You are on page 1of 6

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MALAYSIA-PHILIPPINES CULTURE EXCHANGE 10

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) mengenai Program Malaysia-Philipines Culture Exchange 10.

2.0

LATAR BELAKANG

Kebudayaan merupakan elemen yang paling penting bagi setiap kaum mahupun bangsa. Ia merupakan tradisi yang diamalkan sejak zaman berzaman. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Manakala negara Filipina juga telah diiktirafkan sebagai negara yang kaya dengan kebudayaan sesuai dengan jolokan syurga dunia. Demi menjalinkan hubungan persahabatan dengan mahasiswa/i tersebut, satu program yang berunsurkan kebudayaan iaitu Program Malaysia-Philippines Culture Exchange 10 perlu dilancarkan.
Kepimpinan di dalam sesebuah organisasi memerlukan pemimpinnya mempunyai pandangan yang luas dan fikiran yang bernas. Untuk memantapkan lagi tahap kepimpinan di dalam individual setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar, dan Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan, program ini memainkan peranan yang penting bagi menyedarkan bahawa terdapat banyak pengajaran yang perlu diambil dalam menjadi pemimpin yang lebih berkaliber.

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

3.0

OBJEKTIF PROGRAM

3.1

Mempromosi dan memperkenalkan UTHM di persada antarabangsa melalui aktiviti kebudayaan.

3.2 3.3

Mempromosi dan memperkenalkan budaya dan kesenian masyarakat Malaysia. Memantapkan modal insan seperti kemahiran komunikasi, pemikiran yang kreatif dan kritis dalam penyelesaian masalah, kerjasama berpasukan dan kepimpinan di kalangan peserta.

3.4

Memantapkan kemahiran generik dan kepimpinan dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan menerusi budaya yang berbeza.

3.5

Memberi peluang kepada pucuk pimpinan universiti dari kalangan pelajar untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman gerak kerja di peringkat antarabangsa.

3.6

Memberi percambahan idea dan pengalaman baru khususnya dalam pembangunan aktiviti mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

4.0

BUTIRAN PROGRAM 4.1 Nama Program Malaysia-Philippines Culture Exchange 10 4.2 Tarikh Cadangan 12 hingga 16 Disember 2010 4.3 Kumpulan sasaran 4 pengiring 6 ahli Majlis Perwakilan Pelajar 20 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

4.4

Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

4.5

Kerjasama


4.6

University of the Philippines Manila, 2401 Taft Avenue, Malate 1004 Manila, Philippines
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTHM Pusat Kebudayaan, Sukan dan Kesenian UTHM Kelab Warisan UTHM Sekretariat Perpaduan UTHM

Aturcara Program Rujuk Lampiran 1

4.7

Cadangan Tempat dan Justifikasi Lokasi Program Rujuk Lampiran 2

4.8

Ahli Jawatankuasa Rujuk Lampiran 3

4.9

Pegawai Pengiring Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim b Mohd Kassim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) En. Abdul Malek b Ibrahim Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar En. Ahmad Khirul Nizam bin Ali Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

En. Fadhel Al wi Pengarah Pusat Kebudayaan, Sukan dan Kesenian UTHM 5.0 KEWANGAN 5.1 Peruntukan bagi perbelanjaan program akan ditampung dari vot mengurus Pejabat Bendahari. 5.2 5.3 Peruntukan juga akan ditaja oleh pihak luar. Anggaran perbelanjaan bagi melaksanakan program ini adalah seperti di Lampiran 4.

6.0

IMPLIKASI

6.1

Ketiadaan lawatan ke luar negara akan menyukarkan pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTHM serta Majlis Tertinggi kelab dan persatuan untuk memantapkan
kemahiran generik dan kepimpinan menerusi budaya yang berbeza.

6.2

Kekangan ini akan menyebabkan nama UTHM akan terus tenggelam walaupun bertaraf antarabangsa.

6.3

Ia juga akan menjadi penghalang kepada pucuk pimpinan universiti dari kalangan pelajar untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman gerak kerja di peringakat antarabangsa

7.0

KEPUTUSAN Dengan ini adalah dimohon Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) untuk mempertimbang/meluluskan usul mengenai cadangan menerima Program Malaysia-Philippines Culture Exchange 10.

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

KELULUSAN KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MALAYSIA-PHILIPPINES CULTURE EXCHANGE 10

Disediakan oleh,

Tarikh:

________________________________ MELISSA YAU WEE LING Pengerusi Jabatan Perhubungan dan Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Disemak oleh,

Tarikh:

_______________________________ EN. AHMAD KHIRUL NIZAM BIN ALI Penolong Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Disahkan oleh,

Tarikh:

________________________________ EN. ABDUL MALEK BIN IBRAHIM Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Malaysia-Philippines Culture Exchange 10

Ulasan,

Tarikh:

_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ __ HJ. ABU BAKAR BIN HUSSAIN Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Diluluskan oleh,

Tarikh:

_____________________________________________ PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN KASSIM Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

You might also like