You are on page 1of 4

KEPENTINGAN KESTABILAN NEGARA ASAS KEPADA PEMBANGUNAN TAMADUN UMAT Pertamanya tentulah saya ingin mengajak kita supaya

bersyukur kepada Allah S.W.A kerana berbanding dengan kebanyakan negara lain, Malaysia berada dalam keadaan aman, makmur dan rakyatnya hidup dalam kesejahteraan. Suasana aman inilah sebenarnya membolehkan negara memberikan fokus kearah membina tamadun. Jika sebaliknya tumpuan negara akan tersasar daripada matlamat sebenar kerana tumpuan negara adalah kepada penyelesaian kemelut serta punca huru-hara. Pertamanya tentulah saya ingin mengajak kita supaya bersyukur kepada Allah S.W.A kerana berbanding dengan kebanyakan negara lain, Malaysia berada dalam keadaan aman, makmur dan rakyatnya hidup dalam kesejahteraan. Suasana aman inilah sebenarnya membolehkan negara memberikan fokus kearah membina tamadun. Jika sebaliknya tumpuan negara akan tersasar daripada matlamat sebenar kerana tumpuan negara adalah kepada penyelesaian kemelut serta punca huru-hara. Jika perbandingan boleh dibuat, tentunya Malaysia memiliki keistemewaan tersendiri. Pandangan umum mungkin berpendirian bahawa sebuah negara yang bangsanya homogeneous (sebangsa) akan lebih mudah mencapai kesepakatan berbanding dengan negara yang berbilang bangsa, kaum, agama dan kecenderungan. Namum negara kita membuktikan bahawa, negara yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa mampu berpadu dan stabil asalkan kesepakatan terhadap perkara-perkara besar tentang nation-building dapat dilakukan. Malahan ada kalangan negara yang sebangsa juga tidak mampu stabil dan gagal membina tamaddun. Kenapa ini berlaku ? Sebab itu kita mesti bersyukur kerana kita diberi nikmat oleh Allah lahir dalam sebuah negara yang namanya Malaysia. Malaysia negara yang stabil, rakyat hidup dalam keadaan bersatu padu, pimpinan negara mempunyai perancangan yang jelas dalam membangunkan ekonomi negara, sistem pendidikan negara dirancang sempurna, kemudahan prasarana negara dibangunkan, perancangan negara sentiasa mengikut perubahan teknologi dunia hari ini , dan paling utama negara dibangunkan berasaskan acuannnya sendiri. FAKTOR KESTABILAN Kestabilan negara banyak bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Kita sebenarnya telah meletakkan landasan yang betul untuk mengukuhkan perpaduan iaitu; satu bahasa, satu kebudayaan dan satu sistem pendidikan. Justeru untuk menjamin perpaduan dan kestabilan negara yang tulin, ianya mestilah dihayati dan dilaksanakan oleh semua rakyat dengan jujur dan tegas. A. PEMERINTAHAN YANG BERTANGGUNGJAWAB Pemerintahan yang bertanggungjawab dan mempunyai visi yang khusus untuk kesejasteraan rakyat yang dipimpinnya merupakan factor penting kepada kestabilan negara. Kenapa Malaysia boleh mengekalkan kstabilannya, ini kerana pemerintahnya berkeupayaan mengemukakan suatu dasar yang jelas dan meyakinkan rakyat. Wawasan 2020, dan Misi Nasional sebagaimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9) adalah contoh bagaimana kerajaan memberikan komitmen yang meyakinkan rakyat yang bernaung dibawahnya. Perdana Menteri Malaysia sewaktu membentangkan RMK 9 menyatakan secara jelas bahawa lima perkara utama : i. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi ii. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama

iii. Menanggani masalah ketidakseimbangan sosiekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. iv. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup v. Mengukuhksn keupayaan institusi dan pelaksanaan Dengan perancangan negara yang begitu tersusun, ia berkeupayaan memastikan kestabilan negara. Ekonomi negara dapat dibangunkan dengan baik dan diagihkan dengan sempurna untuk dirasai oleh semua pihak. Suasana ini cukup penting, dan kita lihat bagaimana melalui RMK9 pembangunan infrastruktur negara tidak ditumpukan disuatu tempat sahaja, sebaliknya di selatan, timur dan barat Malaysia. Kekuatan ekonomi negara menjadikan individu dan negara bebas daripada belenggu hutang dan dapat dengan sempurna memajukan negara. Perbandingan boleh dibuat jika kita lihat bagaimana negara miskin yang tiada kekuatan ekonomi menjadi boneka kepada barat dan sentiasa dalam keadaan huruhara serta dalam kongkongan. Pembangunan negara juga bergantung kepada sejauhmana rakyatnya dapat bersama kerajaan memahami halatuju dan visi negara. Perdana Menteri Malaysia dan pimpinan negara bukan hanya mahu pembangunan negara sahaja bertaraf kelas pertama tetapi penekanan yang cukup penting diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan manusia sebagai modal insan. Maknanya, jika pembangunan fizikal negara bertaraf kelas pertama, manusia yakni rakyat juga mesti kelas pertama. Dengan kekuatan modal insan ini barulah kita benar-benar berkeupayaan membina negara dari semua aspek. Kesemua Misi Nasional ini sememangnya ada kesejajaranya dengan Matlamat Pembangunan Alaf (Millennium Development Goals, MDG) yang diperjuangkan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), di pelbagai pelusuk dunia termasuk di Malaysia. B. SIKAP BERTOLAK ANSUR Dalam Islam, sikap tolak ansur (tasamuh) diguna pakai untuk mendukung hak-hak kemanusian, tanpa sikap ini individu-individu (baik yang beragama Islam atau tidak) akan terasa tertindas, terpinggir (marginalized) dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sejarah membuktikan, semangat tolak ansur adalah faktor dan tunjang utama yang membolehkan Islam berkembang di Andalusia dan seterusnya menyumbang kepada kegemilangan peradaban dunia Barat khususnya bangsa Eropah. Ini berbeza dengan layanan yang diberikan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella kepada orang Islam selepas kejatuhan kerajaan Islam di Andalus Sepanyol pada tahun 1492. Hakikat ini diakui seorang pendakwah Kristian yang mengkaji penyebaran Agama Islam iaitu T.W. Arnold di mana beliau menyatakan Kita tidak pernah mendengar semasa sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol sebarang usaha secara tersusun dilakukan untuk memaksa golongan bukan Islam untuk memeluk agama itu: malah tidak wujud sebarang penindasan secara sistematik untuk menghapuskan Agama Kristian. Jika para kalifah mengambil salah satu pendekatan ini mungkin mereka telah menghapuskan sama sekali orang-orang Kristian sebagaimana Ferdinand dan Isabella menghalau keluar Islam dari Bumi Sepanyol; atau sebagaimana Louis ke- 14 lakukan terhadap golongan Protestan di Perancis. Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan pendekatan politik yang membawa kestabilan sosial di Malaysia mirip pendekatan yang diambil oleh kerajaan Islam di Sepanyol waktu zaman kegemilangannya. Di Malaysia, orang bukan Islam menikmati tahap tolak ansur yang tinggi daripada orang Islam sama seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi sepanjang 800 tahun pemerintahan Islam di Sepanyol. Justeru kita tidak nafikan bahawa ciri tolak ansur tersebut merupakan ciri penting yang membawa kepada kestabilan dan kemakmuran

sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini, malah dalam suasana kepelbagaian agama, kaum dan budaya serta sosio politik dan ekonomi yang agak ketara, Malaysia mampu memperlihatkan negara ini satu model kepada masyarakat dunia bahawa keharmonian , kestabilan dan kemakmuran negara sebenarnya bergantung kepada tolak ansur , kejujuran dan kegigihan rakyat. C. KEUPAYAAN MEMIMPIN Keupayaan memimpin dan menangani kepelbagaian isu ( Managing diversity) merupakan aset yang sangat berharga dalam memastikan kestabilan masyarakat dan negara. Sebuah pertubuhan , organisasi atau jemaah yang kecil juga sebenarnya sukar dikawal atau di urus jika pemimpinya tidak berupaya memimpin dengan baik apalagi kalau memimpin sebuah negara. Justeru itu kita lihat bagaimana Malaysia berkeupayaan untuk membina tamadunnya walaupun rakyatnya terdiri daripada latarbelakang agama, budaya dan berbagai cara hidup yang berbeza, ini kerana faktor kebijaksanaan pimpinan negara kita yang mampu menguruskan negara dengan baik dengan meletakkan kesepakatan, tolak ansur dan sikap berlapang dada mendahului perkara lain hingga membolehkan kestabilan negara dikekalkan. KENAPA KESTABILAN PENTING ? Jika tiada kestabilan dalam sesebuah negara sudah pasti usaha membina tamadun akan terhalang. Malah sesebuah negara atau bangsa yang telah membina tamadun juga akan menemui kegagalan jika keadaan ini tidak wujud dalam negara berkenaan. Bagaimana dan kenapa Malaysia boleh memberikan tumpuan kepada usaha membina tamadunnya ? Kalau dahulu, dunia tidak tahu di mana Malaysia, ramai tidak tahu siapa pemimpin Malaysia, pandangan dan pendapat kita tidak dihormati dan dihargai. Namum keadaannya sudah berbeza : a. Dunia amat mengenali Malaysia dan negara luar merasa begitu penting dan perlu jalin hubungan dengan kita. b. Pandangan dan pendapat kita amat diharap dan diperlukan. Malaysia menjadi penting dipelbagai forum dunia ; ASEAN, APEC,PBB,G15, NAM, OIC dan sebagainya. Kita jadi turucakap kepada banyak negara dan Malaysia menjadi pembela ketidakadilan yang dibawa oleh kuasa besar dunia. c. Pembangunan negara kita adalah kearah pembinaan sebuah tamadun baru dunia. ISLAM HADHARI dikemukakan sebagai satu pendekatan baru dalam membina tamaddun negara. Malaysia membina Putrajaya, kita bangunkan Menara Telekom , Sistem Aliran Ringan LRT,Kita membawa pelbagai teknologi baru dalam pelbagai bidang terutama ICT . Malaysia berusaha gigih bangunkan Cyeberjaya MSC di Putrajaya sebagai Bandar pintar. Dan melalui RMK 9 pembangunan di selatan, utara Malaysia sedang dibangunkan. d. Kita juga melebarkan pengaruh dan kekuatan serta kepentingan ekonomi Malaysia ke banyak negara melalui Industri Petrolium dan sebagainya. Petronas telah kembangkan pengaruhnya hingga menguasai perniagaan minyak dibanyak negara : Vietnam, Indonesia, Burma, Thailand, , Bahrin, Libya , Africa Selatan dan Sudan dan sebagainya. Semua ini berupaya kita lakukan kerana Malaysia stabil dari segi politik dan juga ekonominya. Keadaan ini bukan hanya diyakini rakyat malahan juga masyarakat antarabangsa. Kita boleh bayangkan bagaimana akan berlaku jika sebaliknya. Malah jika kita lihat dikebanyakkan negara terutamanya negara membangun, banyak perkara tidak dapat dilakukan kerana keadaan negaranya berada dalam suasana yang tidak selesa. Terdapat beberapa faktor yang menghalang kepada kestabilan yang kemudiannya mampu

mencetuskan keadaan yang boleh menjejaskan usaha membangunkan tamadun umat. Pada saya, faktor utama yang juga boleh menghalang usaha tersebut adalah diri kita sendiri. Jika kita mengamalkan satu bentuk budaya yang negative, tentunya membawa kepada kegagalan terhadap sebarang usaha yang hendak kita lakukan. Faktor lain ialah pengaruh serta keupayaan tamadun asing yang boleh mempengaruhi dan memporak-perandakan negara kita, ancaman aliran pemikiran asing, rempuhan arus globalisasi yang tidak terkawal dan seumpamanya juga penting untuk dibuat kajian. Imam Al-Ghazali menyebut binalah negara dalam diri kita dahlu . Maka, jika kita fahami secara mendalam, membina kekuatan diri adalah amat penting sebelum kita membina dan memancarkan pembangunan tamadun di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Konsep as-Din perlu diterjemahkan di dalam diri sendiri dan penghayatan luarannya akan terpancar ke peringkat masyarakat dan negara. Proses penghayatan ini boleh berlaku secara selari dan bertahap. Pembangunan tamadun juga perlu dilihat sebagai suatu proses yang berterusan yang mungkin ada pasang surutnya, bergantung kepada tahap penghayatan setiap diri peribadi dalam masyarakat Islam. Ini juga secara tidak langsung menjamim kepimpinan umat dalam proses pembangunan tamadun. Hanya bangsa yang berkualiti yang akan dapat mewarisi kepimpinan dunia ini. KESIMPULAN Jatuh bangun sebuah tamaddun banyak bergantung kepada kualiti sesebuah bangsa yang menujangi tamadun tersebut. Sebab itulah saya menyebut pentingnya kita menanggani kestabilan dan memperjuangkan pembangunan diperingkat diri peribadi. Sejarah banyak membuktikan bahawa kehancuran pelbagai tamaddun dunia dahulu adalah disebabkan masalah dalaman sesebuah tamadun; ia mungkin berpunca daripada sikap kepimpinan, masalah perpaduan secara pemimpin dan rakyat , masalah kemampuan generasi penerus dan sebagainya , maka secara umumnya ia berpunca daripada kelemahan individu dalam negara berkenaan. Namum demikian, dengan kehebatan dan kekuatan kita. Malaysia diperhati oleh kuasa luar. Mereka tahu Malaysia juga menjadi ancaman kepada suatu gerakan untuk membentuk Order Baru Dunia yang sedang mencipta tamadun baru, persoalannya apakah kita mampu mempertahankan apa yang kita miliki ?

You might also like