You are on page 1of 14

HIKAYAT KHOJA MAIMUN

DISEDIAKAN OLEH : RASYIDAH RAIHAN ROSLAN FATIN FARHANA BT MD. RASHID NUR FARIHIN BT ARIFFIN

. Tema
Kebijaksanaan burung bayan dalam memelihara

kesetiaan dan ketaatan seorang isteri, Bibi Zainab.

Persoalan
Kebijaksanaan akal fikiran penting dalam

menyelesaikan masalah. Isteri yang curang dan derhaka terhadap suami yang menyintainya. Bagi memastikan keluarga terus kekal harmoni, tanggungjawab ahli keluarga penting. Kekayaan harta bukanlah segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga. Kehidupan di dunia ini sentiasa ada dugaan yang perlu dihadapi dengan iman dan akal yang waras. Keinsafan seorang isteri yang berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.

Watak dan Perwatakan


Burung Bayan Dapat bercakap dengan manusia. Dapat meramalkan perkara yang akan berlaku. Memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, iaitu Khoja Maimun. Pandai bercerita dan berhikayat. Bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Baik hati.

Bibi Zainab Isteri Khoja Maimun. Memiliki rupa paras yang cantik dan molek. Berniat untuk berlaku curang kepada suaminya. Tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan

anak raja. Panas baran. Suka mendengar cerita dan hikayat

Khoja Maimun Suami Bibi Zainab. Ahli perniagaan yang ternama. Pandai mencari keuntungan dalam perniagaan. Penyayang.

Burung Tiung Pandai bercakap. Kurang bijak dalam menyelesaikan masalah.

Latar

Di Di Di Di Di Di Di Di

Latar Tempat negeri Ajam. pekan. rumah Khoja Maimun. negeri Istanbul. istana raja Tabrisan. padang. istana raja Shah Alam. kubur Tan Syeikh.

Latar Masa Pada waktu malam. Pada waktu pagi.

Latar Masyarakat Masyarakat pedagang. Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Masyarakat isteri yang curang tehadap suami. Masyarakat golongan raja yang mengunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan. Masyarakat burung yang petah bercerita.

Plot
Binaan plot Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, digambarkan Khoja Maimun dan isterinya, Bibi Zainab bersiar-siar di pekan. Mereka bersepakat untuk membeli Burung Bayan dan Burung Tiung yang pandai bercakap dan bercerita. Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun mahu pergi belayar bagi menambah kekayaannya. Konflik berlaku apabila Bibi Zainab yang merindui suaminya. Bibi Zainab duduk di tepi tingkap memerhati keadaan sekeliling. Bibi Zainab terpikat dengan anak raja yang kebetulan lalu di situ. Anak raja itu juga terpikat pada kecantikkan Bibi zainab. Anak raja menyampaikan isi hatinya melalui seorang perempuan tua. Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak raja pada malam hari.

Klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab

bersiap-siap hendak pergi ke istana raja itu. Pada peringkat pengakhiran cerita, Bayan cuba melalaikan Bibi Zainab daripada bertemu dengan anak raja itu. Lalu Bayan menceritakan sebuah cerita yang menarik. Akhirnya, Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya. Pada bahagian peleraian, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal bersama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati.

Teknik Plot Teknik Pemerian

Pengarang memerihalkan saat Khoja Maimun hendak pergi belayar meninggalkan Bibi Zainab. Contohnya: (hal.72)

Teknik dialog

a) Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual bayan. Contohnya: (hal.69) b) Dialog antara Burung Bayan dengan Bibi Zainab. Contohnya: (hal.75) Teknik Monolog dalaman. Contohnya: (hal.83

Bahasa klasik .

Contohnya : Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu (hal.73) Bahasa Arab . Allah Azzawajalla (hal.69) insya-Allah (hal.70) Bahasa istana . Murkalah (hal.76) Simile . Contohnya: a) Kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. (hal.71) Hiperbola . mana segala sambal di dalam negeri Ajam itu habislah dibelinya.(hal.71) Pemilihan ayat yang panjang dan meleret Contohnya: a) setelah hari siang maka raja Tabristan pun memberi negeri akan Taif sebuah negeri dengan

Nilai
Berani . Contohnya Burung Tiung berani

menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah salah. Kasih sayang . Contohnya, Khoja Maimun amat sayang akan isterinya dan berasa berat hati untuk belajar. Bijaksana . Contohnya, Burung Bayan telah bertindak dengan bijak menyelamatkan Bibi Zainab daripada melakukan perbuatan salah. Jujur . Contohnya, burung tiung bersikap jujur dengan mengatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah salah. Setia . Contohnya, isteri saudagar sungguh setia pada suaminya yang pergi belayar

Pengajaran
Akal fikiran hendaklah digunakan dengan

bijaksana. Kita hendaklah sayang menyayangi antara satu sama lain untuk menjamin keharmonian keluarga. Setiap isteri mestilah jujur pada suaminya. Perbuatan menduakan suami mesti dijauhi supaya tidak dimurkai Allah. Sikap setia antara suami isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama. Kita mestilah menangani masalah dengan bijak supaya tidak mendatangkan kesan pada diri. Kita hendaklah menghadapi segala godaan dengan kekuatan iman.

You might also like