Bab V

You might also like

You are on page 1of 5

97

BAB V

KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Sebagai kesimpulan kajian rekabentuk binaan mudah dan berterusan berbantuan program komputer Microsft Excel ini, didapati terdapatnya perbezaan terhadap kedua jenis binaan tersebut seperti kajian yang dijalan dalam bab empat (4). Struktur binaan rasuk terhalang, rasuk tidak terhalang dan tiang di kaji berdasarkan BS 5950-1:2000 . Manakala Jadual Kapasiti digunakan bagi menentukan sambungan plat hujung boleh ubah bagi kerangka binaan mudah dan plat hujung dipanjangkan bagi kerangka binaan berterusan. Data dari kedua kajian ini boleh di simpulkan mengikut perubahan jisim dan kos terhadap saiz bahan kajian mengikut jenis rekabentuk tersebut. Manakala pengiraan dilakukan berbantukan komputer boleh mempermudahkan dan mempercepatkan analisis dijalankan. Kesimpulan dan komen kajian ini diterangkan secara ringkas bagi memudahkan kefahaman. Keupayaan saiz struktur terhadap sambungan yang dipilih boleh menjadi pengukur terhadap keadah binaan yang lebih menjimatkan berdasarkan pembebanan dari papak yang berlainan.

98 5.2 Kesimpulan Terhadap Perbezaan Rekabentuk Mudah Dan Berterusan

Kesimpulan terhadap struktur rekabentuk boleh dibincangkan dalam tiga peringkat seperti berikut: i. Rekabentuk rasuk, Rekabentuk rasuk dilakukan terhadap dua jenis kajian iaitu rasuk terhalang pada arah sisi dan rasuk tidak terhalang pada arah sisi. Perbincangan hasil kajian seperti berikut: Saiz rasuk yang diperlukan untuk kes binaan mudah adalah lebih besar berbanding daripada saiz rasuk binaan berterusan. Semakan ini bertepatan dengan tanggungan momen yang dialami oleh rasuk tersebut terhadap jenis rekabentuk yang digunakan (Rujuk Jadual 4.1 (a) dan Jadual 4.4 (a) & (b)). Perubahan saiz rasuk ini melibatkan pertambahan jisimnya sekaligus mempengaruhi kos binaan mudah berbanding binaan berterusan. Saiz rasuk yang tidak terhalang pada arah sisi akibat binaan papak dibuktikan lebih besar berbanding rasuk yang berhalangan sisi dalam binaan mudah. Ini disebabkan oleh faktor galas atau lengkokan web. Saiz rasuk yang dibina dengan sambungan tegar tidak menampakkan banyak perubahan dari segi saiz rasuk berhalangan sisi dan tidak berhalangan sisi. Rasuk sekundar juga akan menjadi penghalang kepada perbezaan saiz rasuk berhalangan sisi dan tidak berhalangan sisi akibat daripada papak. Tertapi perbezaan saiz berlaku pada kedua jenis binaan/sambungan tersebut. ii. Rekabentuk tiang. Terbukti semua saiz tiang binaan mudah adalah lebih kurang daripada saiz tiang binaan berterusan. Saiz tiang binaan mudah yang hanya menerima momen akibat kesipian didapati kurang dari saiz tiang binaan berterusan yang menanggung momen yang dipindahkan dari sambungannya. Perbezaan saiz tiang binaan mudah boleh akan bertambah mengikut daya mampatan yang dikenakan kepadanya. Ini terbukti pada saiz tiang B2.

99 Perbezaan saiz tiang binaan berterusan berubah mengikut keupayaannya dalam memberi rintangan akibat daripada lengkukan disebabkan momen yang dipindahkan dari sambungan. iii. Sambungan. Sambungan berterusan memberi perubahan kepada saiz rasuk dan tiang yang dikaji. Di mana keupayaan sambungan ini lebih mengutamakan kekuatan plat, berbibir tegangan rasuk dan bilangan bolt tegangan dalam menanggung momen kenaan selain dari daya mampatan dan ricih bolt. Sambungan mudah lebih kepada daya ikatan dan paksi yang boleh ditanggung oleh sambungan tersebut. Ianya tidak memberi sebarang perubahan terhadap saiz tiang. Saiz plat sambungan binaan mudah (plat hujung boleh ubah) adalah lebih kecil berbanding sambungan berterusan. Ini akan mengurangkan jisim sambungan tersebut. Dari permerhatian hasil kajian bab 4, didapati jisim keseluruhan bagi binaan struktur pada Rajah 3.1 berdasarkan binaan berterusan adalah lebih tinggi berbanding binaan mudah (Rujuk Jadual 4.3(f)). Ini menunjukkan binaan berterusan memerlukan jumlah struktur binaan yang lebih besar/berat dalam rekabentuknya. Manakala bagi keputusan struktur binaan tengah bangunan, didapati nilai peratus perbezaan jisim binaan berterusan adalah lebih tinggi berbanding binaan mudah bagi setiap kes pembebanan papak yang berbeza (kes satu ke lima) seperti diringkaskan pada Jadual 4.5 (e). Dari keseluruhan kajian didapati jisim yang diperlukan untuk binaan struktur berterusan adalah lebih tinggi daripada binaan mudah. Ini boleh disimpulkan bahawa rekabentuk binaan berterusan adalah kurang ekonomi digunakan dalam proses rekabentuk binaan berbanding rekabentuk binaan mudah. Ini sekaligus menjawab objektif soalan perbandingan antara kedua jenis rekabentuk tersebut dari segi saiz, jisim dan kos.

100

5.3

Komen Dan Pandangan

Daripada kajian ini didapati jisim struktur binaan berterusan adalah lebih tinggi berbanding binaan mudah. Penetapan saiz papak kajian adalah berdasarkan kepada ke sesuaian saiz papak yang kerap digunakan dalam rekabentuk dan kesesuai papak pratuang. Pertambahan saiz rasuk dan tiang kerap berlaku apabila sambungan binaan berterusan digunakan dalam merintangi momen kenaan. Di sebabkan perbandingan hanya dilakukan pada struktur rasuk dan tiang tanpa pengukuh maka peratus perbezaan kedua binaan adalah lebih tinggi.

5.4

Cadangan Kajian Untuk Masa Depan

Skop kajian bagi perbandingan prosedur rekabentuk binaan mudah dan berterusan adalah terhad. Oleh itu, proses kajian berbantuan komputer ini boleh dilanjutkan pada masa depan bagi mendapatkan maklumat-maklumat rekabentuk dengan kaedah seperti: Kajian kepada keseluruhan struktur bangunan berbilang tingkat bagi memastikan peratus perbezaan berdasarkan struktur binaan yang dipilih. Perbandingan terhadap peratus perbezaan dengan struktur binaan separa tegar. Pengiraan bagi sambungan dilakukan tanpa merujuk kepada jadual kapasiti bagi memperolehi nilai kapasiti sambungan yang lebih jitu. Proses pengiraan yang berbantukan komputer dipertingkatkan dengan menyediakan program pengiraan yang lebih maju dengan bantuan micro.

101 Menyediakan kajian terhadap saiz-saiz papak yang lebih luas serta keratan gred keluli 53. Didapati juga dalam hasil kajian dengan pertambahan panjang rasuk peratus perbezaan akan berkurangan. Perbezaan ini boleh dikaji untuk memastikan keberkesanan rekabentuk berterusan ini selain daripada binaan mudah.

You might also like