You are on page 1of 2

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA (Seksyen Peperiksaan, Persijilan dan Pengiktirafan, Bahagian Keselamatan Industri) PANDUAN

PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI SYARIKAT KONTRAKTOR GAS (TALIAN PAIP) (PERMOHONAN BARU) 1. PERMOHONAN Permohonan hendaklah dialamatkan kepada: Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. (u/p: Pengarah Bahagian Keselamatan Industri) Website: http://www.dosh.gov.my dan disertakan bersama maklumat-maklumat berikut: a. Latarbelakang syarikat (company profile). b. Carta organisasi syarikat. Carta organisasi syarikat mestilah mempunyai nama kakitangan dan jawatan serta tarikh kemaskini. c. Senarai pegawai teknikal dan kakitangan kejuruteraan yang bertanggungjawab dalam pemasangan talian paip atau kerja-kerja yang berkaitan seperti jurutera, pegawai kawalan mutu, penyelia, jurugegas, pelukis pelan dan pengimpal seperti yang terdapat di dalam carta organisasi. Nyatakan kelayakan akademik dan pengalaman pegawai teknikal dan kakitangan kejuruteraan secara terperinci. d. Senarai jentera-jentera dan peralatan-peralatan yang dimiliki. e. Manual Kawalan Mutu yang berkaitan dengan kerja kerja pemasangan talian paip. f. Manual Keselamatan dan Kesihatan. Manual Keselamatan dan Kesihatan hendaklah mengandungi polisi keselamatan dan kesihatan yang ditandatangani oleh pihak pengurusan atasan syarikat dan bertarikh. g. Surat kebenaran / lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Berkuasa Tempatan atau agensi agensi berkaitan. h. Laporan Pemeriksaan Kilang (JKJ 17) / Pendaftaran Tempat Kerja dari JKKP Negeri

i. Senarai kerja-kerja yang pernah dibuat bersangkutan dengan pemasangan talian paip j. Borang cadangan Spesifikasi Tatacara Kimpalan (WPS). k. Senarai pencarum KWSP kakitangan syarikat bagi 3 bulan berturut -turut. Salinan resit bayaran KWSP hendaklah disertakan bersama. l. Senarai buku perundangan dan kod -kod rekabentuk yang dimiliki berkaitan dengan kerja-kerja pemasangan talian paip. 2. TEMUDUGA DAN PEMERIKSAAN PREMIS Setelah permohonan disemak dan syarat-syarat dipenuhi, temuduga dan pemeriksaan premis (jika perlu) akan dibuat oleh pegawai dari Seksyen Peperiksaan, Persijilan dan Pengiktirafan. 3. KEPUTUSAN PERMOHONAN Surat keputusan permohonan samada lulus atau tidak lulus akan dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon. Nota : 1. Jika keputusan tidak lulus, pemohon boleh merayu dalam tempoh satu (1) bulan dari surat keputusan dikeluarkan dengan cara memperbaiki kelemahan pada permohonan asal. Pemohon hanya perlu menghantar perkara perkara yang telah diperbaiki. 2. Keputusan permohonan dibuat berdasarkan kepada dokumen yang dihantar, laporan pemeriksaan premis dan temuduga. 3. Piagam pelanggan untuk memproses dan mengumumkan keputusan permohonan pendaftaran syarikat kontraktor gas (talian paip) adalah dalam tempoh 70 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

You might also like