You are on page 1of 31

Dibuat di bawah Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan Dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002.

. Mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

Untuk memastikan supaya pegawai awam:


Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab Meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri Menjaga imej perkhidmatan awam Pegawai yang melakukan kesalahan/ melanggar peraturan dihukum

Kewajipan mematuhi peraturan-peraturan :


3A. (1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan ini. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib :


3C. (1) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. (2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang diPertuan Agong, negara dan Kerajaan. Contoh :
Bersubahat dengan musuh negara Membocorkan rahsia Kerajaan Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan tindakan Kerajaan Menjadi Anggota Jemaah Islamiah Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

(2) Seseorang pegawai tidak boleh :


a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya b) (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah
Membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam Menggunakan kedudukan awam untuk kepentingan sendiri

d) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan / mencemarkan nama baik perkhidmatan awam e) kurang cekap atau kurang berusaha f) Tidak jujur atau tidak amanah g) Tidak bertanggungjawab h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh tekanan luar i) Membantah atau melawan pegawai atasan j) Cuai dalam melaksanakan tugasnya

DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)


Perkara 4A 7 9 11 12 13 15 16 17 18 20 21 23 Gangguan seksual Menyalahguna dadah Menerima / memberi keraian Menyeggara taraf hidup melebihi daripada emolumen rasmi dan pendapatan persendirian yang sah Meminjam wang / menjadi penjamin Keterhutangan yang serius Meminjamkan wang dengan bunga Penglibatan dalam pasaran hadapan Refel dan loteri Penerbitan buku berdasarkan maklumat terperingkat Penyunting akhbar / majalah / jurnal Kegiatan politik Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran / sebab yang munasabah Jenis Larangan

1) Dilarang melakukan gangguan seksual iaitu :


(a) Cubaan merapati/meminta layanan seksual (b) melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

2) BENTUK PERBUATAN BERSIFAT SEKSUAL:


(a) secara lisan, bertulis dan lain-lain (b) tidak terhad di tempat kerja / waktu kerja selagi mencemarkan imej Perkhidmatan Awam

Mempamer atau mengedarkan alat-alat atau gambar-gambar lucah Membuat cadangan behawa layanan seks akan di balas dengan ganjaran meraba, mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual Bercerita / jenaka / isyarat yang lucah Menyentuh anggota sensitif badan

Tidak boleh menggunakan / mengambil / menyalahgunakan / menagih dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan) Pegawai boleh diambil tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan awam [peraturan 49] sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan

Menghisap ganja, morfin, heroin dan lain-lain Menagih dadah

Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.

Menulis/menerbit buku menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit)

Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan;


i. ii. iii. iv. Jabatan Profesional Pertubuhan sukarela yang tidaK bercorak politik Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

Menjadi penyunting akhbar harian Menjadi penyunting akhbar parti politik

Pegawai KPT/KPDP dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik, khususnya tidak boleh:
membuat pernyataan menyebelahi mana- mana parti politik ii. menerbit/mengedar buku/ artikel/risalah mengenai politik iii. merayu undi iv. agen pilihanraya tempat mengundi v. bertanding apa-apa jawatan vi. memegang apa-apa jawatan i.

Berkempen bagi pihak parti politik Mengedar risalah parti politik Memegang jawatan dalam parti politik

Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib. " Ketidakhadiran :
Termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.

LARANGAN YANG BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN


Perkara 5 6 8/9 10 19 21 Pengecualian Pekerjaan Luar Etiket berpakaian Menerima hadiah / Keraian Pemunyaan harta Pernyataan Awam Kegiatan Politik i) Kumpulan Sokongan ii) Cuti sebelum bersara Membawa perbicaraan undang-undang / bantuan guaman Kuasa memberi Kebenaran Ketua Jabatan KPPA Ketua Jabatan Lembaga Tatatertib Menteri KPPA / KSU

22

KSU

Tidak boleh buat kerja luar, kecuali :


Dibenarkan oleh ketua jabatan dianggap tugas rasmi
Honorarium ditentukan oleh perbendaharaan (pp bil 2/1993 dan bil.5/1995)

Bagi faedah dirinya/saudara- mara/ badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran ketua jabatan

Tertakluk kepada tatakelakuan peraturan 4 dan memastikan pekerjaan luar itu dilakukan :

Di luar waktu pejabat/ tugas rasmi TIDAK MENJEJASKAN KEBERGUNAANNYA sebagai PEGAWAI AWAM Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam

Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran Menjalankan perniagaan pasar malam, jadi jaga dan pekerjaan lain tanpa kebenaran

Semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh ketua pengarah perkhidmatan awam

Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Pegawai dilarang memberi/ menerima hadiah, jika :


Ada kena- mengena dengan pelaksanaan tugas. bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah

Kebenaran ketua jabatan perlu diperolehi, jika


Pegawai meragui tentang bentuk, amaun atau nilai hadiah. penerimaan hadiah sukar ditolak

Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran jika :


Pegawainya menerima surat pujian sempena persaraan/ pertukaran Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena persaraan /pertukaran, perkahwinan, peristiwa lain pegawainya

Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu :
a) b) c) d) e) f) g) Amaran Denda Lucut hak emolumen Tangguh pergerakan gaji Turun gaji Turun pangkat Buang kerja

You might also like