You are on page 1of 2

KANAK-KANAK DAN MAHKAMAH Ringkasan Malaysia mempunyai sebuah undang-undang khusus untuk member perlindungan kepada kanak-kanak yang

dikenali sebagai Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). Akta ini memberi perlindungan dan pembelaan kepada kanak-kanak. Kuliah ini member tumpuan kepada mahkamah, khususnya berkaitan laporan dan penyiaran berita. Akta ini mentakrifkan kanak-kanak sebagai seorang yang di bawah umur lapan belas tahun. Bagi tujuan jenayah, Akta ini menggunakan takrif tanggungjawab jenayah di bawah Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang menyatakan bahawa ia bukanlah suatu keaslahan jika ia dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun. Di bawah Akta ini mahkamah yang mengendalikan kes-kes kanak-kanak dikenali sebagai Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Tujuan mahkamah ialah untuk mendengar, memutus dan membereskan apa-apa pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak; atau menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak, atau mana-mana undang-undang bertulis. Mahkamah Bagi Kanak-kanak dihakimi oleh seorang Majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat, seorang daripadanya wanita. Fungsi penasihat ialah untuk memaklum atau menasihat Mahkamah mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau perlakuan lain yang berkaian terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan mahkamah itu. Mahkamah Bagi Kanak-kanak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) digunakan di Mahkamah Bagi Kanak-kanak seolah-oleh ia sebuah Mahkamah Majestrit, tertakluk kepada pengubahsuaian (Bahagian iv). Jika boleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak hendaklah diasingkan daripada mahkamah biasa. Jika tidak boleh, perbicaraan hendaklah diadakan berlainan hari daripada perbicaraan bagi orang dewasa. Ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada dilihat atau dikenalpasti pleh orang dewasa. Malah perbicaraan terhadap kanak-kanak adalah tanpa kehadiran orang lain yang tidak berkenaan. Meraka yang boleh hadir hanya pegawai dan anggota mahkamah, ibu bapa, penjaga, pegumbela dan saksi, dan orang-orang yang ditentukan oleh mahkamah. LARANGAN TERHADAP LAPORAN DAN PENYIARAN BERITA Media, sama media cetak dan media elektronik, atau sebarang media lain, haris member perhatian kepada Akta ini. Kanak-kanak, sama ada yang dibicarakan atau yang menjadi saksi dilarang identity mereka didedahkan seperti nama, alamat, sekolah atau memasukkan apa-apa butir yang boleh dikenalpasti oleh orang lain. Ini bermakna ibu bapa mereka juga tidak boleh didedahkan kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu dikenalpasti. Larangan ini meliputi seluruh masa iaitu sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. Larangan ini termasuk terhadap kanak-kanak yang diberi perlindungan dan pemulihan. Gambar termasuk lakaran tidak boleh digunakan oleh akhbar atau majalah. Ini termasuk mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membolehkan dikenalpasti mana-mana kanak-kanak tersebut.

Mahkamah boleh membenarkan penyiarannya jika ia berpushati ini adalah demi kepentingan keadilan dan permohonannya dibuat oleh atau dengan kebenaran Pelindung. Sesiapa yang melanggar Seksyen 15(1) dan 15 (2) ini melakukan kesalahan danc apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara selama tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Implikasinya ialah para wartawan harus memberi perhatian yang serius terhadap peruntukan ini. Akta ini member perhatian yang serius terhadap perlindungan terhadap kanak-kanak. KES MAHKAMAH Ada dua kes mahkamah di mana kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Kes yang pertama berlaku kira-kira empat dekad lalu di Pulau Pinang. Kanak-kanak ini bersama orang dewasa terlibat dalam satu kes pembunuhan. Oleh kerana ini kes bunuh kanak-kanak ini dihadapkan di Mahkamah Tinggi, kerana ia tidak boleh didakwa di Mahkamah Juvana (pada waktu itu). Kes ini dibicarakan dan kana-kanak ini didapati bersalah. Kesnya dibawa sehingga ke Majlis Privy, di England. Satu lagi kes ialah yang berlaku di Melaka. Seorang kanak-kanak berumur 17 tahun telah menjatuhkan hukuman kerana membunuh rakan sekolahnya. Beliau mengaku bersalah. Pelajar ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati Pendakwaan di bawah seksyen ini adalah di luar bidang kuasa Mahkamah bagi Kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak ini di bawah umur 18 tahun, dia ditahan selama mana dikehendaki oleh Yang DiPertua negeri Melaka (at the pleasure of the Yang Dipertua Negeri Melaka). Rujukan Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber. Kuala Lumpur. Utusan Publications.

You might also like