You are on page 1of 20

BEBERAPA CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Dengan ucapan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kami mempersembahkan..

HIDAYAH
NAMA NO. MATRIK NO. K/P FAKULTI KUMPULAN : SITI NUR SYAFIQAH BINTI MUHD SHAHIMI : 2011456592 : 930111 -07-5330 : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL : EM1101B2

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HABIBAH BINTI AYOB

NAMA NO.MATRIK NO. K/P FAKULTI KUMPULAN

: SITI KHATIJAH BINTI HAMDAN : 2011250398 : 931211 -08-6680 : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL : EM1101B2

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HABIBAH BINTI AYOB

NAMA NO.MATRIK NO.K/P FAKULTI KUMPULAN

: SAHIRA AFUZA BINTI MOHD RADHI : 2011448242 : 930118 -10-5512 : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL : EM1101B2

NAMA PENSYARAH : USTAZAH HABIBAH BINTI AYOB

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJ U K

MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5.

TAJUK ESEI MUKADDIMAH FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AJARAN SESAT CIRI-CIRI AJARAN SESAT IMPLIKASI AMALAN AJARAN SESAT

3 4 5 6

6. 7.

AJARAN SESAT TASLIM AJARAN SESAT QADIYANI

8 9

8.

AJARAN SESAT BAHAI

10

9.

AJARAN SESAT AYAH PIN

11

10.

AJARAN SESAT AL-ARQAM

13

11.

AJARAN SESAT BLACK METAL

15

12.

KESIMPULAN

16

13.

RUJUKAN

17

14.

LAMPIRAN

18

PENGENALAN

FAKTOR-FAKTOR

CIRI-CIRI

IMPLIKASI AJARAN SESAT

MUKADDIMAH

Ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Berdasarkan Firman Allah: Kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya secara mereka mengetahui-Nya dengan yakin ( bukan dengan kata-kata orang ; maka merekalah yang mungkin diizinkan member syafaat itu) . (Surah Az-Zukhruf 43 : 86 )1 Islam adalah agama yang suci dan benar. Oleh itu ,segala rujukan dan ajaran agama hendaklah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Disebabkan ideologi manusia dan ikutan hawa nafsu, Islam disalahtafsirkan, sehinggakan kemuculan ajaran sesat popular seperti Ayah Pin , Bahai , Qadiyani , Taslim , Al-Arqam , Jamaaah at-Tableegh dan Black Metal. Malahan jua, dalam Firman Allah juga telah terbukti bakal kedatangan ajaran sesat iaitu : Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi danmenjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka. (Surah Al-Anam : Ayat 1 )2

1 2

Al-Quran Al-Karim (Surah Az-Zukhruf 43 : 86 ) Al-Quran Al-Karim (Surah Al-An am 01:70 )

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AJARAN SESAT

Terdapat individu,terutama pengamal ajaran sesat, tersebut yang mempunyai kepentingan diri untuk mendapatkan harta , kedudukan dan sebagainya. Individu seperti ini mahu diri mereka dihormati dan disanjung tinggi oleh orang lain serta sesetengahnya mahu diangggap setaraf dengan Allah SWT. Selain itu , kemunculan ajaran sesat ini bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam. Akidah umat Islam kini semakin rapuh dan mudah dipengaruhi oleh tafsiran agama yang salah. Desawarsa , sesetengahnya mengambil mudah pandangan orang lain ; seorang pentaklik yang telah mendapati suatu mazhab secara kebetulan. Contohnya , keturunan atau gurunya berlandaskan iktikad yang palsu lalu menganutinya tanpa mengetahui kesahihan ajaran tersebut.3

3 Imam Shahrastani, Agama Dan Idealogi, 2006, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Dawama Sdn Bhd, m/s lvi.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Antara ciri-ciri ajaran sesat ialah mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis seperti memansuh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al Bayan memansuhkan semua kitab `samawi.

Selain itu,pengamal jaran sesat juga mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Tambahan pula,mereka mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani. Malah,menolak perkara yang qat'ie4 dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

Selain itu,mereka juga mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.Ajaran ini masih lagi diteruskan sesetengah orang yang masih mengekalkan ajaran sesat terse walaupun ajaran Bahai but telah lama difatwakan haram . Seterusnya,mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

Disamping itu juga,pengamal ajaran sesat ini mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat. Kaedah ini sama seperti dukun atau bomoh tetapi pada zaman sekarang kebanyakannya digunakan untuk menilik nasib, membantu untuk memajukan perniagaan dan banyak lagi . Tambahan pula, mereka menolak hadis seperti golongan anti-hadis.5Golongan ini hanya berpegang kepada Al-Quran tetapi menolak hadis

4 5

Tetap, kekal @ tidak berubah Golongan yang berpegang kepada Al-Quran shaja tetapi menolak hadis

IMPLIKASI AMALAN AJARAN SESAT

Implikasi ajaran sesat hanya membawa kepada keburukan,terutama kepada individu , iaitu akidah seseorang akan rosak; mereka yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam. Malahan jua, mereka hanya membazir masa. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan -amalan syirik serta khurafat.

Keadaan ini boleh menjurus kepada kehidupan yang tidak tenteram dan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
Seterusnya,minda seseorang akan menjadi sempit. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik. Implikasi kepada masyarakat pula, berleluasanya keruntuhan institusi kekeluargaan.

Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama sendiri.
Perkara ini menjurus kepada kecenderungan terjadinya ketidakstabilan perpaduan dan keharonian tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan keutuhan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat. Malah, mudah berlakunya keganasan terutama kepada pihak yang tidak bersa lah. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan. Tidak kurang juga kesan negatif kepada negara iaitu negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Tambahan lagi, negara menjadi tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

TASLIM QADIYANI BAHAI

AYAH PIN

AL-ARQAM

BLACK METAL

AJARAN SESAT TASLIM

Antara contoh ajaran sesat di Malaysia,ialah Taslim yang diasakan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari. Ajaran ini merupakan yang tertua di Malaysia bilamana ia wujud pada 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas , Pulau Pinang Tambahan pula, ajaran ini mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Islam Batinniyah.Antara ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah, mereka beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad. Selain itu,,beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim serta mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu. Malah, mereka mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin serta menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka.Tidak kurang juga mereka melaksanakan solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan) dan menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

AJARAN SESAT QADIYANI

Qadiyani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad ,meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi, juga pernah mempelopori dalam dakwah sesat suatu ketika dahulu. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 dan dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu). Malah, mereka beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah. Seterusnya, mereka beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat. Malah,dalam prinsip mereka,ialah penghapusan konsep jihad dan mengubah ayat AlQuran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr. Selain itu,didakwanya bahawa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T, Tambahan pula,pengasasnya mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji serta mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India dan menghukum menghukum mereka yang kafir.

AJARAN SESAT BAHAI

Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani dan meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.

Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad AlSyirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi. Ajaran ini muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T. dan beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai. Malah,beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al Quran dipengaruhi oleh kod tersebut serta menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka dan memansukhkan agama Islam. Tidak kurang juga menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru. Malah mengubah bentuk bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 r kaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan a berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali serta pengahapusan konsep jihad.

AJARAN SESAT AYAH PIN

Arifin bin Mohd @ Ayah Pin adalah pengasas Kerajaan Langit. Ayah Pin juga telah menubuhkan sebuah pusat untuk mereka beribadah iaitu di Kuala Besut, Terengganu di mana terletaknya binaan teko besar yang mengeluarkan air; dipercayai mampu menyemb uhkan penyakit.Malah, tempat tersebut disediakan singgahsana untuk Ayah Pin bersemayam serta perlakasanaan beberapa upacara keagamaan . Walaupun begitu,pada 2 Ogos,2005 , tempat tersebut dimusnahkan, Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin masih dalam pemerhatian pihak berkuasa.Antara ajaran sesat Ayah Pin ialah menghina Allah S.W.T , Rasulullah S.A.W , dan umat Islam serta menghina dan mempersendanRukun Iman dan Rukun Islam. Malahan jua,kepercayaan , ajaran, amalan dan pegaangannya mengandungi unue kesatuan s agama yang sekaligus boleh diertikan mengiktiraf kebenaran agama lain selain Islam serta ,mendakwa Mengetahui perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah S.W.T seperti syurga dab neraka. Malah, mendakwa kiamat tidak akan berlaku. Selain itu,Al-Quran adalah usaha (ciptaan) daripada Nabi Muhammad S.A.W yang dicantumkan daripada kitab Zabur, Taurat dan Injil. Tambhan pula, pengikut-pengikut Ayah Pin memujinya dengan bersyair atau bernazam lebih afdhal daripada berzikir dan solat serta beriktikad bahawa solat lima waktu tidak wajib dan mengerjakan amalan Haji adalah sesuatu yang sia-sia 6 Tambahan pula, beliau mengaku tidak belajar agama, dan menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'. Natijah seterusnya, beliau mengaku mengajar ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangandengan hukum Syara seperti mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya, bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifa dua puluh. Tambahnya lagi, t setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan. Tidak kurang juga Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin dan mendakwa telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan serta mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.

http://muamalat.islam.gov.my/11julai2011

Tidak kurang dengan hujah itu,Ayah Pin mendakwa nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segala kunci kunci akhirat. Malahan,semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahulu untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka. Tidak terkecuali percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku bahawa percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia, beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul , kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab, Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.,Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi dan pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

AJARAN SESAT AL-ARQAM

Pengasas

ajaran

Al-Arqam

ialah

Asaari

Muhammad.Berdasarkan

bukunya Aurad

Muhammadiah Pegangan Darul Arqam ,yang telah ditahan penyebarannya pada 6 Oktober 1986 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangasaan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-177. Melalui bukunya pelbagai tafsiran menyeleweng terhadap Islam telah ditemui antaranya, Asaari mengatakan Syeikh Muhammad al-Suhaimi tidak mati dan bakal diutuskan Allah S.W.T sebagai Imam al-Mahdi, seperti menggunapakai konsep taqiyyah yang diimani puak Syiah. Malah, dia juga meambah lafaz baru selepas dua kalimah syahadah. Asaari dilihat terlalu obsess untuk menjadi orang kanan Imam al-Mahdi sehingga sanggup mereka-reka kalimah syahadah yang baru. Lafaznya berbunyi Muhammad al-Mahdi, khalifah Rasulillah . Selain itu, bahaya yang paling besar , penambahan nas -nas hadis Rasulullah S.A.W yang meriwayatkan bahawa syahadah itu adalah aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad. Oleh itu perbuatan Asaari menambah syahadah dengan kalimah yang lain adalah bidah munkarah dan ia sama dengan perbuatan Syiah yang menambah kalimah aku bersaksi Ali waliyullah.Adakah Asaari dan al-Arqam mengetahui bahawa lafaz kalimah syahadah yang oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini adalah ijma para ulama tanpa boleh ditokoktambah lagi. Melainkan sekiranya Asaari cenderung mengikuti mazhab Syiah yang menolak ijma tetapi memaksumkan diri para imam mereka. Jika begitu ini bermakna Asaari mengaku dirinya adalah imam yang maksum dan ia sekaligus tiada bezanya dengan golongan Syiah. Selain itu,beliau tergamak melanggar ijma ummah dengan memasukkan lafaz tambahan di dalam syahadah. Tidak syak lagi, orang yang diisyaratkan oleh Asaari i u ialah Syeikh al-Suhaimi t yang telah meninggal dunia di Kelang pada tahun 1925 lalu bakal muncul setelah ghaib untuk menjadi Imam al-Mahdi. Alangkah fasadnya pegangan dan pemikiran Asaari sehingga sanggup sekali lagi merobek dan merungkai aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah sekian lama bertapak di negara ini hanya kerana ketaksuban untuk menjadi seorang pemimpin suci. Malahan, tahukah Asaari dan pengikutnya, fikrah ghaibat al-imam (imam menyembunyikan diri) ini tidak wujud dalam fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah kecuali Syiah. Malah mereka telah menjadikan kepercayaan kepada al-ghaibah ini sebagai dasar aqidah Syiah. Malangnya selepas kematian imam kesebelas Syiah iaitu Imam al-Hasan al-Askari pada tahun 260H, Syiah masih tertunggu-tunggu kemunculan imamnya yang kedua belas. Syiah lupa bahawa kitab -kitab sejarah telah merakamkan bahawa Imam al-Hasan al- Askari sebenarnya tidak mempunyai anak keturunan.
7

http://muamalat.islam.gov.my/rujukan/12julai2011

Tetapi kerana ketaksuban Syiah terpaksa mereka-reka cerita kononnya Imam al-Hasan ada meninggalkan anak bernama Muhammad namun telah ghaib ketika berumur empat tahun dan bakal muncul sebagai Imam al-Mahdi di akhir zaman nanti. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini, setelah lebih ribuan tahun, Imam al-Mahdi versi Syiah tersebut masih tetap menyembunyikan diri. Persoalan paling utama yang mampu membungkamkan dakwaan Imam al Mahdi versi Asaari dan Syiah ialah, riwayat-riwayat telah menunjukkan bahawa Imam al-Mahdi itu bukan muncul daripada ghaibnya tetapi ia dilahirkan sebagaimana bayi yang lain jua. Jika Asaari membaca dan mengkaji riwayat-riwayat tersebut tiada suatu pun riwayat yang mengatakan bahawa ia merupakan seorang imam yang ghaib pada asalnya. Perlu juga difahami bahawa kemunculan Imam al-Mahdi juga berlaku tanpa disedari oleh dirinya sendiri bahawa dia adalah bakal Imam al-Mahdi. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW : Imam al-Mahdi itu daripada keturunan kami Alul-Bayt, Allah akan memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan-peperangan dalam satu malam8. Kemudian al- Mahdi akan dibaiah di hadapan Kabah walaupun beliau sendiri tidak menyukainya9.

Ini ialah hadith sahih diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan Ibnu Majah dalam Sunannya dari Ali r.a. Ia juga disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komentarnya dalam Musnad Ahmad. 9 Ia boleh dilihat melalui athar yang diriwayatkan oleh Nu aim bin Hammad daripada Abdullah bin Mas ud dalam kitab al-Fitab,Bab: Berkumpulnya Manusia di Mekah dan Pembai atan Mereka Terhadap al-Mahdi , hal. 214.
8

AJARAN SESAT BLACK METAL

Kini terdapat pula kumpulan ajaran sesat yang moden bertersakan muzik Barat iaitu Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Black Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal. Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom,Mercyful Fate,Bathory, Hellhammer, Buldozer Celtic Frost dam Mayhem. Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom BLACK METAL yang bermaksud logam hitam. Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum Mayhem, Immortal, Ancient dan Emperor. Aliran muzik yang diasaskan di Barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan lirik nya yang liar,ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan(anti agama) dan alam ghaib. Di Malaysia, kumpulan ini dianggotai oleh 100% remaja dan belia Melayu Islam dengan takrifan Black Metal sebagai idealogi yang cuba dikembangkan oleh golongan tetentu kepada masyarakat belia melalui alunan muzik yang berlirikkan pemujaan syaitan, anti

ketuhanan,kekejaman(pembunuhan), seks bebas dan seumpamanya.

Ciri-ciri perwatakan Black Metal ialah mereka berpakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak,bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik . Tidak kurang juga tanda-tanda nyata sebagai ahli kumpulan ini iaitu parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling. Selain itu, mereka sering memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak Al-Quran sebagai tanda menghinanya. Ahli kumpulan terdiri daripada kalangan remaja Melayu antara 13-35 tahun sebagai Divisyen Satu, manakala umur 13-19 tahun dinamakan Divisyen Dua.

Malahan jua, penganut Black Metal ini juga berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan(lambang syaitan). Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu Subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat keduadua tangan dengan jari berbentuk lambang syaitan.10

10

http://pmr.penerangan.gov.my/12julai2011

KESIMPULAN
Oleh itu,kita seharusnya bijak membezakan antara yang hak dan batil.Malah, kita mestilah sentiasa berdoa dan berpegang teguh dengan Rukun Iman yang sedia termaktub dalam Al Quran supaya akidah sentiasa terpelihara dan terjaga. Sekadar renungan Hadis Qudsi-bahaya syirik Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Allah berfirman : Aku tidak memerlukan sekutu.Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dalamnya ia menyekutukan Aku dengan selain-Ku, makaAku meninggalkannya bersama sekutunya

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim (Surah Az-Zukhruf 43 : 86 ) 2. Al-Quran Al-Karim (Surah Al-Anam 01:70 )

3. Imam Shahrastani, Agama Dan Idealogi, 2006, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Dawama Sdn Bhd, m/s lvi. 4. http://muamalat.islam.gov.my/11julai2011 5. http://pmr.penerangan.gov.my/12julai2011

You might also like