan motivasi ekstrinsik(Ryan & Deci, 2000b). Motivasi pembelajaran berbeza dengan motivasi persembahan dan motivasi kejayaan adalah berbeza dengan motivasi mengelak kegagalan(Elliot, 1997). Dengan kata lain, manusia ialah subjek yang kompleks(Vallerand, 1997). Misalnya, pelajar yang belajar daripada motivasi intrinsik (sikap ingin tahu) menunjukkan lebih banyak kreativiti dan emosi positif daripada pelajar yang dipengaruhi motivasi ekstrinsik. Sebagai contoh intrinsik dan ekstrinsik adalah jenis motivasi yang telah dikaji dengan meluas dan perbezaan antara kedua-dua jenis motivasi ini adalah ia memandang ringan pada pembangunan dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, motivasi intrinsik kekal sebagai satu sumber semulajadi yang menggalakkan manusia untuk belajar dan berasimilasi. Bagaimanpun, motivasi ekstrinsik dipertikaikan kerana sangat berbeza dalam autonomi relatifnya dan hal yang demikian mencerminkan kawalan luar atau peraturan diri yang sebenar. Hubungan antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah ia merupakan keperluan asas manusia untuk berautonomi, bersaing dan hubungan dan perbincangan(Ryan & Deci, 2000). Kebanyakan perbezaan asas antara motivasi intrinsik dengan ekstrinsik ialah motivasi intrinsik merujuk kepada perlakuan sesuatu yang menarik atau menyeronokkan, manakala motivasi ekstrinsik merujuk kepada sesuatu perlakuan yang tidak boleh dipisahkan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat semula perbezaan klasik antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik(Ryan & Deci, 2000). Motivasi intrinsik didefinisikan sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan kepuasan bagi beberapa sebab yang berasingan(Ryan & Deci, 2000). Apabila mempunyai dorongan intrinsik, seseorang itu akan bergerak untuk mendapatkan keseronokan ataupun cabaran akibat daripada syarat yang tertentu seperti hadiah. Pada manusia motivasi intrinsik bukan satu-satunya yang membentuk motivasi mahupun kehendak aktiviti, tetapi ia adalah sesuatu yang penting untuk kehidupan manusia. Sejak lahir, manusia manusia berada dalam keadaan paling sihat, aktif, ingin tahu dan mempamerkan kesediaan sentiasa mahu belajar dan meneroka dan mereka tidak memerlukan insentif luar untuk berbuat demikian(Ryan & Deci, 2000).

You might also like