You are on page 1of 6

ETIKA BERPAKAIAN Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang

murni. Oleh itu, cara berpakaian dan pakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pegawai dan staf. Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat hendaklah dipatuhi: ETIKA BERPAKAIAN UNTUK LELAKI Pakaian Lelaki: i) Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Lounge Suite atau Bush jacket ii) Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher iii) Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap. iv) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional diwajibkan memakai tali leher / tudung / skaf korporat pada setiap hari Rabu dan di majlis-majlis rasmi Kementerian. v) Baju kemeja berlengan panjang dan :a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga b) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima c) berkolar Nehru berbutang terselindung, d) berkolar mandarin berbutang tiga. e) berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in). f) Nehru suit yang diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai:i)berbutang hadapan ii)berbutang terselindung

ETIKA BERPAKAIAN UNTUK WANITA

Pakaian Wanita:
1. 2. Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia. Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:

a) Baju kurung b) Baju kebaya labuh dan longgar c) Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh d) Pakaian kebangsaan mengikut kaum e) Kasut bertutup f) Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian sahaja

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Cara berpakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja: a) Berpakaian yang memberi sangkaan ianya seolah-olah hendak menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan b) Pakaian yang menjolok mata c) Jeans atau slacks d) Seluar pendek

e) Pakaian yang menutup muka f) Kasut sukan dan selipar g) Mewarnakan rambut h) Sut (kecuali dalam keadaaan yang memerlukan seperti untuk tugas luar) i) Seluar panjang dan blouse (untuk wanita)

PAKAIAN PADA HARI RABU (KORPORAT), KHAMIS DAN MAJLIS RASMI Pegawai-pegawai awam yang tidak berpakaian seragam diwajibkan memakai baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pada setiap Khamis dan juga semasa menghadiri majlis-majlis rasmi yang tidak mensyaratkan pemakaian jenis pakaian tertentu.

AKAIAN SERAGAM (LELAKI DAN WANITA)


PAKAIAN SERAGAM (LELAKI DAN WANITA)

Pegawai awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam, wajib memakainya semasa bekerja.

You might also like