You are on page 1of 3

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG BOLA TAMPAR

MUHAMMAD ARIFF BIN RANI 920409-11-5615 PPISMP PAI SEM 3

ABDUL MUIZ BIN ISHAK 921106-02-5297 PPISMP PAI SEM 3

Gelangangg Bola Tampar

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimensi:

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurangkurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.

Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB.

Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan . Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk

pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan.

Pakaian Pemain Bola Tampar

Pakaian permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.

Bola

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

You might also like