You are on page 1of 14

Penghargaan

Saya Muhamad Zolluqman Bin Zulmukhar dari kelas 3 Cakna amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya, iaitu Zulmukhar Bin Mat Sap dan Marsinah binti Abu Karim kerana telah membantu saya dalam menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang tidak pernah putus untuk memberi maklumat-maklumat untuk menyiapkan folio ini. Akhir kata dari saya, kepada semua pihak yang membantu seperti kakitangan MPK saya ucapkan ribuan terima kasih. Jasa baik anda semua tidak akan saya lupakan, agar tuhan membalas jasa baik anda semua.

Objektif Kajian

Objektif kajian bagi kerja kursus ini adalah untuk mengetahui tentang Majlis Perbandaran Kuantan Objektif MPK Matlamat Visi Misi

Kaedah Kajian Kaedah Kajian yang saya gunakan ialah majalah, internet, lawatan ke Pejabat MPK. Saya mencari bahan-bahan dalam majalah yang dikeluarkan oleh MPK iaitu Titian. Kaedah internet pula, saya mengambil maklumat dari laman web rasmi MPK. Yang ketiga, saya dan rakan-rakan pergi ke Pejabat MPK di Kuantan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Latar Belakang

Sejarah Pembukaan Kuantan

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai penempatan. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 16 km persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.

Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berasaskan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang kekal hingga ke hari ini. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan telah diperkembangkan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini merupakan 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan. Daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan.

Senarai Pentadbir MPK Terdapat sembilan Yang Dipertua MPK sejak dari penubuhannya pada tahun 1979 hinggalah sekarang iaitu: YH Dato Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar DSAP, SMP,AMN. YH Dato Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman SIMP, DSAP, PJM, KMN, AMN, PPN, PJK. YB Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak SSAP, SIMO,DPMS, DSAP, PNBS. YB Tan Sri Haji Mohd Khalil bin Yaakob SSAP, SIMP, PSM, DSAP, JSM, SMP. YH Dato Mohammad bin Saib DIMP, SMP, ASA, BKT. YH Dato Haji Hasyim bin Abd Wahab DIMP, SMP, KMN, AMP, PJK. YH Dato Azizan bin Ahmad DIMP, SMP YH Dato Haji Zulkifli bin Haji Yaacob DIMP, AAP, AMP. YH Dato Muhammad Safian bin Ismail DIMP, AAP, AMP.

1. Matlamat Dan Objektif MPK berhasrat menjadikan Kuantan sebuah bandar yang merupakan pusat aktiviti ekonomi, komersial dan perkhidmatan yang terbesar di Pantai Timur. 2. Misi MPK Membangun Kuantan sebagai Pusat Pertumbuhan yang Unggul, Maju dan Sejahtera

Sesuai dengan misi ini, MPK telah pun mengenalpasti lima criteria yang perlu diberi tumpuan iaitu: dari aspek kewangan dari aspek perkhidmatan perbandaran dari aspek membangun fizikal dari aspek pengurusan tenaga manusia dari aspek pembangunan dan kawalan sistem maklumat

3. Visi MPK Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ke Arah Bandar Raya yang Unggul Bertaraf Dunia.

Carta Organisasi Majlis Perbandaran Kuantan

Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan

Dilantik oleh Kerajaan Negeri Tempoh perkhidmatan selalunya dua tahun Mewakili parti-parti komponen Barisan Nasional Lima orang wakil daripada jabatan kerajaan. Peranannya adalah sebagai penggubal dasar atau polisi dan membuat keputusan secara berjawatankuasa.

PERANAN

i) Ekonomi Menyediakan gerai-gerai Memproses dan meluluskan lessen perniagaan Memantau aktiviti perniagaan serta menyediakan kursus kesihatan kepada peniaga

ii) Kemasyarakatan

Mengadakan pelbagai akiviti untuk melibatkan masyarakat masyarakat Mengadakan kawalan vektor yang melibatkan kebersihan dan kesihatan komuniti

iii) Pelancongan

Menarik lebih ramai pelancong sama ada domestik atau asing datang ke Kuantan Menjadikan penggalak pelancongan

iv) Perayaan Melaksanakan proram-program kerajaan negeri

1. Institusi Pentadbiran Tempatan:

a) i. Nama Rasmi

Majlis Perbandaran Kuantan

ii. Nama Ringkas MPK

iii. Lokasi

Jalan Tanah Putih, di hadapan HTAA

Garis Panduan Senarai garis panduan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n) o) p) Garis Panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Panduan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor Panduan dan Tatacara Perolehan 1995 Kaedah-kaedah Hiburan 1996 Penentuan Kerja Dalam Projek (Spesifikasi) Kerajaan Malaysia Arahan Penbendaharaan Kelulusan SIRIM arahan Arahan Keselamatan Arahan Perkhidmatan Syarat-syarat Lesen Perjanjian Penyewa Gerai dan Pasar Piawaian Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksik dan Sisa Pepejal Piawaian Perancangan Pembanggunan Sejagat Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian Piawaian Perancangan Perumahan Pekerja Kilang

Keistimewaan Antara keistimewaan MPK ialah MPK merupakan sebuah badan kerajaan yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Selain itu, MPK dapat memenuhi ciri-ciri standard piawaian antarabangsa dengan menetapkan ciri-ciri seperti wawasan yang strategik, penyertaan masyarakat, kesakmaan sosial, sepertujuan, ketelusan, responsif, dan bertangungjawaban. MPK juga unik kerana lokasi bangunan pentadbiran terletak di tepi Sungai Kuantan.

Pengiktirafan Antara pengiktirafan yand diterima oleh MPK ialah: I. II. III. IV. V. VI. VII. Anugerah Bandar Lestari Peringkat Kebangsaan Anugerah Perdana Menteri Johan Kumpulan Inovatif Kreatif Peringkat Kebangsaan Anugerah Emas Konvensyen QCC Zon Pantai Timur Kategori Pengurusan KMK Gama , Tajuk Projek Bil letak kereta bersepadu 5.Anugerah Emas QCC Wilayah Utara KMK roda, Tajuk Projek Pondok tempat letak kereta mudah alih.

You might also like