You are on page 1of 8

Nama.

SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 2 2000 2 jam

Angka Giliran.

JABATAN PENDIDIKAN PAHANG PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TAHUN 2000 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PAHANG TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. 4. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab Soalan 1, Soalan 2 dan Soalan 4. Bagi soalan 3, jawab sama ada (a) atau (b). Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

Soalan 1 Baca petikan di bawah dan tuliskan satu rumusan tentang rasional bidang pertanian dimajukan dengan lebih pesat di negara kita. Rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kita boleh menjadi sebuah negara perindustrian tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan sektor pertanian. Kita mungkin memberi alasan bahawa bahan pertanian boleh diimport dengan hasil kekayaan negara. Pada kita ini adalah kenyataan bahaya kerana boleh melemahkan semangat untuk meningkatkan sektor pertanian. Di Malaysia, kita perlu mempunyai bekalan hasil pertanian sendiri supaya boleh mengawal pengaliran wang ke negara asing. Kita juga perlu mengakui hakikat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada makanan import selamalamanya. Di manakah seilapnya sehingga terjadi hal seperti ini?. RM10 bilion untuk mengimport makanan? Apabila perangkaan tersebut dikemukakan, banyak pihat yang terkejut. Lebih-lebih lagi sesetengah makanan yang diimport itu, termasuk cili, tomato dan durian, boleh ditanam di bumi kita. Negara kita mempunyai kawasan terbiar yang luas dan subur. Tetapi, kita tidah mahu menggunakannya untuk meningkatkan pengeluaran produk tempatan. Jika tidak kerana kejatuhan nilai mata wang kita, jumlah RM10 bilion mungkin tidak membuka mata ramai orang. Perangkaan menunjukkan bahawa nilai import makanan meningkat setiap tahun: 1994 (RM7 bilion), 1995 (RM8 bilion), 1996 (RM9.2 bilion) dan 1997 (RM10 bilion). Apa yang menyedihkan kita hari ini ialah kurangnya minta rakyat untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian. Hasil sistem pendidikan yang berkesan memberi kesan memberi peluang yang begitu luas kepada rakyat untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masingmasing. Anak-anak enggan lagi mengharung lumpur di sawah atau menoreh getah yang memaksa mereka bangun sebelum subuh. Bagi merka, tugas di sawah sepatutnya dilakukan oleh orang tua, sedangkan mereka, yang mempunyai pendidikan yang tidak seberapa, mesti menjawat pekerjaan di pejabat kerajaan atau swasta. Lebih baik bekerja di kilang sebagai operator pengeluaran daripada bermandi peluh berbudi kepada tanah!. Usaha untuk memajukan bidang pertanian memerlukan kepakaran dan kebolehan. Namun, jelas sekali masih ada pihak yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa kita mempunyai elemen-elemen ini untuk membangunkan sektor itu. Malah, pendirian kerajaan yang tidak pernah menganggap sektor pertanian sebagai kelas dua sepatutnya mampu menggerakkan seluruh petani di negara ini untuk mempergiat pengeluaran hasil pertanian mereka. Sebenarnya, kerajaan boleh menggubal dasar, menyediakan program, projek atau pelan tindakan untuk memajukan sektor pertanian. Tetapi, jika mentaliti masyarakat kita tidak berubah dan anjakan paradigma tidak berlaku, seluruh usaha yang dilakukan itu akan menjadi sia-sia sahaja. Sudah berulang-ulang kali dijelaskan bahawa pengusahaan secara besarbesaran menjanjikan pulangan yang lumayan. Terpulanglah kepada kita untuk merealisasikannya. Janganlah dibandingkan tugas di ladang yang panas terik dengan pekerjaan di bilik mesyuarat yang berhawa dingin. Kita harus memikirkan

langkah untuk meningkatkan hasil pertanian negara demi kemakmuran bersama. Malahan pula bidang ini telah sebati dengan masyarakat tempatan. Selagi kita tidak komited, maka sukarlah sektor pertanian berkembang. Sudah sampai masanya bagi kita menukar tanggapan bahawa sektor pertanian tidak akan menjanjikan apa-apa. (Diubahsuaikan daripada Minda Pengarang, Berita Harian, 9 OGOS 1997) (30 markah) Lihat sebelah

Soalan 2 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Ketika hayatnya Lahuma sering dilanda kebimbangan. Dia bimbangkan nasib keturunannya. Jaga bendang ini, agar anak cucu kita tidak mati kebuluran. Jangan kau biarkan orang lain menginjak bendang pusaka ini. Bendang ini milik anak cucu kita, demikian kata-kata yang sering diucapkan kepada Jeha. Jeha terpaksa meninggalkan kampung halaman yang dicintainya dan mengikut anak-anaknya tinggal di bandar demi kasih sayang kepada anakanaknya. Pada hari tua dia tidak berdaya lagi untuk tinggal seorang diri. Jeha belajar untuk menerima keadaan. Ini juga takdir Tuhan, ketentuan yang sentiasa disebut suaminya yang tercinta. Sanah dan adik-adiknya sudah besar dan beranak pinak. Anak-anaknya bersekolah di bandar dan tidak lagi bermain selut di bendang. Mereka berpakaian cantik dan tidak mungkin diajak turun berlumur lumpur lagi. Ternyata kebimbangan Lahuma tidak berasas sama sekali. Kadang-kadang Jeha tidak dapat menahan rindu kepada kampung halaman. Dia terkenangkan rumah tempat hidup bersama suaminya Lahuma. Masih terbayang Lahuma yang terbaring dengan mulut yang terkumat-kamit. Masih terdengar suara Lahuma mengerang kesakitan. Hatinya tetap pedih dan selalu terkenangkan arwah suaminya. Apabila rindu itu tidak tertahan-tahan lagi, Jeha merayu kepada anakanaknya supaya membawa balik ke kampung Banggul Derdap. Tetapi menantumenantunya sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk membawanya pulang. Akhirnya Jeha diam sahaja. Sanah pernah memujuk anak daranya. Kau pergilah ikut Tok balik kampung. Kesian Tok, dia nak balik tengok rumahnya, tetapi ayah kau tak dapat cuti. Kau temankan Tok. Dia kata kalau dapat duduk di sana seminggu dua pun jadilah. Pergilah ikut dia balik. Temankan Tok, Anak dara Sanah yang suka memakai jeans itu menjawab. Saya bukan tak mahu temankan Tok. Tapi mak, saya tak tahan kerana Tok suka berleter. Saya tak mahu makan keledek rebus pun dia

marah. Dia kata saya sombong. Saya tumpahkan sebiji nasi pun dia marah. Adakah kerana nasi tumpah sebiji pun riuh mulutnya memarahi saya? Bukan kita miskin sangat, sehingga sebiji nasi pun tidah boleh tumpah. Tak tahan saya mendengarnya. Sanah terdiam mendengar rungutan anaknya. Memang dia tidak pernah menghidangkan keledek rebus rumahnya, kerana makanan lain masih banyak. Sejak kecil anak-anaknya suka makan burger, ayam goreng dan piza. Sanah cuba memujuk anaknya. kau mesti sabar, Tok sudah tua. Dia memang marah kalau kita tumpahkan beras dan nasi. Kau mesti faham. Dahulu dia adalah seorang petani miskin. Dia membanting tulang di sawah. Bukan senang hendak mendapat secupak beras. Sebab itulah dia sangat hormat pada padi, pada beras dan pada nasi. Padi, beras dan nasik amat bermakna baginya. (Diubahsuaikan daripada cerpen, Bendang Lahuma oleh Zurinah Hassan) Lihat sebelah

(a) ) Terangkan maksud rangkai kata di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. (i) menerima keadaan (ii) mulut yang terkumat-kamit (iii) membanting tulang di sawah (6 markah)

(b)

Jawab Soalan berikut berdasarkan petikan di atas. (i) Apakah pesanan Lahuma kepada Jeha ? (3 markah)

(ii)

Mengapakah kebimbangan Lahuma tidak berasas sama sekali? (4 markah)

(iii) Siapakah Jeha? Mengapa Jeha terpaksa tinggal di bandar? (6 markah) (iv) Nyatakan sikap cucu Jeha seperti yang digambarkan dalam cerpen di atas. (4 markah) Apakah sifat-sifat Jeha yang patut dicontohi? Berikan bukti-bukti bagi

(v)

menyokong jawapan anda. (7 markah)

Soalan 3 Jawab sama ada (a) atau (b) (a) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri. Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah sakaisakainya lima ratus orang dengan alat senjatanya. Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didenganya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemertak. Maka kertala Sari pun membaca pestakanya lalu berjalan di tengah orang berkawal tiada disedari dan masuk ke istana Raja mencuri sepuas-puasnya. Setelah hari siang Raja pun gemparlah mengatakan kecurian. Temenggung berasa hairan kerana ia sendiri yang berkawal tetapi tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka laksamana pun berdatang sembah, Ya, tuanku adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jia ada derma kurnia patik hendak bermohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu. Pada firasat patik pada malam ini datang pula penjurit itu ke istana. Sembah laksama lagi, Daulat tuanku, ada suatu perbualan hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh. Maka laksamana pun membuat hikmatnya itu dengan mengatur senjata di keliling istana. Senjata itu radak-meradak sesama sendiri, tikam-menikam dan palu-memalu. Maka hari malam. Maka laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Apabila ia melihat hikmat senjata itu ia pun berfikir, Ini hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga. Maka kata penjurit itu, Apa tipunya aku masuk ini, kerana senjata ini ada bertikam. Jika aku masuk nescaya kalahlah aku oleh senjata ini. Maka penjurit itu pun kembali dan pergi pula pada tempat yang lain. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bunga Rampai Melayu kuno) (lihat sebelah

(i)

Terangkan maksud rangkai kata yang bertulis dengan huruf condong di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. Bermain dengan penjurit itu Apa tipunya (4 markah)

(ii)

Jelaskan tentang kejadian kecurian yang berlaku di istana. (4 markah)

(iii) Nyatakan kehebatan Kertala Sari dan Laksama. Buktikan bahawa Laksamana lebih hebat daripada Kertala Sari. (iv) (4 markah) Apakah yang dimaksudkan oleh Kertala Sari apabila ia berfikir Ini hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga? (4 markah) Pada pendapat anda, apakah tujuan Kertala Sari pergi pula pada tempat yang lain. (4 markah)

(v)

(b) Baca sajak di bawah den gan teliti dan jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan sendiri. Cerita gundah 1 Kelam sekeliling kelabu awan sarat Memutar kembali cerita daerah gundah Hambur dan cenyai silih berganti Merentaki zink berkarat sesekali kedengaran keras detap air di daunan seperti mengabarkan langit belum bersedia bertukat terang. Wanita tua itu terpaku di birai tangga Mengingatkan batang-batang lembap dan basah Cawan susu yang terbalik serta sedikit sumbing adalah cerita gundah yang lain esok sekolah akan bermula Kasut, baju, buku, dan wang saku Entah di mana terlalu jauh dari pandangan mata. Suaminya yang malang telah setahun menutupi deritanya di kaki bukit pengangkut perkasa tak upaya dikendalinya

10

15

20

bukan sahaja jentera bahkan layu sepemeluk besar timpa bertimpa menghempapnya gema raung suara kesakitannya seakan mengirim berita cerita gundah sebuah kehidupan menggerhanakan masa depan enam mulut minta disuap sabah hari entah bagaimana kini. Mahu juga ketika seketika dia memutar haluan jika mata pergantungan ini tidak lagi menjanjikan untuk apa berteleku pilu anak-anak biarlah berhenti saja kerana tenaga boleh dipinta menjenguk kampung lorong ke lorong dengan raga berisi kuih di kepala semoga cerita gundah berakhir, tetapi nasib yang membeku esok pastikan cair? HASNI A.R.

25

(i)

Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan: terlalu jauh dari pandangan mata menggerhanakan masa depan (baris 13) (baris 19) (4 markah)

(ii)

Jelaskan suasana yang digambarkan oleh penyajak pada rangkap pertama sajak di atas. (4 markah)

(iii) Siapakah wanita itu? (3 markah) (iv) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan wanita tua itu dirundung kesempitan hidup. (4 markah) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya wanita tua itu tidak terus-menerus dibelenggu kemiskinan? (5 markah)

(v)

Soalan 4

(a) Tuliskan ayat bagi setiap perkataan bagi pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa. (i) (ii) halus menghalusi lengang melengangkan

(iii) teladan meneladani (iv) sejahtera menyejahterakan [12 markah] (b) Sambungkan ayat-ayat pendek di bawah supaya menjadi dua ayat sahaja dengan memelihara maksud asal ayat-ayat itu.

Ledakan maklumat berlaku melalui pelbagai media. Internet ialah satu contoh media. Kadang kala ledakan maklumat boleh menggugat prinsip seseorang. Pendirian seseorang akan tergugat juga. Mereka akan menggunakannya sebagai wahana untuk mendapatkan bahan-bahan yang tidak bermoral. Kawalan diri perlu mantap. Kawalan diri perlu teguh. Kawalan diri akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara negatif. Perkara-perkara itu bercanggah dengan tuntutan agama. (8 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like