You are on page 1of 8

i.

Persamaan dan Keseretaan Hak Hal utama yang ingin diketengahkan dalam isu feminisme dan persamaan gender adalah permintaan untuk menyamakan hak di antara lelaki dan wanita. Isu gender telah mula dibicarakan di Konferensi Dunia IV mengenai wanita di Beijng pada 1995. Garis garisan panduan dan tindakan tindakan utama yang wajar diambil oleh kerajaan dalam 12 isu utama iaitu :

1. Wanita dan kemiskinan 2. Ekonomi 3. Kuasa dan membuat keputusan 4. Pendidikan dan latihan 5. Kesihatan 6. Media 7. Konflik bersenjata 8. Keganasan terhadap wanita 9. Hak asasi 10.Alam sekitar 11.Mekanisme institusi bagi kemajuan wanita 12.Anak perempuan

Deklarasi ini kemudiannya disusuli dengan Deklarasi New York 2005 dengan kepakatan untuk memperkasakan Deklarasi Beijing 1995 dan mengalu-alukan sebarang perkembangan yang telah dicapai oleh dalam Beijing . Malaysia sebagai Pengerusi NAM telah mengambil inisatif untuk mengisytiharkan Deklarasi Putrajaya. Kesamaan hak dan kesetaraan gender menjadi isu utama dalam golongan feminis.

ii. Rekonstruksi Undang-undang Syariah Isu pindaan kepada undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan ) 2005 yang didakwa oleh SIS sebagai undang-undang yang menguntungkan pihak lelaki , pihak SIS telah mengkritik beberapa peruntukan dalam akta tersebut sebagaimana berikut : - Seksyen 23(9)(b): Bahasa gender neutral -Seksyen 23(3) dan 23(4)(a): syarat yang ada kini iaitu patut dan perlu - Seksyen 23(9): seksyen baru yang memksa isteri yang mempunyai suami berpoligami

- Seksyen 52(1) : fasakh-perintah mahkamah untuk membubarkan perkahwinan - Seksyen 107A : Seksyen baru ini membenarkan suami untuk mendapat injunksi mahkamah SIS berharap ungkapan diskriminasi terhadap wanita akan menerima pakai takrif dalam Perkara I Konvensyen Penghapusan sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)

iii. Politik dan kepimpinan Bagi golongan feminis, persamaan semestinya bermaksud kesamaan hak dalam semua bidang termasuklah kepimpinan awam. Oleh itu , mereka menyeru agar wanita diberi hak untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam negara. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi -Kepimpinan yang berganding antara tanggungjawab dan amanah

Para ulama telah bersepakat memutuskan bahawa wanita tidak boleh menjadi khalifah. Manakala dalam konteks hak wanita sebahai wakil rakyat,terdapat dua pendapat mengenainya : -Wanita tidak boleh dilantik memegang jawatan ini kerana kuasa berada di tangan lelaki.Wanita lebih sesuai berperanan di rumah sebagai isteri dan ibu. -Wanita boleh menjadi wakil rakyat sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

iv.Monogami sebagai Asas Perkahwinan Golongan feminisme di malaysia telah melancarkankempen monogami satu suami satu isteri. Amalan poligami bukan hanya terdapat dalam masyarakat Islam sahaja.

You might also like