You are on page 1of 1

JPK 03-25/3152/1(84) 15 Jun 2011 .

Melalui Pengetua

Tuan, SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PENYELARASAN SKOR PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah mengarahkan dibuat lawatan penyelarasan skor bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Pendidikan Seni Visual, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Reka Cipta dan Prinsip Perakaunan. Surat KP.LP.004.07.04.01 Jld 2(3) bertarikh 2 Januari 2011 adalah berkaitan. 2. Sehubungan itu, tuan dipohon melaksanakan tugas tersebut di atas bagi mata pelajaran tuan ke atas sekolah-sekolah di bawah penyeliaan tuan. 3. Tuan layak membuat tuntutan perjalanan dan tuntutan-tuntutan lain mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. Tuan hendaklah melengkapkan borang pengesahan penyelarasan skor seperti dalam Lampiran A dan menghantar bersama borang tuntutan anda. 4. Bersama ini dilampirkan jadual lawatan tersebut untuk tindakan tuan.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG Saya yang menurut perintah,

(ISMAIL BIN SHAIDAN) Ketua Sektor Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

You might also like