You are on page 1of 12

SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2011


KOMPOSISI PENDUDUK DI TAMAN DATO HAJI ABDUL SAMAD,PORT DICKSON SERTA KAITANNYA DENGAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK
NAMA : FARAH HANI BINTI MOHD AZIZUDDIN TINGKATAN : 2 AL-RAZI NAMA GURU : ENCIK BAHARUDIN BIN HUSIN

PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan sehingga terhasilnya laporan kajian mengenai penduduk di Kampung Pengkalan Pasir,Pasir Mas,Kelantan.Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian. Stinggi-tinggi perhagaan kepada Encik Baharudin Bin Husin,guru matapelajaran geografi tingkatan 2 Al-Razi yang telah memberi panduan,nasihat yang serta bimbingan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan.Dan palainmg utama juga jutaan terimakasih juga kepada kedua0dua ibu bapa saya yang telah membantu saya,Mohd Azizuddin Bin Sharif dan Rositah Binti Mohd Amin Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan saya yang telah membantu saya menyiapkan kajian ini dan penduduk di Kampung Pengkalan Pasir yang telah memberi kerjasama yang baik semasa temu bual dijalankan

PENDAHULUAN

Saya Farah Hani Binti Mohd azizuddin, pelajat tingkatan 2 Al-Razi di Sekolah Menengah sains Rembau.Saya telah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya.Saya menjalankan kajian tentang dinamik penduduk sebahagian kawasan perumahan Kmpung Pengkalan Pasir.Saya juga telah menjalankan temu bual jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.Kajian ini mengambil masa kira selama dua minggu untuk saya menulis laporan. Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan jadual. Saya juga dapat mengenal pasti dinamik penduduk di kawasan kajian, dan juga jenis pekerjaan penduduk.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya ialah : : menjalankan kajian tempat tinggal saya : mengenal pasti dinamik penduduk dikawasan kajian : mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk dikawasan kajian : mengenal pasti perkaitan antara komposisi penduduk dengan pekerjaan kawasan kajian : mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkaitan antara komposisi dengan jenis pekerjaan : menyatakan huraian kajian antara kompsisi dengan jenis kajian

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Kampung Pengkalan Pasir terletak 2 kilometer dari Pusat Bandar Pasir Mas. Kampung pengkalan pasir pula ialah kira-kira 4 kilometer persegi dan jumlah penduduk pula dianggarkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada kaum melayu dan cina. Kampung pengkalan Pasir juga dihubungi oleh jalan raya yang berturap dan digunakan oleh kereta, van dan motosikal. Penghulu di kawasan kajian, Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Roni bin Daud.Tok imam kampung Pengkalan Pasir ialah Haji Musa bin Abdullah dan bilal pula ialah Muhammad bin Bakar. Kemudahan fizikal yang ada di kampung Pengakalan Pasir ialah sungai. Sungai ini menghubungkan jalan Pasir Mas dengan jalan ke Kota Bharu dan di kampung Pengkalan Pasir juga terdapat sawah padi di mana ianya menjadi rutin petanni mencari rezeki. Saya memilah kawasan Kampung Pengkalan Pasir sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini adalah kawasan yang maju dan kawasan ini juga terdapat banyak kemudahan asas antaranya stesen minyak,kedai runcit, kedai makan dan lain-lain.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaeda kajia yang berikut: : pemerhataian, saya membuat pemerhatian terhadap taburan dan komposisi penduduk di kampung Pengkalan pasir. : temu bual, saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan kampung Pengkalan pasir daripada pegawai di Majlis pembendaran Pasir Mas serta mengumpulkan maklumat secara lisan dengan menemu bual 20 orang penduduk tempatan. : rujukan kepustakaan, saya membuat rujukan di Majlis Pembandaran Pasir Mas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan kampung Pengkalan Pasir.

HASIL KAJIAN
Kawasan kampung Pengkalan pasir merupakan kawasan yang agak padat penduduknya. Penduduk di sini berbilang kaum ,iaitu melayu dan cina sahaja. Antara 9 orang yang saya temu bual, 5 adalah kaum melayu dan 4 orang kaum cina. Secara pemerhatian, saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum adalah sekata di seluruh di kawasan kampung itu. Saya telah menemu bual 20 orang penduduk lagikesemuanya sudah bekerja dan berumah tangga. Bidang pekerjaan mereka adalah sektor perkhidmatan. Mereka terlibat dalam bidang perniagaan ,perdagangan dan sektor awam (kerajaan). Terdapat 6 orang yang mengusahakan perniagaan sendiri 3 orang yang bekerja dengan kerajaan(2 orang pegawai polis [egawai kerajaan] dan seseorang pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan getah Malaysia) Dari segi jenis pekerjaan pula,4 oarang daripada mereka adalah pengurus(2 pengurus syarikat dan 2 pengurus bank) . Terdapat seorang penolong pengarah, seorang kontraktor,seorang jurutera,seorang juruterbang. Yang selebihnya adalah daripada pelbagai jenis pekerjan yang lain. Rujuk jadual 1,

Jadual 1: jenis pekerjaan mengikut kaum d Kampung pasir

Kaum/jen peniaga Peguru is s pekrjaan

MELAYU CINA INDIA JUMLAH

1 4 1 6

2 2 4

Suri ruma h 1 2 2 5

Kakitanga Lainn kerajaan lain 3 3 2 2

Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di kawasan kampung Pengkalan Pasir . Kebanyakan penduduk cina yang ditemu bual menceburi bidang perniagaan. Sebanyak 4 daripada 8 orang penduduk cina yang ditemu bual itu adalah peniaga. Hanya seorang melayu dan seorang india yang menceburi bidang tersebut. Kebanyakkan penduduk yang ditemu bual ini bekerja di Kota Bharu atau kawasankawasan berhampiran seperti di Mahang,Pasir Putih dan Jeli.

RUMUSAN
Penduduk di kawasan Kampung Pengkalan Pasir terdiri daripada pelbagai kaum.dari segi kaum jumlahnyakelihatan tidak jauh berbeza. Kebanyakkan mereka tinggal di rumah teres dan banglo,bercampur gaul antara satu sama lain. Mereka hidup aman dan bersatu padu. Mereka berjiran dan saling menghormati. Mereka menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Ada yang bekerja makan gaji dan ada yang mengusahakan sendiri. Penduduk di kawasan kampung Pengkalan Pasir agak paat. Di sini terdapat pelbagai kemudahan awam untuk memenuhi keperluan para penduduk. Jalan Raya yang ada dapat menghubungkan kawasan ini dangan bandarbandar yang besar. Sebagai kesimpulannya,melalui kajian ini saya dapat memahami komposisi dan jenis pekerjaan penduduk di kwasan kampung Pengkalan Pasir dengan lebih jelas.Saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang tersendiri.

RUJUKAN
buku teks geografi tingkatan 2 sumber rujukan geogrfi tingkatan 2 potongan akhbar risalah / majalah guru sekolah ibubapa rakan-rakan laman web majlis pembandaran Pasir Mas, Kelantan pejabat daerah Pasir Mas

LAMPIRAN

~TAMAT~

You might also like