You are on page 1of 14

Perdagangan Luar Negeri (Kemaskini :10/08/2010)

Jan-Dis 2009p 553,295 434,940 118,355 Januari-Jun 2009p 250,495 191,259 59,236 2010 315,833 253,477 62,356

Perdagangan Luar Negeri (RM Juta) Jumlah Eksport Jumlah Import Imbangan Perdagangan

JanEksport Utama (RM Juta) Getah Asli Minyak Kelapa Sawit & Hasil Keluaran Minyak Kelapa Sawit Petroleum Mentah Keluaran Petroleum Gas Asli Cecair
[5]

Dis

Januari-Jun 2010 4,235 29,684 17,153 10,682 18,918

2009p 2009p 4,460 1,754

50,728 24,012 25,360 10,463 19,400 8,091

31,195 17,081 19,411

Kayu dan Hasil Keluaran Kayu

8,924

10,176

Barangan Elektrik & Elektronik

[5]

227,778 98,724

123,770

Pakaian & Kelengkapan Pakaian

[5]

11,003

5,273

6,035

Barang-barang dan Alat-alat Keluaran Kilang Yang Lain


[5]

75,958 35,625

44,130

[5] These commodities do not include transactions valued 'below RM 5,000'

Imbangan Pembayaran (Kemaskini : 09/06/2010)


Imbangan Pembayaran (RM Juta) Imbangan Akaun Semasa Imbangan Akaun Modal & Kewangan Imbangan Keseluruhan 2009
r

2009r Suku 4 27,416 - 17,482 - 3,025

2010p Suku 1 30,449 - 19,591 - 19,634

112,139 - 80,369 13,831

Keluaran Dalam Negeri Kasar / Pendapatan Negara Kasar (Kemaskini :13/05/2010)


Keluaran Dalam Negeri Kasar / Pendapatan Negara Kasar 2009p 2009p Suku Keempat 2010p Suku Pertama

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Harga Semasa (RM Juta) 679,687 185,790 183,330

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Harga Malar 2000 (RM Juta) 521,095 137,463 133,899

Kadar pertumbuhan KDNK Harga Malar 2000 (%) -1.7 4.4

10.1

Pendapatan Negara Kasar (PNK): Harga Semasa (RM Juta) 667,098 180,243 n.a

PNK Per Kapita: Harga Semasa (RM) 23,567 25,201 n.a

Guna Tenaga (Kemaskini :21/07/2010)


Guna Tenaga Jumlah Tenaga Buruh ('000) Bekerja ('000) Menganggur ('000) Kadar Pengangguran (% daripada tenaga buruh) Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) 2010 April 11,848.2 11,473.5 374.7 3.2 63.7 2010 Mei 11,566.8 11,181.0 385.8 3.3 62.2

(% daripada populasi umur bekerja 15-64 tahun) Punca: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

Indeks Harga Pengguna (Kemaskini :21/07/2010)


Indeks Harga Pengguna ( 2005 = 100) ( % Change ) Malaysia Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak 2009 / 2008 0.6 0.5 1.7 0.2 Jan - Jun Jun 2010/2009 2010/ 2009 1.4 1.5 1.2 1.1 1.7 1.8 1.6 1.4

Penduduk (Kemaskini :02/07/2010)


Populasi Populasi (Dalam Juta) 2006 26.83 2007 27.19 2008 27.54 2009 27.90 2010 28.25

Perangkaan Penting (Per Seribu) (Kemaskini :08/06/2010)


Perangkaan Penting (Per Seribu) 2005 2006 2007 2008p

Kadar Kelahiran Kasar

18.5

18.1

18.1

17.8

Kadar Kematian Kasar

4.5 14.0

4.5 13.6

4.5 13.5

4.7 13.1

Kadar Pertambahan

Semulajadi Kasar

Kadar Mortaliti Bayi

6.6

6.2

6.2

6.4

Keluaran Dalam Negeri Kasar Suku Pertama 2010 (Kemaskini: 13/05/2010)


Khamis, 13 Mei 2010 18:01 PERTUMBUHAN EKONOMI

Pada suku tahun pertama 2010, ekonomi Malaysia berkembang pesat dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 10.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini merupakan pengembangan terbesar dalam dekad ini setelah pencapaian dua digit pada suku pertama 2000 (11.7 peratus). Lonjakan ekonomi kali ini dipacu oleh prestasi memberangsangkan di dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Dari segi Perbelanjaan, pertumbuhan diterajui oleh Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar serta peningkatan Eksport.

PERTANIAN Sektor Pertanian terus meningkat dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus. Pengembangan ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam subsektor Perhutanan dan Getah. Subsektor Perhutanan melonjak kepada 12.9 peratus disebabkan oleh permintaan luaran yang tinggi terutama dari India, China dan Taiwan. Di samping itu, Pertumbuhan bagi subsektor Getah mencapai pertumbuhan yang tinggi iaitu sebanyak 34.7 peratus, disokong oleh permintaan kukuh dari pasaran dalam dan luar negara. Aktiviti penanaman semula kelapa sawit memberi kesan kepada pengeluaran lebih sederhana pada suku ini menyebabkan subsektor ini merekodkan pertumbuhan positif yang kecil sebanyak 1.4 peratus. Subsektor ternakan menambah baik kepada 10.0 peratus disokong terutamanya oleh peningkatan dalam pengeluaran ayam & itik dan lembu & kerbau. Subsektor Pertanian Lain dan Perikanan tumbuh lebih perlahan masing-masing pada kadar 5.4 peratus dan 3.0 peratus.

PERLOMBONGAN DAN KUARI Sektor Perlombongan dan Kuari menganjal kepada 2.1 peratus daripada negatif 2.8 peratus pada suku lepas. Pertumbuhan positif ini adalah refleksi dari peningkatan ketara dalam pengeluaran gas (8.8 peratus). Walau bagaimanapun, pengeluaran

minyak mentah dan kondensat kekal merekodkan pertumbuhan negatif masing-masing pada kadar 0.9 peratus dan 9.4 peratus.

PEMBUATAN Selari dengan pemulihan dalam ekonomi global, Sektor Pembuatan melonjak kepada pertumbuhan dua digit iaitu sebanyak 16.9 peratus pada suku ini. Kali terakhir pertumbuhan dua digit direkodkan oleh sektor ini adalah pada suku ketiga 2004 (10.3 peratus). Prestasi ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam subsektor Elektrik & Elektronik (34.4 peratus); Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain (25.3 peratus) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas & Produk Logam Yang Direka (17.2 peratus). Peningkatan subsektor Elektrik & Elektronik didorong oleh permintaan global yang kukuh, sementara pertumbuhan dua digit bagi subsektor Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain disebabkan oleh lonjakan permintaan domestik.

PEMBINAAN Momentum pertumbuhan bagi sektor Pembinaan berterusan pada suku ini dengan merekodkan pertumbuhan 8.7 peratus. Subsektor Kejuruteraan Awam dan Bukan Kediaman merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh ini.

PERKHIDMATAN Sektor Perkhidmatan terus berkembang kepada 8.5 peratus pada suku ini berbanding suku pertama 2009. Prestasi menggalakkan ini disokong oleh aktiviti berkaitan perdagangan dan penggunaan domestik yang kukuh. Subsektor Perdagangan Borong & Runcit terus menjadi peneraju sektor Perkhidmatan dengan pertumbuhan ketara 9.6 peratus. Subsektor Kewangan & Insurans merekodkan pertumbuhan 6.4 peratus hasil daripada peningkatan dalam jumlah pinjaman, deposit dan premium insurans yang

tinggi. Sementara itu, pertumbuhan dalam subsektor Pengangkutan & Penyimpanan mengukuh kepada 9.2 peratus kesan daripada perkembangan aktiviti pembuatan dan perdagangan. Subsektor Komunikasi pula kekal menggalakkan pada kadar 6.8 peratus disokong oleh peningkatan permintaan bagi perkhidmatan jalur lebar dan 3G. Subsektor Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan melonjak kepada 14.2 peratus dipacu oleh urus niaga yang aktif dalam pasaran saham.

PERBELANJAAN PENGGUNAAN AKHIR Perbelanjaan Penggunaan Akhir terus mengukuh kepada 5.4 peratus pada suku pertama berbanding 1.4 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan ini dipacu oleh Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus. Promosi perayaan sempena Tahun Baru Cina mendorong kepada permintaan yang tinggi terutamanya bagi pengangkutan, perumahan & utiliti, perabot & kelengkapan isi rumah dan restoran.

PEMBENTUKAN MODAL TETAP KASAR Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) meningkat sebanyak 5.4 peratus pada suku ini. Aktiviti pembinaan yang kukuh dan import bagi Jentera dan Kelengkapan yang tinggi mendorong kepada peningkatan dalam PMTK.

EKSPORT DAN IMPORT Pertumbuhan menggalakkan direkodkan dengan Eksport mencatatkan pertumbuhan dua digit pada kadar 19.3 peratus pada suku ini. Pertumbuhan ini disokong sebahagian besarnya oleh permintaan lebih kukuh bagi produk Elektrik & Elektronik, Petroleum dan

Kimia. Di samping itu, Import mengalami pertumbuhan pesat sebanyak 27.5 peratus berbanding 7.0 peratus pada suku lepas disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap Barang Perantara Modal dan Pengguna. Muat Turun:

Jadual 1: Keluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa - Suku Pertama Jadual 2: Keluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Malar - Suku Pertama 20

You might also like