You are on page 1of 8

MAJLIS MESYUARAT PEMUAFAKATAN SKIM TUISYEN FELDA SEKOLAH-SEKOLAH GUGUSAN ADELA 2006

1.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi,Tn Hj. Marsono b. Legino. Assalammuailaikum wbt dan salam sejahtera, Yang Berbahagia Tn Hj Marsono b Legino,Tuan Peg. Pelajaran Daerah Kota Tinggi,Yang Berbahagia Tuan Sheikh Abd Hadi b Sheikh Omar,Tuan Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru,Yang Berusaha En Muhammad b Md Salleh,Pengetua SMK Adela merangkap Pengerusi Majlis Pemuafakatan STF Gugusan Adela,Yang dihormati En Samion b. Kassim ,Penolong PPD Unit Kurikulum,seterusnya guru besar-guru besar,Pengurus-pengurus felda,Yg Dipertua-yg dipertua PIBG,Naib Pengerusi JKKR,Ahli jawatankuasa PIBG,Guru-guru STF dan semua ibu bapa yang mewakili gugusan Adela secara keseluruhannya.

2.

3.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Mesyuarat Pemuafakatan Skim Tuisyen Felda Sekolah-sekolah Gugusan Adela 2006. Alhamdulilah,marilah kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat ALLAh swt kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Pemuafakatan STF pada malam ini. Untuk itu,bagi memberkati lagi majlis ini,dengan segala hormatnya dipersilakan Imam Seaiki(Siaki) b. Tolah untuk membacakan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

4.

5.

6.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Bagi meneruskan atucara,majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Muhammad b Md Salleh Pengetua SMK Adela merangkap Pengerusi Majlis Pemuafakatan STF Gugusan

Adela bagi menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan itu tadi. 7. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati En Samion b Kassim Penolong PPD Unit Kurikulum bagi menyampaikan taklimat Skim Tuisyen Felda.Dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas taklimat itu tadi. 8. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Sheikh Abd Hadi b Sheikh Omar ,Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas ucapan itu tadi. 9. Tuan-tuan dan puan puan sekalian, Bagi meneruskan atucara,majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia,Tn Hj Marsono b Legino Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Mesyuarat Pemuafakatan Skim Tuisyen Felda Sekolah-sekolah Gugusan Adela 2006.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi diatas ucapan perasmian itu tadi. 10 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Selepas ini majlis sesi dialog akan diadakan diantara ibu bapa dan pihak pengurusan pemuafakatan ini.Untuk itu kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan ,boleh mengajukan soalan. Dengan ini saya serahkan majlis ini kepada Yang Dihormati En Samion b Kassim bagi mengendalikan sesi dialog. Demikianlah tadi sesi dialog.Dengan ini maka berakhirlah Majlis Mesyuarat Pemuafakatan Skim Tuisyen Felda Gugusan Adela 2006.

11.

12.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan dif-dif jemputan dan para hadirin sekalian ke majlis jamuan.Dipersilakan Sebelum mengundur diri,saya bagi pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Mesyuarat Pemuafakatan STF Gugusan Adela 2006 pada kali ini dan saya akhiri majlis ini dengan serangangkap pantun. Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang madi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

13.

Wabillahi taufik walhidayahSekian,terima kasih

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE 49 PERINGKAT SEKOLAH KERANAMU MALAYSIA 30 OGOS 2006
Assalammuailaikum wbt A. Yang Berusaha Tuan Guru Besar Pn. Bonnah bt Hj. Yunos,Yang Di Pertua PIBG En Radzuan b Yusof,Guru Penolong Kanan HEM Pn Rodziah bt Hamzah,Guru Penolong Kanan Ko-ku En. Leham b. Md Som,,warga pendidik SK LKTP Kledang seterusnya murid murid yang dikasihi sekalian.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini marilah kita sama-sama menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku,Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Guru-guru ,Tuan-tuan , Puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian, Pertamanya saya ingin merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Swt kerana dengan keizinannya hari ini kita dapat berhimpun dalam Majlis Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 49 Peringkat SK. Kledang . Esok tanggal 31 Ogos 2006 merupakan hari ulangtahun ke 49 kemerdekaan negara kita. Ia merupakan hari yang paling istimewa ,penuh pengertian dan hari bagi mengenang dan pengiktirafan tentang perjuangan nenek moyang yang telah berkorban nyawa ,keringat,masa dan wang ringgit demi kemerdekaan tanah air kita Malaysia. Kepada warga sekolah sekalian saya ucapkan Selamat Hari Merdeka .

B. Tuan-tuan,Puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian, Bagi memberkati lagi majlis sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd ShahruddinNordin untuk mengetuai bacaan doa.Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbil alamin.Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ust Shahruddin diatas bacaan doa itu tadi. C. Tuan-tuan ,Puan-puan serta murid murid yang dikasihi sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 12 Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang akan disampaikan oleh Yang BerusahaTuan Guru Besar Pn Bonnah bt Hj Yunos.Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih diaatas bacaan Titah Tuanku itu tadi. D. Seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.Dengan ini majlis mempersilakan Yang Dihormati_GPK HEM Pn Rodziah bt Hamzahuntuk membaca perutusan tersebut.Dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia itu tadi. ******************************** E. Meneruskan acara ialah bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Dengan ini majlis mempersilakan Yang Dihormati_GPK KOKU En. Leham b. Md Som untuk membaca perutusan tersebut.Dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia itu tadi. F. Seterusnya dipersilakan Pula Yang Dipertua PIBG En Radzuan b Yusof untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas ucapan Yang Dipertua PIBG itu tadi. ********************************

G.

Majlis sambutan Hari Kemerdekaan SK Kledang pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan dari Ketua murid Sk Kledang.Di persilakan adik _____________________________________ Terima kasih diucapkan kepada adik _____________________ atas ucapan itu tadi. *********************************************** H. Majlis kita diteruskan lagi dengan bacaan ikrar murid.Bacaan ikrar ini akan diketuai oleh ____________________________________ Dipersilakan. ********************************

I.

Seterusnya ialah nyanyian_________ lagu Patriotik iaitu lagu_________________________________________________ Nyanyian ini akan diketuai oleh Cikgu Rafizan b. Md Ali .Dengan hormatnya dipersilakan semua berdiri. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas nyanyian itu tadi.

O.

Tuan-tuan,Puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian, Dengan nynyian itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.Dengan ini saya serahkan majlis ini kepada Pn. Suraya bt Bukhari bagi pertandingan mewarna Tahap 1 dan 2.Saya akhiri majlis pada pagi ini dengan 3 laungan merdeka .MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / 2007 SK LKTP KLEDANG 9 NOV 2006


Assalammuailaikum wbt A. Yang Berusaha Tuan Guru Besar Pn. Bonnah bt Hj. Yunos,Guru Penolong Kanan HEM Pn Rodziah bt Hamzah,Guru Penolong Kanan Koku En. Leham b. Md Som,,Ibu bapa /penjaga tahun 1 2007,guru-guru seterusnya murid murid yang dikasihi sekalian.

Tuan-tuan dan Puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian, Pertamanya saya ingin merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Swt kerana dengan keizinannya hari ini kita dapat berhimpun dalam Taklimat Program Transisi Tahun 1 2007 SK. Kledang . Kepada hadirin sekalian saya ucapkan Selamat Datang .

B. Tuan-tuan,Puan-puan serta murid-murid yang dikasihi sekalian, Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd ShahruddinNordin untuk mengetuai bacaan doa.Dipersilakan. Amin-amin ya rabbil alamin.Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ust Shahruddin diatas bacaan doa itu tadi. C. Tuan-tuan ,Puan-puan serta murid murid yang dikasihi sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang BerusahaTuan Guru Besar Pn Bonnah bt Hj Yunos.Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih diaatas ucapan itu tadi.

D.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dihormati_GPK HEM Pn Rodziah bt Hamzahuntuk menyampaiakan taklimat Pengisian Borang SMM..Dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas taklimat itu tadi. ********************************

E.

Meneruskan acara ialah Taklimat Transisi dan Taklimat KIA2M .Dengan ini majlis mempersilakan Pn. Roziah bt Hashim untuk taklimat tersebut.Dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas taklimat itu tadi.

F.

Seterusnya majlis dibuka kepada sesi dialog.Kepada hadirin yang mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah mengajukan sebarang soalan. Dipersilakan

G. Dengan sesi dialog itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.Dengan ini saya sudahi majlis pada pagi ini dengan wabilahi Taufik.

You might also like