You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT MENDI MINIT MESYUARAT JK KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH KALI KE- 1 SESI 2010

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN : 7 APRIL 2011 : 1.30 PTG : BILIK MESYUARAT SKBM : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PN. SHUHAINI BT. HAMID PN. ZUNAINAH AZNIE BT. MUHAMAD PN. IZZUL KHADIJAH BT. MOHD. BAKHRI EN. MOHD. AZIZI B/ ABDULLAH PN. NIK RAFIDAH BT. NIK YUSUF PN. ZURINA BT. OMAR EN. CHE KASSIM B. CHE WIL

BIL 1.

AGENDA UCAPAN PENGERUSI 1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua AJK Kerja PSS kerana sudi menghadirkan diri.

2.

UCAPAN NAIB PENGERUSI 2.1 Pn. Shuhaini memaklumkan bahawa JK Pusat Sumber perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 2.2 Naib Pengerusi memaklumkan guru yang terlibat di dalam JK Kerja Pusat Sumber iaitu : Bilik BBM : Pn. Nik Rafidah bt. Nik Yusuff NILAM : Pn. Zurina bt. Omar Bilik Audio Visual : En. Che Kassim b. Che Wil Perpustakaan : Pn. Zunainah Aznie bt. Muhamad Sudut SAL : Pn. Izzul Khadijah bt. Mohd. Bakhri

2.3 Pn. Shuhaini amat berharap supaya semua bilik-bilik utama PSS berfungsi dengan sebaiknya pada tahun ini di samping lebih kemas dan

ceria. 2.4 Pn. Shuhaini memaklumkan butiran yang perlu ada oleh setiap unit di bawah Pusat Sumber Sekolah iaitu : a. Buku Stok b. Rekod Penggunaan c. Jadual Tugasan Guru dan Murid d. Jadual Penggunaan e. Takwim dan Aktiviti Tahunan f. Minit Mesyuarat g. Carta Organisasi UCAPAN PENYELARAS PSS 2. 2.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir. 2.2 Pn. Zunainah Aznie berharap agar banyak penambahbaikkan yang akan dapat dilaksanakan pada tahun ini agar Pusat Sumber Sekolah dan semua unit di bawah PSS lebih ceria dan dapat menarik minat muird-murid dan guru-guru lain untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber. Oleh yang demikian GPM amat berharap agar semua unit di bawah PSS dapat memberi kerjasama dengan sebaik mungkin supaya PSS pada tahun ini lebih mantap berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 3. PELAPORAN DAN TUGAS UNIT DI BAWAH JK KERJA PSS 3.1 Bilik BBM 3.1.1 Bilik BBM tidak berfungsi pada tahun lepas. Oleh itu diharap Bilik BBM lebih berfungsi dan kemas pada tahun ini. 3.1.2 Guru yang terlibat boleh mengadakan gotong-royong pada hari cuti dengan meminta bantuan daripada Pengawas PSS jika ingin menyusun semula alatan yang terdapat di dalam Bilik BBM. 3.1.3 Perlu memastikan Bilik BBM mempunyai Buku Stok, Buku Rekod Penggunaan/ Pinjaman Alatan dan Carta Organisasi. 3.1.3 Kebanyakkan bahan-bahan yang terdapat di dalam Bilik BBM sudah boleh dihapus kira kerana bahan-bahan bantu mengajar yang ada sudah terlampau lama dan tidak sesuai lagi untuk digunakan. 3.2 Perpustakaan 3.2.1 Banyak buku-buku baru telah dimasukkan ke dalam stok

perpustakaan sekolah. 3.2.2 Pn. Shuhaini memaklumkan bahawa guru perpustakaan perlu memastikan guru menggunakan perpustakaan mengikut jadual dan murid-murid yang menggunakan diawasi oleh guru masing-masing bagi memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini serta kejadian merosakkan bahan-bahan bacaan di perpustakaan. 3.2.3 Jadual Penggunaan Perpustakaan sudah diedarkan kepada setiap kelas. 3.2.4 Perpustakaan perlu ada Rekod Penggunaan, Jadual Penggunaan serta Rekod Pinjaman. 3.3 Bilik Audio Visul 3.3.1 Diharapkan akan lebih berfungsi juga pada tahun ini dan pastikan bilik dalam keadaan kemas dan selesa untuk digunakan. 3.3.2 Perlu ada Jadual Penggunaan Bilik Audio. 3.3.3 En. Che Kassim memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima satu set Kampus Astro dan guru-guru boleh menggunakan Bilik Audio dengan membawa murid masing-masing ke Bilik Audio Visual. 3.3.4 Memastikan kesemua peralatan di dalam Bilik Audio seperti televisyen dan sebagainya dapat berfungsi dengan baik. 3.3.4 Guru boleh menggunakan Bilik Audio Visual untuk mata pelajaran Muzik. 3.4 Sudut SAL 3.4.1 Masih belum berfungsi sepenuhnya dan diharapkan Sudut SAL akan lebih ceria pada tahun ini. 3.4.2 Pn. Izzul menjelaskan bahawa beliau telah menyediakan beberapa set Fail STB untuk digunakan oleh murid-murid bagi meningkatkan penguasaan mereka di dalam Bahasa Inggeris, namun begitu amat mengecewakan kerana murid tidak memanfaatkan bahan yang disediakan dengan sepenuhnya. 3.4.3 Pn. Izzul perlu menjalankan aktiviti yang boleh mempromosikan Sudut SAL kepada murid-murid dan juga guru Bahasa Inggeris.

3.5 NILAM 3.5.1 Pastikan semua murid telah memiliki buku rekod bacaan NILAM. 3.5.2 Memastikan semua maklumat pada papan kenyataan NILAM sentiasa dikemaskini. 3.5.3 Pn. Zunainah Aznie memaklumkan bahawa Program NILAM adalah merupakan program berterusan di mana rekod bacaan murid dikumpulkan dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Oleh itu diharap guru penyelaras NILAM dapat memberi perhatian dan sentiasa mengemaskinikan rekod-rekod bacaan murid setiap bulan supaya pengiktirafan dapat diberikan kepada pembaca terbanyak NILAM setiap bulan disamping dapat mengenalpastikan murid untuk Program Rakan Membaca seterusnya Anugerah Tokoh NILAM peringkat daerah. 3.6 Bilik Akses 3.6.1 En. Mohd Azizi baru sahaja ditugaskan untuk menguruskan Bilik Akses. Oleh itu diharapkan bahawa beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin supaya Bilik Akses dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid sekolah ini. 3.6.2 Keceriaan juga perlu ditingkatkan serta perlunya satu papan kenyataan yang memuatkan pelbagai info dan maklumat berkaitan Bilik Akses. 3.6.3 En. Mohd Azizi masih di dalam proses membaikpulih beberapa buah komputer di dalam bilik berkenaan supaya semua komputer dapat berfungsi dengan baik. 3.6.4 En. Mohd Azizi sudah menyiapkan Jadual Penggunaan Bilik Akses di mana semua murid boleh menggunakan bilik tersebut. Waktu penggunaan Bilik Akses untuk murid hanya pada waktu rehat setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala setipa hari Isnin dan Jumaat hanyalah untuk kerja penyelenggaraan komputer. Setiap satu sesi penggunaan hanya dihadkan kepada 20 orang murid sahaja. HAL-HAL LAIN 5. 5.1 Pn. Zunainah Aznie memaklumkan kepada semua AJK Kerja PSS bahawa jika ada peralatan atau barang-barang yang diperlukan boleh berjumpa terus dengan beliau. 5.2 Penyelaras PSS berharap agar semua AJK Kerja PSS dapat mengemaskini bilik masing-masing dengan sebaik mungkin disamping memastikan setiap perkara yang perlu disediakan oleh unit masingmasing dapat diambil tindakan segera.

PENUTUP 6. 6.1 Pengerusi berharap apa jua yang dibincangkan di dalam mesyuarat pada hari ini akan dapat diambil tindakan yang sewajarnya oleh semua AJK Kerja PSS yang hadir dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Disediakan oleh : ( ZUNAINAH AZNIE BT. MUHAMAD ) GURU PERPUSTAKAAN MEDIA, SK LKTP BUKIT MENDI, 28320 TRIANG, PAHANG. Disahakan oleh : .. ( EN. ABU BAKAR B. IBRAHIM ) GPK 1, SK LKTP BUKIT MENDI, 28320 TRIANG, PAHANG.

You might also like