You are on page 1of 16

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL DUNIA Soalan Objektif 1.

Arkeologi ialah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau melalui proses carigali. Apakah maksud ekofak? (ms 2) A Barang-barang logam seperti besi dan gangsa B Tinggalan seperti sisa makanan,tulang dan tumbuhan C Barang yang dicipta oleh manusia seperti pinggan mangkuk D Tinggalan seperti struktur bangunan yang tidak dapat diubah ___________________________________________________________ 2 Imhotep ialah saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat Firaun Djoser dalam kerajaan Mesir. Apakah sumbangan utama beliau? (ms 21) A Memperkenalkan kalendar pertama B Membina sistem pengairan yang terbesar C Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan D Merancang pembinaan bandar-bandar besar ___________________________________________________________ 3 Masyarakat tamadun ini percaya bahawa kuasa raja adalah mandat dari Tuhan dan rajarajanya tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.

Apakah tamadun yang boleh dikaitkan dengan pernyataan tersebut? (ms 31) A Tamadun Mesopotamia B Tamadun Hwang Ho C Tamadun Mesir D Tamadun Indus ___________________________________________________________ 4 Dalam bahasa Yunani, Mesopotamia bermakna Tanah di antara dua sungai. Apakah nama dua sungai tersebut? (ms 10) I Sungai Nil II Sungai Indus III Sungai Tigris IV Sungai Euphrates A I dan II B I dan III C III dan IV D I dan IV ___________________________________________________________ 5 Salah satu ciri tamadun awal ialah kewujudan sistem tulisan. Antara berikut, yang manakah bentuk tulisan tamadun awal. ( ms 8 )

I Hieroglif II Ideogram III Cuneiform IV Papyrus A I, II, dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

************************************************************************ Soalan Struktur 1 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di sekitar sungai Hwang Ho atau sungai Kuning. ( ms 29-33) a. Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho? i. ............................................................................. (1 markah )

b. Berikan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho? i. .............................................................................. ii. .............................................................................

iii. ............................................................................ ( 3 markah )

c. Nyatakan kepentingan kalendar kepada masyarakat Tamadun Hwang Ho?

i. .............................................................................. ii. .............................................................................. ( 2 markah )

d. Bagaimanakah pembesar-pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou?

i. .............................................................................. ii. .............................................................................. iii............................................................................... ( 3 markah )

e. Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu The Art of War popular sehingga hari ini?

i. ........................................................................... ( 1 markah )

[ 10 Markah ] _________________________________________________________ 2 Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho menjadi asas peningkatan tamadun manusia. (ms15-34) a. Mengapakah Kod Undang-undang Hamurabi dapat membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang lama? i. .............................................................................. ii. .............................................................................. ( 2 markah )

b. Berikan dua kesan penciptaan kertas oleh masyarakat tamadun Mesir. i. .............................................................................. ii. ............................................................................. ( 2 markah )

c. Nyatakan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Mohenjo Daro dan Harappa dalam Tamadun Indus. i. ............................................................................. ii. ............................................................................. iii..............................................................................

( 3 markah )

d. Mengapakah bidang astronomi menjadi penting bagi tamadun Mesir Purba, Hwang Ho dan Mesopotamia? i. ............................................................................. ii. ............................................................................. iii.............................................................................. ( 3 markah ) [ 10 Markah] ********************************************************************** Soalan Esei Soalan 1 a ) Raja Hamurabi telah menggubal Kod Undang-undang Hamurabi semasa memerintah Babylon. Huraikan ciri-ciri Kod Undang-undang Hammurabi. (ms 14) ( 6 markah )

b ) Jelaskan peranan Firaun dalam masyarakat Mesir Purba. (10 markah)

c ) Nyatakan peranan pendeta dalam sistem pemerintahan tamadun Indus. (4 markah)

Soalan 2 Pembentukan tamadun awal manusia bermula apabila petempatan kekal berkembang secara evolusi kepada perkampungan, bandar dan seterusnya menjadi sebuah negara kota. a ) Terangkan ciri-ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia. (ms 11-24) ( 8 markah )

b ) Jelaskan struktur susun atur pembinaan bandar terancang dalam tamadun Indus. ( 8 markah )

c ) Pada pandangan anda, bagaimanakah kawasan yang boleh dijadikan petempatan awal masyarakat tamadun awal? ( 4 markah )

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Peraturan Pemarkahan

Objektif 1B

2C 3B 4C 5A ________________________________________________________ Struktur

1 a ) Apakah nama tapak petempatan awal penduduk Hwang Ho? F1 Tapak Banpo Mana-mana 1 x 1m [1M] b ) Berikan tiga aktiviti penduduk kawasan Hwang Ho? F1 pertanian F2 penternakan F3 mengumpul hasil hutan F4 memburu Mana-mana 3 x 1m [3M] c ) Nyatakan kepentingan kalendar kepada masyarakat Tamadun Hwang Ho?

F1 menentukan musim menanam dan menuai F2 menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan F3 menentukan musim menuai

Mana-mana 2 x 1m [2M] d ) Bagaimanakah pembesar-pembesar membalas budi raja-raja Dinasti Chou? F1 Berikrar taat setia kepada pemerintah F2 Memberikan hadiah seperti kereta kuda, gangsa, senjata, hamba dan binatang F3 Melindungi raja F4 Memberikan bantuan tentera semasa perang Mana-mana 3 x 1m [3M] e ) Pada pendapat anda mengapakah karya Sun Tzu iaitu the Art of War popular sehingga hari ini? F1 membicarakan selok-belok perang F2 cara-cara menangani musuh F3 diaplikasi dalam urusan perniagaan Mana-mana 1 x 1m [1M]

_________________________________________________________ 2 a ) Mengapakah Kod Undang-undang Hamurabi dapat membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang lama? F1 Undang-undangnya berteraskan hak rakyat F2 Hukumannya setimpal dengan kesalahan

F3 Undang-undang dapat mewujudkan perpaduan F4 Dapat mengukuhkan sistem organisasi Mana-mana 2 x 1m [2 M]

b ) Berikan kepentingan penciptaan kertas oleh masyarakat tamadun Mesir. F1 memudahkan penyimpanan rekod F2 meninggalkan kebergantungan pada batu-batu F3 menyimpan segala khazanah bangsa Mana-mana 2 x 1m [2M]

c ) Nyatakan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Mohenjo Daro dan Harappa dalam Tamadun Indus. F1 sebuah bandar terancang F2 susun atur yang sistematik F3 perancangan bdar dibantu ilmu geometri F4 disusun berasaskan blok-blok F5 dipisahkan dengan satu jalan lurus dan bersambung F6 mempunyai sistem kumbahan F7 dihubungi sungai-sungai sebagai jalan perhubungan Mana-mana 3 x 1m [3M]

d ) Mengapakah bidang astronomi menjadi penting kepada ketiga-tiga tamadun tersebut ?

F1 penciptaan kalendar solar 12 bulan F2 penggunaan jalan laut F3 menentukan musim menanam F4 menentukan musim menuai F5 menentukan aktiviti harian Mana-mana 3 x 1m [3M] [ 10 Markah]

_________________________________________________________ Esei 1a ) Ciri-ciri Kod Undang-undang Hammurabi

F1 Undang-undang ini digubal Raja Hammurabi H1a pemerintah kerajaan Babylon / raja kerajaan Mesopotamia F2 Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan H1a Mengikut kod ini hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan H1b Tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat C1a Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan C1b Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda sebanyak 1 perak.

F3 Kod ini menjadi dasar perundangan Mesopotamia / mengandungi undang-undang masyarakat Mesopotamia H3a undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar H3b rakyat dapat membaca undang-undang tersebut C3a Kod ini mengandungi Kira-kira 282 F4 Dapat mengelakkan wujudnya permasaalahan dalam masyarakat pelbagai kaum H4a Membantu tamadun Mesopotamia kekal dalam jangka masa yang panjang C4a Dapat mewujudkan perpaduan C4b Dapat mengukuhkan sistem organisasi Mana-mana 15 x 1m

[Mak. 6m] 1b. Peranan Firaun dalam masyarakat Mesir Purba adalah F1 Firaun merupakan raja berkuasa mutlak F2 dianggap suci F3 jawatan Firaun diwarisi secara turun temurun F4 pada zaman kerajaan lama, Firaun dianggap Tuhan Horus H5 semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, Firaun F6 digelar sebagai Raja Matahari

F7 dipercayai firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re F8 Firaun merupakana ketua pendeta F9 Pemilik tanah F10 Ketua hakim F11 Ketua pahlawan Mana-mana 11 x 1m [Mak. 10 m] 1c. Peranan pendeta ialah F1 kelas utama ialah pendeta F2 bilangannya kecil F3 para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar F4 Mengawal aktiviti masyarakat terutamanya melibatkan kegiatan keagamaan

F5 atas dasar agama, golongan bawahan memberi ketaatan kepada golongan pendeta

F6 menurut sejarawan tampuk pemerintah tamadun Indus dipegang oleh pendeta Mana-mana 6 x 1m [Mak. 4m] _________________________________________________________ 2a Ciri-ciri negara kota di Mesopotamia.

F1 negara kota terbahagi kepada kawasan utama H1a iaitu pusat kota / tembok kota / luar kota / pelabuhan F2 negara kota juga mempunyai kubu pertahanan H2a dengan pelbagai bentuk pintu gerbang H2b yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota F3 binaan di dalam kota H3a terdapat istana / rumah kediaman / rumah ibadat / rumah kedai / pasar

F4 mempunyai sistem jalan rayanya H4a berkeadaan lurus dan lebar F5 pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat H5a yang menjadi tumpuan anggota masyarakat H5b ziggurat berfungis sebagai pusat ibadat selain pusat perdagangan dan penyimpanan khazanah negara F6 setiap kota mempunyai unit politik H6a menjadikan negara kota sebagai sebuah kerajaan berdaulat F7 Sebuah negara kota mempunyai agama sendiri H7a Mesopotamia mengamalkan pemerintahan teokrasi H7b Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan

Mana-mana 17 x 1m [Mak 10 m] 2b Ciri-ciri bandar yang terancang di Tamadun Indus ialah F1 Bandarnya terbahagi dua bahagian yang dikelilingi tembok F2 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan F3 menempatkan bangunan pentadbiran F4 tempat mandi awam untuk upacara ritual F5 tempat pembersihan F6 tempat penyimpanan hasil pertanian F7 Bahagian kedua bandar merupakan kawasan perumahan F8 Bandar-bandarnya terancang begitu rapi F9 sudut susun atur yang sistematik F10 perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan F11 serta sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba F12 disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat F13 setiap blok dipisahkan dengan satu rangkaian jalan raya yang lurus yang bersambung antara satu sama lain F14 setiap bandar mempunyai sistem kumbahan terancang

F15 bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan Mana-mana 15 x 1m [Mak. 10m] 2c Kawasan yang boleh dijadikan petempatan awal masyarakat tamadun awal F1 Kawasan yang membolehkan manusia menyesuaikan diri dengan alam sekitar F2 Kawasan yang mudah untuk menjalankan kegiatan harian / kehidupan harian F3 Berdekatan dengan sumber air / sungai / tasik / lembah sungai F4 Kesuburan tanah F5 Adanya kemudahan memperoleh makanan F6 Terdapatnya kemudahan pengangkutan F7 Terdapatnya kemudahan perhubungan Mana-mana 7 x 1m

You might also like