You are on page 1of 6

Pengenalan Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik.

Setiap individu akan meloalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan besar. Apa yang penting ialah anda perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya kemahiran dan bakat pengucapan awam itu perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir berucap di khalayak ramai mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pengucapan awam sekiranya dia mahu, seperti mana kata pepatah Melayubelakang parang kalau diasah lagikan tajam.

Elemen Penting Dalam Pengucapan 1. Kemahiran pengucapan awam 2. Penceramah 3. Hadirin 4. Topik 5. Persediaan 6. Penyampaian 7. Bahasa lisan(verbal) 8. Penampilan diri 9. Alat Pandang-Dengar(APD) 10. Berucap dengan penuh yakin 11. Senarai Semak Proses Persediaan Pengucapan Awam Seseorang penceramah akan dapat menyampaikan ucapan yang baik dan berkesan sekiranya dia memahami proses persediaan pengucapan awam. Pengetahuan tentang pengucapan awam dapat membantu mengurangkan rasa panik atau takut ketika berhadapan di khalayak ramai. Proses persediaan yang dilalui oleh penceramah akan dapat menjadikan diri penceramah bersedia dari sudut mental, emosi dan keyakinan diri. Terdapat tujuh perkara yang perlu dilihat dalam persediaan kepada pengucapan awam: 1. Faham tujuan dan peranan ucapan anda. 2. Analisis hadirin anda. 3. Sediakan isi kandungan atau bahan.

4. Susun idea ucapan anda. 5. Tuliskan ucapan anda. 6. Berlatih berucap. 7. Sampaikan ucapan anda. 8. Nilai atau semak ucapan anda. Setiap pengucapan awam mempunyai matlamatnya sendiri dan ia disampaikan dalam pelbagai bentuk. 1. Penyampaian yang berbentuk penerangan atau mendidik (informative, educational) seperti kuliah umum atau ceramah agama (dakwah) yang memberi maklumat semasa, maklumat atau ilmu baru atau meningkat dan mengukuhkan ilmu yang ada. 2. Penyampaian yang berbentuk memujuk atau mempengaruhi (persuasive) seperti memujuk orang ramai untuk membeli sesuatu barang (product demo or sale) , mempengaruhi seseorang untuk menyokong pandangan atau calon dalam proses pengundian (political campaign), meningkat semangat serta memberi dorongan yang tinggi pada seseorang (motivational talk) atau mempengaruhi seseorang untuk menukar pemikiran lama kepada pemikiran baru (brains-washing or coercive talk). 3. Penyampaian dalam bentuk perbincangan yang bertujuan bertukar-tukar fikiran dan pandangan seperti forum, usrah, symposium, seminar, halaqah dan muzakarah. 4. Penyampaian yang berbentuk syarahan umum (public oration) yang bertujuan untuk mengingatkan hadirin atau membicarakan isu semasa seperti pidato, khutbah dan ceramah umum. 5. Penyampaian yang berbentuk menghibur atau lippur lara (lawak jenaka, pengkisahan) bertujuan untuk menghiburkan hati pendengar atau penonton. Biar apa pun tujuan pengucapan anda, anda perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengucapan awam bagi memastikan anda dapat menyampaikan ucapan atau ceramah anda dengan lebih berkesan. Setidak-tidaknya anda dapat mengelakkan daripada membuatkan kesilapan-kesilapan yang kadangkala boleh memalukan. Dalam menyampaikan sesuatu ucapan, terdapat empat jenis ucapan yang biasa diamalkan.

Jenis Ucapan 1. Ucaan Spontan (impromptu) Ucapan spontan atau spontaneous speech ialah ucapan yang disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan yang terpaksa. Biasanya, ucapan ini disampaikan secara sambil lalu tanpa menggunakan nota atau APD. Kebanyakan orang yang diminta untuk memberi ucapan spontan akan berasa terkejut, teragak-agak dan tergamam. Akan tetapi bagi seseorang yang sudah biasa dengan pengucapan awam menganggap bahawa ia adalah suatu cabaran kepada dirinya walaupun topic ucapan yang diberikan mungin tidak begiru menarik atau mungkin di luar bidang pengetahuannya. Jika anda diminta juga membuat ucapan spontan dalam sesuatu majlis, anda hendaklah pandai menarik diri, tetapi jika anda sanggup menerima cabaran ini, anda hendaklah memahami apakah persediaan yang perlu anda lakukan dan bagaimana menyampaikan ucapan. 2. Ucapan Ekstemporanas (Extempronaneous) Ucapan ekstemporanas kelihatan seperti ucapan spontan tetapi pada kebiasaannya penceramah sudah bersedia dari sudut mental, emosi dan kandungan ucapan yang disampaikan. Semasa menyampaikan ucapan, penceramah berucap berdasarkan kepada nota ringkas, senarai idea-idea penting atau gambar rajah, Kadangkala ucapan ini disampaikan tanpa melihat nota kerana penceramah sudah pun merangka apa yang ingin disampaikan dalam pemikirannya. Kebanyakan penceramah yang sudah biasa dengan pengucapan awam sering menggunakan ucapan ekstemporanas. Melalui ucapan jenis ini, pencedramah akan dapat mengawal minat hadirin kerana penceramah sentiasa mengekalkan temuan mata dengan hadirin di samping melakukan kelakuan anggota badan secara semula jadi. 3. Ucapan Manuskrip Ucapan manuskrip ialah ucapan yang disampaikan dengan membaca bahan yang telah disediakan. Ucapan jenis ini biasanya disampaikan oleh penceramah atau jurucakap yang ingin memastikan kandungan ucapannya tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan. Penceramah juga berhatihati dalam setipa patah perkataan yang diucapkan supaya maksud kandungan ucapan serta matlamat pengucapan dapat dicapai dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, ucapan jenis ini boleh menyebabkan hadirin menjadi jemu dan bosan serta hilang minat apabila mendengar ucapan yang dibaca terlalu lama sehingga

sseolah-olah tidak ada hubungan komunikasi antara penceramah dengan hadirin. Penceramah bukan sahaja mengelakkan temuan mata dengan hadirin malah kaku kerana terpaksa mamakukan matanya pada manuskrip. Kadangkala penceramah boleh disalah anggap sebagai tidak ikhlas apabila sering mengelakkan temuan mata dengan hadirin. Bagi menangani perkara ini, jika anda terpaksa menyampaikan ucapan manuskrip, adalah wajar anda berlatih membacanya beberapa kali sebelum menyampaikannya, Dengan berbuat demikian, anda akan tahu bilakah anda boleh berhenti seketika untuk mengalihkan mata anda melihat hadirin atau pendengar, kemudian menyambung bacaan anda semula, Satu lagi cara yang boleh dilakukan bagi memelihara minat hadirin ialah penceramah boleh menggunakan teleprompter yang memaparkan manuskrip pada paparan khas elektronik. Alat teleprompter ini biasa digunakan oleh pembaca berita di televisyen dan pemimpin-pemimpin negara. 4. Ucapan Hafalan Ucapan hafalan ialah ucapan yang disampaikan dalam sesuatu majlis khas seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan ucapan. Ucapan ini biasanya ringkas tetapi cukup untuk mencapai matlamat sesuatu majlis, Apa yang menarik dengan ucapan hafalan ini ialah penceramah dapat menumpukan perhatian kepada apa yang ingin disampaikan di samping menumpukan temuan mata dengan hadirin. Walau bagaimanapun, sekiranya penceramah terlupa atau kehilanganperkataan atau ayat-ayat yang telah dihafal, maka hadirin akan berasa kurang senang terhadap penceramah. Prinsip-Prinsip Penting Verdeber (1996) menggariskan beberapa prinsip penting pengucapan awm. Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian: 1. Penerangan (a) Hadirin berminat untuk mendengar, memahami dan mengingat apa yang disampaikan jika pembentangan dibuat secara kreatif. (b) Hadirin berminat untuk hadir ke ceramah anda jika mereka suka, percaya dan yakin dengan diri anda. (c) Hadirin akan bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan anda jika mereka menganggap anda manpu memberi rangsangan yang intelektual. (d) Hadirin akan berminat untuk mendengar dan memahami maklumat yang mereka anggap relevan dan bermakna pada diri mereka.

(e) Hadirin akan memahami dan mengingat maklumat yang ditekankan atau diwarwarkan secara khusus dalam pengucapan awam. (f) Hadirin akan mudah memahami dan mengingat maklumat yang disampaikan dalam bentuk visual. 2. Pemujukan (a) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila reaksi yang diharapkan daripada hadirin boleh dilihat semasa atau selepas pengucapan anda. (b) Anda akan menentukan bentuk-bentuk strategi yang berkesa apabila anda telah ketahui latar belakang hadirin, sikap dan tahap pengetahuan mereka supaya anda dapat mencapaikan objektif pengucapan anda. (c) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mengemukakan hujah yang logic dan disokong oleh bahan-bahan sokongan yang konkrit dan kukuh. (d) Anda dikatakan Berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menyusun bahan mengikut jangkaan atau persepsi hadirin. (e) Anda akan Berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menggunakan bahasa yang boleh merangsang minat dan sensitivity mereka. (f) Anda dianggap Berjaya memujuk apabila hadirin melihat anda sebagai seorang yang berwibawa. (g) Anda akan berjaya jika hujah anda mampu menawan pemikiran hadirin. (h) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila dilihat mampu mematahkan hujah daripada pihak lain yang tidak bersetuju dengan anda. Prinsip-prinsip ini menuntut supaya penceramah membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan ucapan. Kesimpulan Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih jenis ucapan. Umumnya, bagi orang baru, ucapan manuskrip dan hafalanadalah lebih mudah untuk disampaikan. Manakala bagi orang dewasa pula, ucapan spontan dan ekstemporanas adalah jenis ucpan yang popular. Ucapan spontan dan ekstemporanas memberi peluang kepada penceramah supaya lebih luwes dalam gaya dan pergerakan serta lebih berkesan dalam penyampaian mereka. Walau bagaimanapun, menurut Hildebrandt dan stevens (1963) , jenis ucapan bukanlah factor yang menentukan kejayaan sesuatu ucapan tetapi keupayaan penceramah itu sendiri merupakan factor yang lebih penting. Sebahagian penceramah dapat memberi

ucapan lebih baik melalui ucapan ekstemporanas daripada ucapan manuskrip tetapi sebahagian orang lain pula mampu menggunakan kedua-dua jenis ucapan dengan cemerlang.

You might also like