You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT BULANAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN BIL 8/2008

Tarikh Masa Tempat : : : 2 September 2008 2.30 ptg Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia

SENARAI KEHADIRAN :
Bil 1 2 Nama Y.M. Engku Azman b. Tuan Mat Tn. Hj. Md. Jalal b. Bongkik Jawatan Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Regulatori (Pengerusi) Timbalan Pengarah Cawangan Perancangan

CAWANGAN PERKHIDMATAN, SEKSYEN OPERASI, UNIT HOSPITAL 3 4 5 6 Tauran Zaidi b. Ahmad Zaidi Mohd Azizi b. Ibrahim Gurminder Kaur a/p Sardool Singh Md. Syukri Imran b. Abdullah Timbalan Pengarah Seksyen Operasi KPP Seksyen Operasi (Unit Hospital) PPK Seksyen Operasi (Unit Hospital) PP Seksyen Operasi(Unit Hospital)

CAWANGAN PERKHIDMATAN, SEKSYEN OPERASI, UNIT KLINIK KESIHATAN 7 Dzulkifli b. Mohamad KPP Seksyen Operasi (Unit Klinik Kesihatan)

CAWANGAN PERKHIDMATAN, SEKSYEN IMPLEMENTASI PROJEK 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Noor Baizura bt. Mohd. Tahir Yahaya b. Saad Rosmiza Hanim bt. Rosmin Rahayu bt. Ahmadun @ Rozi Saodah bt. Mohd. Yusoff Mohd Ezani b. Ab. Rashid Suhaimi b. Rashid Siti Norbaizura bt. Abdul Rahman Wan Azura bt Wan Nasir Che Hamidah bt Che Mohd Razali Rahayu bt Muslim Mohd Shafri Rizal b Mohd Nasir KPPK Seksyen Implementasi Projek KPP Seksyen Implementasi Projek (Unit Bangunan & Infrastuktur) PP Seksyen Implementasi Projek (Unit Bangunan & Insfrastruktur) PP Seksyen Implementasi Projek (Unit Bangunan & Insfrastruktur) Pem. Teknik Kanan Seksyen Implementasi Projek (Unit Bangunan & Insfrastruktur) PP Seksyen Implementasi Projek (Unit Penyelarasan) PP Seksyen Implementasi Projek (Unit Sistem Kejuruteraan Jentera) PP Seksyen Implementasi Projek PP Seksyen Implementasi Projek PP Seksyen Implementasi Projek PP Seksyen Implementasi Projek PP Seksyen Implementasi Projek

CAWANGAN PERANCANGAN 20 21 22 23 Jeffry b. Mohamad Noor Rosmahadi b. Ali Ir. Khew Swee Lian Nurhafizan bt Rashidi PP Caw. Perancangan (Unit Kej. Biomedikal) KPP Caw. Perancangan (Unit Kej. Fasiliti) PP Caw. Perancangan (Unit Kej. Alam Sekitar) PT Caw. Perancangan

CAWANGAN REGULATORI, SEKSYEN KESELAMATAN SINARAN (KS) 24 25 26 27 Norlela bt. Hatta @ Antah Shamsul Annuar b. Mohd Soaudi Maznah bt. Mohamad Dr. Pirunthavany a/p Muthuvelu PP Seksyen KS (Unit Perlesenan) PP Seksyen KS (Unit Penguatkuasaan) PP Seksyen KS (Unit Penguatkuasaan) KPP Seksyen KS (Unit Pendakwaan)

CAWANGAN REGULATORI, SEKSYEN KAWALAN ALAM SEKITAR (KAS) 28 29 Voon Kok How Izham Harith b. Ikhwan PP Seksyen KAS (Unit Pencemaran Udara) PPK Seksyen KAS (Unit KMAM)

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

30 31 32 33. 34 35

Syful Azlie b. Md. Fuzi Zairul Ain bt Zulkaflli Ramli Bin Ahmad Siti Asma Binti Bakar Mariah bt. Hassan Kamarulzaman b. Ab. Ghani

PP Seksyen KAS (Unit Saintifik) PP Seksyen KAS PPKP Seksyen KAS Seksyen KAS KPP Seksyen KAS KPP Unit Penjagaan Kesihatan Swasta

CAWANGAN REGULATORI, UNIT PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA Tiada Kehadiran UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 36 37 38 Aminah bt. Tanggu Nurzaibriana bt. Mohd Ibrahim Abdul Hamid b. Asri Pen. Peg. Tadbir Unit Pentadbiran & Kewangan PA (Kew) Unit Pentadbiran & Kewangan PT (Kew) Unit Pentadbiran & Kewangan Jumlah

38

Petunjuk : KPPK KPP PPK PP PPKP PT(P/O) PTR PK PAP PA PKA BPK : : : : : : : : : : Ketua Penolong Pengarah Kanan Ketua Penolong Pengarah Penolong Pengarah Kanan Penolong Pengarah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pembantu Tadbir (Pengkeranian / Operasi) Pembantu Tadbir Rendah Pemandu Kenderaan Pembantu Am Pejabat Penolong Akauntan Pembantu Kesihatan Awam Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

Tidak Hadir

Tidak Hadir Dengan Maaf disebabkan

: : :

1. Bertugas di luar pejabat 2. Cuti Rehat / Cuti Sakit / Cuti Bersalin / Cuti Belajar 3. Urusan rasmi lain

2|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI Mesyuarat dimulakan pada jam 2.40 petang dengan kata-kata aluan daripada Tuan Pengerusi kepada semua yang hadir. Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam. Tuan Pengerusi memaklumkan cadangan pada mesyuarat bulanan BPK Bil 7/2008 dimana hanya Timbalan Pengarah Seksyen dan Ketua Penolong Pengarah wajib menghadiri mesyuarat bulanan dilaksanakan pada mesyuarat kali ini. 1.1 Laporan Audit Negara Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa laporan audit negara telah dibentangkan di parlimen dan besar kemungkinan program program yang berada di bawah kelolaan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan seperti KMAM dan BAKAS yang berkaitan dengan SPAN akan termasuk dalam laporan audit negara pada tahun hadapan. Tuan Pengerusi menyeru semua kakitangan supaya melihat audit ini dari sudut positif dimana ianya dapat menilai kelemahan kerja dan penambahbaikan dapat dilakukan. Sehubungan itu Tuan Pengerusi meminta semua cawangan memperkemaskan mutu kerja serta dokumentasi dalam tugasan masing masing. Tindakan : Makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 5/2008 Minit Mesyuarat Bil. 7/2008 disahkan dengan pindaan pada perkara 1.4 dimana nama Cik Nik Mulsalmah Mostafa dari Seksyen Operasi tercicir dari senarai kenaikan pangkat. Tindakan : Makluman

3.0

UCAPAN UMUM Ucapan umum pada bulan ini sepatutnya disampaikan oleh Puan Salmah Sulaiman dari Seksyen Implementasi Projek tetapi diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan pegawai yang berkenaan tidak dapat membentangkan ucapannya kali ini. Mesyuarat dengan sebulat suara mencadangkan ucapan tersebut ditunda ke mesyuarat akan datang. NILAI-NILAI ASAS Nilai asas bagi bulan ini adalah Perpaduan Cik Nurhafizan Rashidi dari Cawangan Perancangan menerangkan perpaduan dari kamus dewan bermaksud penggabungan,leburan, penyesuian,kecocokan, berpadu dan bergabung menjadi satu. Perpaduan juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang dapat menyatukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap tanahair.

3|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

En. Izham Harith ikhwan dari Seksyen KAS pula memberi contoh perpaduan dalam keluarga dimana suami,isteri dan anak anak berpadu untuk menjamin perpaduan dalam sesebuah keluarga. Suami isteri perlu saling percaya mempercayai dan saling mamaafkan kesalahan masing masing. Beliau juga menyarankan agar peristiwa hijrah diambil iktibar dalam mengeratkan perpaduan seperti yang terjadi antara kaum Ansar dan Muhajirin. En. Rosmahadi Ali dari Cawangan Perancangan pula berpendapat sebelum perpaduan dapat dilaksanakan perlulah mempunyai asas atau dasar untuk berpadu. Sebagai contoh berpadu atas dasar matlamat yang sama ataupun objektif organisasi yang sama. Beliau juga berpendapat perpaduan telah lama wujud dalam bahasa dengan mengambil kira peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Jata Negara juga ada tertulis bersekutu bertambah mutu dimana melambangkan perpaduan akan meningkatkan kualiti. Secara kesimpulannya, Tuan Pengerusi juga menyatakan asas yang kukuh adalah penting untuk menjamin perpaduan. Perpaduan bukan sahaja penting kerana berbilang bangsa tetapi juga dalam profesion dimana jurutera, saintis, doktor dan sebagainya berpadu untuk mencapai satu matlamat. Seterusnya, mesyuarat sebulat suara bersetuju memilih SYUKUR sebagai tajuk Nilai Asas bagi bulan September 2008. 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 MS ISO 9001:2000 En Jeffry Mohamad Noor, wakil QMR memaklumkan bahawa pada 11-12 Ogos 2008 telah diadakan satu audit dalaman untuk Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. Berikut adalah keputusan laporan audit dalaman yang dibentangkan oleh para auditor:

NO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 8 9

CAWANGAN/ QMR QMR SEKSYEN OPERASI PENTADBIRAN &KEWANGAN SEKSYEN KS SEKSYEN KAS UPK SWASTA PERANCANGAN SEKSYEN IMPLEMENTASI PROJEK

PEMERHATIAN 4 4 0 5 3 0 4 3

PENAMBAHBAIKAN 2 0 0 0 0 1 4 0

4|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

Sehubungan dengan itu Tuan pengerusi meminta setiap cawangan mengambil perhatian dan tindakan terhadap laporan audit tersebut. Tuan Haji Jalal dari Cawangan Perancangan berpandangan setiap pemerhatian yang dibuat perlu disertakan bukti yang diperolehi dan dikesan semasa audit dilakukan. Tindakan : QMR Dan DQMR Cawangan 4.2 Fail Meja Tuan Pengerusi menyarankan semua agar memperkemaskan kandungan fail meja masing masing dengan memanfaatkan masa terluang dalam bulan puasa ini. Tindakan : Semua Kakitangan 4.3 Laporan Kewangan Laporan Kewangan bagi Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Bahagian sehingga 31 Ogos 2008 dilaporkan kepada mesyuarat. Bersamasama ini dilampirkan Laporan Kewangan tersebut. Tindakan: Makluman 4.4 Jawatankuasa Kebajikan Tuan pengerusi menyatakan bahawa Majlis Hari Keluarga Bahagian ini yang dijadualkan pada 24hb Ogos 2008 telah ditunda pada satu tarikh baru iaitu pada hari Sabtu 1 November 2008 dimana tempat dikekalkan di Desa Water Park dan kadar bayaran juga dikekalkan. Selain itu Tuan Pengerusi juga memaklumkan mesyuarat bahawa satu persetujuan telah dibuat semasa perbincangan dengan Tuan Pengarah yang diadakan pada 18hb Ogos 2008 dimana sumbangan dari para pegawai kanan adalah ditetapkan pada kadar berikut: Gred JUSA Gred 54 Gred 52 RM 1000.00 RM 400.00 RM 200.00

Sehubungan dengan itu Tuan Pengerusi menyarankan agar semua yang berkesempatan menyertai Hari Keluaga tersebut. Tindakan: Makluman

5|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

4.5

Latihan Tuan Haji Jalal menyatakan Bahagian Pengurusan Latihan, KKM mengkehendaki semua kakitangan mengisi buku log latihan masing masing seperti yang telah disediakan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM. Tuan Haji Jalal juga menyatakan kursus yang telah dihadiri oleh kakitangan BPK telah melebihi perancangan dimana kursus yang dihadiri adalah 319 berbanding 301 yang dirancang tetapi sasaran 7 hari kursus untuk setiap kakitangan masih belum dipenuhi sepenuhnya. Sehubungan itu Tuan Pengerusi meminta semua cawangan menjadikan latihan sebagai salah satu agenda mesyuarat cawangan bagi memastikan sasaran tersebut dipenuhi. Selain itu Tuan Pengerusi juga menyampaikan pesanan dari Tuan Pengarah supaya pegawai pegawai yang telah dicalonkan untuk mengikuti kursus luar negara segera menyelesaikan kursus masing masing memandangkan tahun 2008 hanya berbaki 4 bulan sahaja. Tindakan: Semua Kakitangan

5.0

HAL- HAL LAIN 5.1 Pengurusan Cuti Rehat Secara on-line Melalui Sistem HRMIS Puan Noor Bai zura dari Seksyen Implementasi Projek menyatakan permohonan cuti hanya dapat dilihat jika sistem HRMIS dibuka. Sehubungan dengan itu Tuan pengerusi menyarankan semua ketua jabatan membuka sistem HRMIS setiap pagi untuk meluluskan cuti kakitangan. Tindakan: Semua Ketua Jabatan 5.2 Aset Kerajaan Tuan pengerusi memaklumkan bahawa Y.Bhg Dato Sri Ketua Setiausaha telah menyentuh isu kehilangan Aset Kerajaan dan kemungkinan surcharge akan dikenakan kepada kakitangan yang berkenaan jika didapati cuai dalam menjaga aset kerajaan. Tindakan: Semua Kakitangan 5.3 Minit Mesyuarat Tuan Pengerusi memaklumkan mesyuarat bahawa semua minit mesyuarat yang membabitkan Y,Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan perlu disiapkan dalam masa 14 hari dari tarikh mesyuarat. Kelewatan akan memungkinkan minit mesyuarat tersebut tidak ditandatangani oleh beliau. Tindakan: Semua Kakitangan

6|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

5.4

Pegawai Penerima Aset Puan Aminah Tanggu dari Unit Pentadbiran memaklumkan mesyuarat bahawa seorang Pegawai Penerima Aset perlu dilantik di setiap cawangan untuk memastikan proses penerimaaan aset berjalan lancar. Sehubungan dengan itu Tuan Pengerusi menyarankan satu memo dikeluarkan kepada pegawai pegawai yang dilantik Tindakan: Puan Aminah Tanggu

5.5

Jalur Lebar Tanpa Wayar En Dzulkifli selaku Pengerusi Jawatankuasa IT telah memaklumkan beliau telah menghadiri mesyuarat antara bahagian dan telah diberitahu bahawa setiap perisian atau perkakasan berkaitan IT perlu mendapat kelulusan dari BTMK. Memandangkan aplikasi Jalur Lebar Tanpa Wayar yang dipasang di Bahagian ini tidak mendapat kebenaran BTMK dan kontraknya akan tamat hujung tahun ini maka kontrak aplikasi tersebut dengan Syarikat DIGI tidak akan disambung. Tindakan: Makluman

6.0

PENUTUP Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.40 petang dengan ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi kepada semua yang hadir.

7|8

MINIT MESYUARAT BULANAN BPK BIL 8/2008

Disediakan oleh :

(JEFFRY BIN MOHAMAD NOOR) Penolong Pengarah (Unit Kejuruteraan Biomedikal) Cawangan Perancangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh : Disemak oleh :

(ROSMAHADI BIN ALI) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Kejuruteraan Fasiliti) Cawangan Perancangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh : Diluluskan oleh :

(ENGKU AZMAN BIN TUAN MAT) Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan) Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh :

8|8

You might also like