You are on page 1of 28

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI

Bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai maklumat sebagai asas membaca dan menaakul secara kritis. Pelajar dikehendaki meniru tingkah laku dan kemahiran yang dilakukan oleh guru. Pengajaran jenis ini melibatkan penggunaan: Latih tubi Praktis Pembelajaran masteri Pengajaran langsung

Pelajar adalah pasif Pelajar bergantung kepada guru untuk membekalkan maklumat dan menyelesaikan masalah. Pengajaran ini boleh digunakan untuk menunjuk cara proses pembelajaran yang biasa diketahui pelajar dan mengaplikasi ke atas bahan yang baru.

Pengajaran secara langsung dilaksanakan di dalam bilik darjah dan melibatkan penyampaian maklumat secara aktif oleh guru. Proses utama untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar:  Menarik perhatian pelajar  Memberi motivasi dan dorongan  Menggunakan pengurusan grafik

Salah satu cara pengajaran langsung ialah pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik berdasarkan analisis tugasan. Pengunaan contoh2, bahan bantu visual dan tunjuk cara untuk menerangkan konsep yang konkrit dan abstrak digalakkan. Ketika mengajar, pentaksiran berterusan terhadap pemahaman pelajar sebelum, semasa dan selepas pelajaran amat penting untuk mengubah kadar pengajaran.

Pengajaran direktif adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru Penggunaan masa dan teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan perhatian pelajar. Ini kerana penyampaian langsung merupakan penyampaian maklumat secara sehala.

PENGAJARAN MEDIATIF

Guru merupakan perantara yang mengemukakan soalan-soalan dan dilema yang dapat merangsang naluri ingin tahu setiap pelajar selain menggalakkan inkuiri serta mengakibatkan pelajar menemui kepuasan. Guru harus mengelakkan daripada membuat kehakiman terhadap idea yang dikemukakan pelajar. Guru harus menyokong dan melatih pelajar membentuk dan menguji idea-idea mereka sendiri.

Melalui pendekatan ini, kesepaduan cara penaakulan, bimbingan dan perbincangan secara terbuka digunakan. Lama-kelamaan pelajar kurang meminta bantuan guru dan akhirnya berkebolehan melaksanakan sesuatu secara berdikari. Pendekatan dalam starategi ini terdiri daripada capaian konsep yang mempunyai 4 fasa.

Fasa 1 : peringkat guru menerangkan matlamat aktiviti dan kaedah yang digunakan. Fasa 2 : pelajar dikehendaki memberi contoh untuk konsep dan cuba memberi peraturan bagi konsep berkenaan. Fasa 3 : pelajar diminta menganalisisproses pemikiran yang digunakan untuk menentukan peraturan konsep. Fasa 4 : peringkat penilaian aktiviti.

PENGAJARAN GENERATIF

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar bertindak dalam situasi tertentu dan menggunakan pelbagai kecerdasan pelbagai. Perkara ini merangkumi alat-alat seperti sumbang saran, synetics, pemikiran lateral dan kreativiti melalui reka bentuk.

Pengajaran ini boleh digunakan untuk penulisan ekspresif serta membentuk penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri. Pelajar diberi kebebasan dan menggunakan kreativiti mereka untuk menggunakan bahan baharu dalam makmal sains, memperoleh ilmu baharu dan cuba memahirkan diri dalam penggunaan metafora semasa berfikir dan berekspresi.

Pengajaran ini berlaku apabila pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu tingkah laku. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara.

Peringkat memberi perhatian: Pelajar menumpu perhatian terhadap tingkah laku yang ingin dipelajari. Melajar mengorganisasi pemerhatian dalam ingatan Pelajar akan melakukan pergerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya.

TUGASAN
BINCANG DAN BERIKAN CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN PENGAJARAN MELALUI PEMERHATIAN.

Pengajaran ini merupakan situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. Pembelajaran yang berasaskan aktiviti, pembelajaran eksperiential, melakukan dan ebrfikir, seminar, bengkel, dan program di mana pelajar melakuakn sendiri projek.

5 teknik pembelajaran iaitu strategi REACT


R relate : pelajar menghubungkait pengetahuan dengan pengalaman hidup. E expeiencing : pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea. A apply : aplikasi pengetahuan dalam situasi lain. C cooperate : berkerjasama memberi maklum balas dan berkomunikasi dengan kumpulan. T transfering : memindahkan pengetahuan sedia ada dengan menggunakan daripada apa yang diketahui

Merupakan pengajaran tentang proses pemikiran terhadap apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976): metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses kognitif seperti ciri relevan maklumat atau data. Contoh: seseorang akan menyelami metakognisi jika dia mempunyai masalah mempelajari A daripada B, serta dia menyedari bahawa dia perlu semak semua C sebelum menerimanya sebagai fakta.

Pelajar boleh kenal pasti apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. Mereka akan mengesah dan menjelaskan maklumat dengan tepat. Melalui penggunaan journal atau log pembelaran, di mana pelajar membuat refleks terhadap pemikiran mereka.

KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran ini merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabagan hidup dan membuat keputusan. 4 prinsip kajian masa depan: Prinsip perubahan Prinsip pandangan jauh Prinsip perancangan strategik Prinsip pengupayaan

Sekian

You might also like