You are on page 1of 24

PERANCANGAN KURIKULUM KHSR

DEFINASI PERANCANGAN

Perancangan bermaksud perbuatan (tindakan, usaha yang dijalankan) dalam merancang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi-III,2002)

DEFINASI KURIKULUM
Manakala menurut J.G. Saylor dan W.M Alexander dalam buku Planning Curriculum for School (1974) kurikulum bermaksud rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.

DEFINASI PERANCANGAN KURIKULUM


Menurut Hirst untuk merancang kurikulum, adalah mustahak kenyataan atau huraian matlamat dibuat dengan tepat, jelas dan logik. Rothman dan rakan-rakan memberikan sebab mengapa perancangan itu mustahak mengikut tujuan tujuan yang dihuraikan. Menurut pandangan mereka kurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu sistem gerak balas.

Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori sains kemasyarakatan atau pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar. Oleh itu, fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk mengetengahkan, menonjolkan, membeza serta menyemarakkan ransangan. Pada peringkat ke-2, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan sistem supaya gerak balas akan berterusan dan sesuai.

Perancangan boleh :  Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah(iaitu kehendak amalan yang sering berubah dan juga keupayaan serta kemampuan para pelajar yang berbeza)  Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti, dan dalam masyarakat profesional.  Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah.

 Mengelak daripada pertindihan kurikulum(alasan yang sering diberi ialah untuk memperkukuhkan pembelajaran)  Mengelak daripada kepungan(ketempangan) kurikulum atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai.  Mengkaji dan memilih kurikulum.  Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum.  Mengelak dari mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur.

 Memperbetulkan keutamaan sesudah mendapat makluman balas dalam penilaiannya.  Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan fakulti atau institusi berkenaan. Dari itu, mereka mendefinisikan

perancangan kurikulum sebagai satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang sedia ada.

The curriculum is socially and historically located, and culturally determined. Curriculum does not develop in a vacuum but proceeds on the basic of beliefsabout how people learn, what human beings should be like, what society is

Barrow tidak menyangkal pendapat Hooper yang menyatakan bahawa :

Yakni,kurikulum tidak wujud dalam kekosongan malah ia lahir disebabkan sesuatu kepercayaan yang ditentukan oleh kebudayaan sesebuah masyarakat dan nilai-nilai tertentunya.

SIAPA PERANCANG KURIKULUM?


Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah tokoh-tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka dikatakan mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh yang besar dalam bidang perancangan dan pembentukan sesebuah kurikulum. Maju dan mundur sistem pendidikan adalah terletak di bawah orang yang merancang kurikulum.

SIAPA PERANCANG KURIKULUM?


Oleh itu, dalam sesuatu perancangan dan perlaksanaan sesebuah kurikulum, baik di peringkat sekolah atau universiti, mereka berhak untuk mengkaji, menilai dan seterusnya membuat keputusan untuk menwujudkan sesuatu yang baru dalam pembentukan sesebuah kurikulum.

PROSES PERANCANGAN KHSR Menentukan rasional


Sebab perlunya program diadakan. Contohnya mewujudkan modal insan yang berkebolehan dan berketrampilan Untuk KHSR, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid di sekolah rendah.

PROSES PERANCANGAN KHSR Visi


 Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program mengikut perspektif yang lebih luas.  Untuk KHSR, visi yang telah digariskan ialah

PROSES PERANCANGAN KHSR Misi


 Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapaikan dalam tempoh tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan.  Untuk KHSR, misi yang telah digariskan ialah

PROSES PERANCANGAN KHSR Matlamat


Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri atau berdikari serta cenderung berurusniaga dan mereka cipta.

PROSES PERANCANGAN KHSR Objektif


 Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan-di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai asas program tersebut.  Untuk KHSR, objektif yang telah digariskan ialah:

PROSES PERANCANGAN KHSR


 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;  Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang keusahawanan dan pengurusan diri; dan  Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna.

PROSES PERANCANGAN KHSR Isi pelajaran


Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan. Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa yang ingin dicapai dalam dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia.

PROSES PERANCANGAN KHSR Kaedah penyampaian


 Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna.  Contohnya : tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan.  Ini bertujuan untuk menarik minat muridmurid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

PROSES PERANCANGAN KHSR Keperluan Fizikal/Infrastruktur


 Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel, bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya.

Tenaga kerja
 Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, penilai (kertas kerja)

PROSES PERANCANGAN KHSR Rancangan pelaksanaan


 Selaras dengan penekanan mata pelajaran KHSR kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti.  Pelaksanaan aktiviti mengikut peringkat:
 Perancangan (merancang aktiviti projek, merancang bahan dan alatan, merancang kaedah penyampaian.

PROSES PERANCANGAN KHSR


 Penyampaian (motivasi, tunjuk cara kemahiran, arahan aktiviti, pelaksanaan,penyeliaan dan bimbingan)  Penilaian

Penilaian
 Dapatan dari segi kemahiran dan nilai  Hasil kerja

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM

You might also like