You are on page 1of 4

HBML3103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Nyatakan TIGA hasil pembelajaran utama dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu. (4)

2.

Nyatakan EMPAT genre kesusasteraan yang digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu. (4)

3.

Huraikan secara ringkas EMPAT prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih bahan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran bahasa. (4)

4.

Kaitkan bagaimana rancangan mengajar tahunan digunakan untuk memudahkan susunan rancangan mengajar harian. (4)

5.

Nyatakan EMPAT teknik yang sesuai untuk melaksanakan pengajaran yang memfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur. (4)

(Jumlah: 20)

HBML3103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Komponen kesusasteraan (Komsas) dalam pengajaran bahasa Melayu sekolah menengah mula dilaksanakan pada Mac 2001.

(a)

Jelaskan peranan Komsas dalam konteks pendidikan kebangsaan.

(5)

(b)

Apakah yang membezakan bahan sastera dengan komponen sastera?

(5)

(c)

Terangkan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Komsas. ( 10 )

(Jumlah: 20)

2.

Kaedah dan teknik merupakan perancangan dan pelaksanaan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam pengajaran kesusasteraan dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang sesuai untuk diaplikasi.

(a)

Nyatakan ciri-ciri kaedah analisis struktural.

(5)

(b)

Jelaskan DUA cara teknik lakonan dapat diaplikasikan.

(5)

(c)

Pengajaran yang berkesan bergantung kepada teknik yang baik. Kupas pernyataan ini. ( 10 )

(Jumlah: 20)

HBML3103_SEMSEP09/F_CC

3.

Membaca dan kefahaman merupakan suatu proses mental. Terdapat pelbagai faktor yang menentukan tahap pembacaan dan kefahaman seseorang terhadap apa yang dibacanya.

(a)

Jelaskan LIMA faktor bagaimana emosi meningkatkan minat dan motivasi untuk membaca. ( 10 )

(b)

Terangkan LIMA nilai daripada novel yang dapat memberikan faktor emosi seperti minat, motivasi dan keyakinan untuk membaca. ( 10 )

(Jumlah: 20)

4.

Bacaan dijeniskan mengikut fungsi, peranan dan cara pembacaan itu dilakukan.

(a)

Bincangkan LIMA perbezaan antara bacaan mentalis dan bacaan mekanis.

( 10 )

( 10 ) (b) Cadangkan dilaksanakan. LIMA teknik bagaimana bacaan kritis dapat

(Jumlah: 20)

5.

(a)

Kategorikan LIMA teknik pengajaran bacaan dan kefahaman.

( 10 )

(b)

Pilih salah satu teknik bacaan dan kefahaman. Jelaskan bagaimana teknik itu diaplikasi dalam bilik darjah untuk mengajarkan bahan sastera dalam bahasa Melayu. ( 10 )

(Jumlah: 20)

HBML3103_SEMSEP09/F_CC

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Terdapat tiga peringkat pengayaan penulisan iaitu prapenulisan, penulisan dan pasca penulisan. Bincangkan KETIGA-TIGA peringkat tersebut dengan mengemukakan contoh pelaksanaannya dalam pembelajaran bahasa Melayu.

(Jumlah: 20)

2.

Bandingkan sistem bahasa dengan gaya bahasa dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like