You are on page 1of 33

NAMA KELAS NO KAD PENGENALAN NAMA GURU TARIKH HANTAR

: : : : :

DARWIN A/L KUNASAKARAN HIDAYAH 1 941029-08-5795 PUAN ILLY SYAFIAH MAK BINTI ABDULLAH JULAI 2011

TANDATANGAN PELAJAR ____________________

TANDATANGAN GURU ___________________

BIL TAJUK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN BUKTI (SOAL SELIDIK DAN TEMU BUAL) 1 2 2 3-7 8 9-23 24

HALAMAN

25-26 27 30-59

1.PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, Perak, Encik Zokronain bin Abdullah kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Illy Syafiah Mak Binti Abdullah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya sekelas dengan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Kampung Tasek yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

2.PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat lulus untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Di Kampung Tasek, sememangnya terdapat pencemaran alam yang berlaku disebabkan perkembangan sektor perindustrian di kawasan sekitarnya dan terdapat pelbagai kilang. Kajian ini telah bermula pada bulan Mac sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 4 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. Dan saya berharap agar kerja keras saya ini akan membantu saya mendapat kecemerlangan dalam PMR 2011 khususnya bagi mata pelajaran GEOGRAFI. 3.OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa aspek objektif. Di antaranya ialah:
1. Menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar 2. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar 3. Mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 5. Memberi cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar 6. Menerapkan nilai-nilai dan patriotisme di kalangan penduduk Kampung Tasek

tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar

4.KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah Kampung Tasek.Tasek atau Kampung Tasek terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak, Malaysia. Tasek berhampiran dengan Kampung Tawas, Bercham, dan Tambun. Ramai penduduknya bekerja di Kawasan perindustrian Tasek. Zon Industri ini telah lama diwujudkan sama seperti Sungai Way di Petaling Jaya dan Bayan Lepas di Pulau Pinang . Jalan raya utama antara Ipoh ke Kuala Kangsar menjadi nadi utama sistem pengangkutan. Simpang tiga ke Bercham dan ke Tambun selalu berlaku kemalangan jalan raya. Kampung Tawas diduduki ramai orang Cina. Sebaliknya Kampung Tasek merupakan petempatan orang Melayu. Sekolah Kebangsaan Tasek, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dan masjid telah dibina bagi memudahkan orang ramai. Pagar landasan kereta api dari kilang Tasek Cement menghalang kelancaran pengangkutan. Oleh itu sebuah jambatan telah dibina bagi memudahkan pengangkutan jalan raya tanpa mengganggu laluan kereta api.Kampung Tasek asalnya ialah satu kawasan perlombongan bijih timah. Iaitu berhampiran dengan Sungai Kinta. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di sekelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Kampung Tasek adalah lebih kurang 6 kilometer persegi. Pekan Tasek terletak lebih kurang 8 kilometer dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Kampung Tasek adalah Taman Klebang, Kampung Tersusun Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek, Kampung Tawas, Kampung Ulu Chepoh, Taman Tasek Damai, Kawasan Perindustrian IGB dan Kampung Bercham. Kampung Tasek dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar sedang dibina. Selain daripada itu, Kampung Tasek juga terletak berhampiran dengan kilang-kilang. Kilang-kilang ini merupakan sebahagian daripada Kawasan

Perindustrian Tasek. Dalam lain perkataan, boleh dikatakan Kampung Tasek merupakan tumpuan aktiviti ekonomi selain bandaraya Ipoh. 4.1 Peta Daerah Kinta

Jalan Raya Landasan Keretapi Sempadan Daerah Kinta

4.2 Peta menunjukkan Mukim-Mukim yang terdapat didalam Daerah Kinta

Kampung Tasek terletak di Mukim Majlis Bandaraya Ipoh. Majlis Bandaraya Ipoh Sungai Kinta Lebuh Raya Utara Selatan

4.3 Peta kawasan kajian Kampung Tasek

5. KAEDAH KAJIAN Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidik serta kaedah temu bual. Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan kajian saya iaitu Kampung Tasek. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini. Kaedah Rujukan Saya telah menggunakan kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet, buku teks, buku latihan dan surat khabar. Kaedah Soal Selidik Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 10 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat. Kaedah Temu Bual

Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk di situ.

6.HASIL KAJIAN 6.1.Konsep pencemaran alam sekitar Konsep Pencemaran alam sekitar sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran alam sekitar menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumbersumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan. 6.2.Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 10 responden, antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Kampung Tasek.

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

PENCEMARAN AIR PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN BUNYI

a) Pencemaran Udara

Kampung Tasek juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara. Ruang angkasa bumi, yang juga dikenal sebagai atmosfera merupakan tempat terdapatnya udara. Atmosfera merupakan selimut kepada bumi. Ia mengandungi beberapa lapisan, lebih kurang 95 peratus udara terdapat pada lapisan troposfera yang menjangkau jarak antara 0-7 batu (0-12 km) dari bumi, semua bentuk pencemaran udara akan terkumpul di lapisan ini. Udara bersih mengandungi 0.1 ppm karbon monoksida, 0.001 ppm nitrogen dioksida dan 0.25 ppm oksida-oksida nitrus. Apabila pencemaran udara berlaku akan mengubah komposisi komponen-komponen ini. Fenomena pencemaran udara memberi kesan yang besar terhadap pelbagai aspek seperti dari segi nilai estetik, ekonomi, keselamatan kesihatan dan juga gangguan keselesaan individu. Sumber pencemar udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas atau partikulat, mengikut jenis punca sebabnya sama ada secara semula jadi atau tiruan dan mengikut bilangan dan taburan ruang. Pencemaran udara boleh di klasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan Karbon Monoksida yang dihasil daripada pembakaran tidak lengkap. Pencemaran primer ini menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran udara tersebut dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur seperti arang kayu yang tidak terkawal. Manakala, Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas oleh sulfur dioksida yang bergabung dengan wap- wap air di udara yang tidak diperlukan oleh benda hidup. b) Pencemaran air

Selain dari Pencemaran udara, Kampung Tasek juga tidak terkecuali daripada pencemaran air kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran air juga terjadi disebabkan oleh sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai, pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis dan penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. c) Pencemaran bunyi Selain dari itu Kampung Tasek juga mengalami pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masingmasing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selangseli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Bunyi bising kenderaan 24 jam seperti di Jalan Kuala Kangsar dan lebuhraya yang berhampiran dengan perkampungan Tasek juga menyebabkan pencemaran bunyi. Selain dari itu bunyi bising dari kilang juga menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

6.3.Punca punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

KENDERAAN

PETEMPATAN

KILANG

PUNCA CEMARAN ALAM SEKITAR

KUARI

BUANGAN SAMPAH

SISA TOKSIK

a) Kenderaan .Jumlah kenderaan Kampung Tasek meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1990 .Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun2010 :Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Kampung Tasek dianggarkan sebanyak 33,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%)

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta

benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. b) Perkilangan Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran udara kerana ia melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang ceent, kilang sarung tangan, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..

Kebanyakan kilang dibina di sepanjang Sungai Kinta untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia. Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. c) Sisa toksik Sisa bahan buangan kilang seperti sisa tosid yang dibuang ke dalam Sungai Kinta yang berhampiran Tasek oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Di kampong Tasek mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. d) Pembuangan sampah Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang kearah pencemaran air.Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia

terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahanalamsekitar. Pembangunan adalah rekaan manusia.Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini

berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . e) Kawasan Petempatan Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok. Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran. f) Kuari Pemecahan batu-batu mengakibatkan penghasilan bunyi yang kuat menyebabkan pencemaran bunyi.

6.4.

Kesan pencemaran di kawasan kajian


KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KAWASAN KAJIAN

PENYAKIT

JERUBU

HUJAN ASID

MENGANGGU PERSEKITARAN

SUHU MENINGKAT

HIDUPAN AKUATIK TERCEMAR

AIR TERCEMAR

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Masalah pencemaran seperti pencemaran air bunyi,udara sentiasa menghantui pemikiran penduduk Kampung Tasek tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang.

a) Penyakit Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di Kampung Tasek. Di antara kesan utama yang menimpa penduduk Kampung Tasek akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Kesan-kesan daripada pencemaran air pula menimbulkan banyak masalah terhadap hidupanhidupan di Kampung Tasek pada masa kini termasuklah Penduduk sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Penduduk Kampung Tasek juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi

kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku. b)Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. c) Kejadian Hujan Asid Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke

udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapatdi Kampung Tasek. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma. d) Kemusnahan Hidupan Akuatik Di Kampung Tasek aktiviti perindustrian, menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai Kinta dan beberapa sungai mengalirkan

berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan- haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia. e) Sistem Air Bawah Tanah Tercemar Sesetengah kilang seperti Kilang Simen Tasek, Kilang Tayar dan sebagainya yang terdapat berhampiran Kampung Tasek akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua

pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri. f) Menggangu Persekitaran Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap Penduduk Kampung Tasek pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada penduduk Kampung Tasek juga. g) Suhu Meningkat Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk Kampung Tasek. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar kawasan kajian

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR KAWASKAJIAN

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PAMERAN

CATALYTIC CONVENTER

PENDEDAHAN MEDIA MASA

KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

a) Penggunaan teknologi moden Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. b) Pendidikan alam sekitar Tanggungjawab untuk menjamin Kampung Tasek yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang

bertanggungjawab

kepada

alam

sekitar,

mereka

perlulah

mempunyai

kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. c) Pamaren Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebabsebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

d) Kempen cintai alam sekitar Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara- cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai. e) Pendedahan media masa Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

f) Catalytic converter Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

6.6 Rumusan Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan- lahan. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.

6.7 Lampiran A 1.Borang Temu Bual

1. Nama: ______________________________________________________ 2. Jenis Pekerjaan: ______________________________________________ 3. Pernahkah anda melihat pencemaran alam sekitar di tempat anda? YA atau TIDAK 4. Apakah jenis pencemaran yang terdapat di kawasan anda? a)_________________________________________________________________________________ b) ________________________________________________________________________________ c) ________________________________________________________________________________ 5. Apakah masalah yang dihadapi oleh anda disebabkan pencemaran? a) ________________________________________________________________________________ b) ________________________________________________________________________________ c) ________________________________________________________________________________ 6. Apakah cadangan anda untuk mencegah masalah pencemaran? a) ________________________________________________________________________________ b) ________________________________________________________________________________ c) ________________________________________________________________________________ 7. Apakah tindakan anda jika ternampak orang melakukan pencemaran? a) _______________________________________________________________________________ b) _______________________________________________________________________________ c) _______________________________________________________________________________ 8. Apakah cara yang paling sesuai untuk melatih masyarakat supaya tidak melakukan pencemaran alam? a) _______________________________________________________________________________ b) _______________________________________________________________________________ c) _______________________________________________________________________________

2.Borang Soal Selidik

Makluman kepada responden: Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja. Adalah diharapkan pada responden dapat memberikan jawapan kepada soalan soalan yang dikemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. Tema Kajian: PENCEMARAN ALAM SEKITAR Arahan: Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan. BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASA RESPONDEN 1. Jantina: Lelaki 2. Kaum: Melayu 3.Umur: 18-29 Thn 30-55 Thn 55 Ke atas India Cina Lain lain Perempuan

BAHAGIAN B: KESAN PENCEMARAN TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN: Hujan asid Jerubu Penyakit Suhu meningkat air tercemar Kesuburan tanah Udara tercemar Kesan lain- lain (sila nyatakan) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN PUAN

Lampiran B

Suasana jerebu dari udara di Kawasan Perindustrian tasek.

Gambar photo menunjukkan pencemaran udara dari kilang cement

Gambar photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.

Gambar photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari perkilangan.

Gambar photo Pembuangan sampah di sungai

Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan perkilangan.

Gambar photo Aktiviti Memotong Besi yang menyebabkan pencemaran bunyi

6.8 Rujukan

1. http://spgis.mpsp.gov.my/laporan_pemeriksaan/html/alamsekitar.html 2. http:// www.google.com 3. http:// www.gov.com.my 4. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala Lumpur : Penerbit Mikamas 5. Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd. Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

You might also like