You are on page 1of 10

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) 2010

1 SYARAT KEMASUKAN UNTUK MENDUDUKI MUET PERTENGAHAN TAHUN 2010 TIADA SEBARANG SYARAT KEMASUKAN UNTUK MENDUDUKI MUET. 2 CARA PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2010 2.1 Calon Sekolah/Institusi (a) (b) (c) Pendaftaran calon sekolah/institusi dilakukan dalam disket komputer menggunakan perisian Sistem Pendaftaran MUET (SPMUET VERSI 4.0). Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN. Satu taklimat tentang pendaftaran calon dan perisian SPMUET VERSI 4.0 di peringkat negeri kepada semua Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusi akan diberikan oleh pegawai PPD. Pihak sekolah/institusi merujuk Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi [APKM(SI)] dan mengisi borang Pendaftaran Masuk Manual [MUET/M(SI)] untuk setiap calon dengan mendapatkan/mencetak melalui laman web MPM, htpp://www.mpm.edu.my. Pihak sekolah/institusi menggunakan bahan berikut yang telah dibekalkan oleh PPD untuk pendaftaran MUET Pertengahan Tahun 2010 iaitu: (i) (ii) (f) Cakera padat (CD) perisian SPMUET VERSI 4.0 Manual perisian SPMUET VERSI 4.0 boleh diperoleh/dicetak melalui perisian SPMUET VERSI 4.0

(d)

(e)

Pihak PPD juga boleh mendapatkan/mencetak melalui laman web MPM bahan-bahan lain seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) MUET/C2 MUET/C3(JPN) MUET/C4 MUET/C5 MUET/C6 (Pindaan 2006) MUET/C8 : : : : : Borang Perpindahan Pusat Ujian Borang Senarai Pusat Ujian MUET (edisi JPN) Borang Calon Menarik Diri Borang Maklumat Calon Kurang Upaya Dari Segi Penglihatan (Buta) Borang Maklumat Calon Istimewa Dari Segi Penglihatan(Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan(Sengau), Pendengaran(Kurang Dengar/Pekak) : Borang Senarai Pegawai Pengawasan

(vi) (g)

Pengetua sekolah hendaklah mengarahkan SUP sekolah/institusinya untuk mengambil tindakan berikut: (i) (ii) Mendapatkan maklumat berpandukan APKM(SI). pendaftaran calon sekolah/institusinya dengan

Mengurus pendaftaran calon sekolah/institusinya. 4

(h)

Pengetua sekolah hendaklah diminta menghantar MUET/R3(SI) dan Penyata Bayaran [rujuk halaman terakhir MUET/R3(SI)] kepada PPD untuk pengesahan. (i) Selepas mendapat pengesahan PPD, Pengetua sekolah/institusi hendaklah menghantar data MUET/R3(SI) kepada PPD menggunakan disket bagi sekolah/institusi yang tidak mempunyai kemudahan e-mel atau disket dan e-mel bagi sekolah yang mempunyai kemudahan e-mel. Perincian proses kerja ini dinyatakan dalam manual perisian SPMUET VERSI 4.0.

2.2

Calon Persendirian Individu (a) Pendaftaran Calon Persendirian Individu dilakukan dalam disket komputer menggunakan perisian Sistem Pendaftaran Calon Persendirian MUET (SPC3MUET VERSI 2.0) oleh PPD. Pihak PPD akan mendapatkan/mencetak melalui laman web MPM Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon Persendirian Individu [APKM(P)] dan borang Pendaftaran Masuk Manual (Persendirian Individu) [MUET/M(P)] untuk setiap calon melalui JPN. Pihak PPD menggunakan bahan berikut yang telah diperoleh melalui laman web MPM untuk pendaftaran MUET Pertengahan Tahun 2010 iaitu: (i) (ii) (f) Cakera padat (CD) perisian SPC3MUET VERSI 2.0 Manual perisian SPC3MUET VERSI 2.0 boleh diperoleh/dicetak melalui perisian SPC3MUET VERSI 2.0

(b)

(c)

Pihak PPD juga boleh mendapatkan/mencetak melalui laman web MPM bahan-bahan lain seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) MUET/C2 MUET/C3(JPN) MUET/C4 MUET/C5 MUET/C6 (Pindaan 2006) MUET/C8 : : : : : Borang Perpindahan Pusat Ujian Borang Senarai Pusat Ujian MUET (edisi JPN) Borang Calon Menarik Diri Borang Maklumat Calon Kurang Upaya Dari Segi Penglihatan (Buta) Borang Maklumat Calon Istimewa Dari Segi Penglihatan(Rabun), Anggota/Spastik, Pertuturan(Sengau), Pendengaran(Kurang Dengar/Pekak) : Borang Senarai Pegawai-Pegawai Pengawasan

(vi)

(g)

PPD hendaklah mengambil tindakan berikut: (i) Mendapatkan maklumat pendaftaran calon persendirian menggunakan borang MUET/M(P) dan berpandukan APKM(P). Peringatan: (a) Calon boleh mendapatkan borang MUET/M(P) dan APKM(P) dengan mencetaknya borang tersebut dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia, www.mpm.edu.my secara percuma. Calon hanya perlu mengisi maklumat dalam borang tersebut dan menyerahkannya kepada PPD. Calon yang datang sendiri ke PPD untuk mendapatkan borang MUET/M(P) tidak dikenakan bayaran. Jika calon tidak membawa borang MUET/M(P), PPD hendaklah mencetak borang tersebut melalui perisian SPC3STPM VERSI 2.0 yang dibekalkan. individu dengan

(b)

(ii) (iii) (iv) (v)

Calon hendaklah diberitahu supaya membaca dengan teliti APKM(P) agar mereka mendapat arahan yang jelas tentang cara mengisi borang MUET/M(P). Mengurus pendaftaran calon persendirian individu. Menyimpan MUET/M(P) calon di PPD. Menghantar salinan slip e-banking (salinan MPM) ke MPM dengan segera selepas selesai pendaftaran calon Jenis 3 di PPD jika calon menggunakan perkhidmatan e-banking.

(h) (i)

PPD hendaklah diminta menghantar MUET/R3(P) dan Penyata Bayaran kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN untuk pengesahan. Selepas mendapat pengesahan JPN, PPD hendaklah menghantar data MUET/R3(P) kepada KSPP JPN menggunakan disket atau menggunakan kemudahan e-mel. Perincian proses kerja ini dinyatakan dalam manual perisian SPC3MUET VERSI 2.0. Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) (i) (ii) (iii) Calon akan menerima MUET/PP selepas kemasukan data dalam SPC3MUET VERSI 2.0 daripada borang MUET/M(P) oleh PPD. Calon hendaklah diminta menyemak butiran yang tercatat pada slip MUET/PP seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, dan alamat adalah betul. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/PP tersebut dan memulangkannya kepada PPD untuk dibetulkan. Calon diminta mengesahkan slip MUET/PP yang telah dibetulkan.

(j)

PENYATA BAYARAN
6

3.1

Calon Sekolah/Institusi Sekolah kerajaan dan sekolah swasta yang mengemukakan calon untuk MUET hendaklah menyediakan dua salinan penyata bayaran dengan menggunakan format pada halaman terakhir MUET/R3(SI) yang dihasilkan semasa pendaftaran calon menggunakan perisian SPMUET VERSI 4.0. Ini bertujuan untuk memudahkan JPN menyemak bayaran dari sekolah/institusi berkenaan yang membayar dengan satu bayaran sahaja untuk semua calon.

3.2

Calon Persendirian Individu (a) Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan perkhidmatan e-Banking. Pelanggan eBanking Bank Islam sila layari www.bankislam.com dan pelanggan e-Banking CIMB Bank sila layari www.cimbbank.com, manakala bagi pelanggan bank lain sila layari www.cimbclicks.com dengan menggunakan aplikasi FPX. Jika menggunakan Kiriman Wang (Money Order) bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan dipalang AKAUN PENERIMA Bagi calon yang menggunakan e-Banking sila rujuk Arahan Pendaftaran Kemasukan Calon individu [APKM (P)] dengan merujuk muka surat 2 dan 3.

(b) 4

BORANG PERMOHONAN PERPINDAHAN PUSAT UJIAN (MUET/C2) 4.1 Penyerahan oleh calon ke JPN (a) Permohonan untuk berpindah dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain hendaklah menggunakan borang MUET/C2. Perpindahan pusat hanya akan dibenarkan jika alasanalasan yang dikemukakan adalah munasabah. Bayaran sebanyak RM25.00 akan dikenakan. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh calon bersama bayarannya kepada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 3 Mac 2010. Calon dari Matrikulasi (Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja) tidak dibenarkan berpindah pusat.

(b) 4.2

Penghantaran oleh JPN ke MPM Semua permohonan perpindahan pusat ujian dan bayarannya hendaklah disemak dan dihantar kepada SUB(PSM) MPM sebelum atau pada 3 Mac 2010. Wang bayaran permohonan bagi calon yang tidak diluluskan perpindahan pusat ujiannya akan dikembalikan.

PERMOHONAN MENUMPANG PUSAT UJIAN 5.1 5.2 Calon yang ditolak permohonannya untuk berpindah pusat ujian kerana permohonannya lewat mungkin dibenarkan menumpang pusat ujian. Calon yang menumpang untuk mengambil ujian di sesuatu pusat ujian atas sebab-sebab peribadi mestilah mendapat kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia terlebih dahulu. Calon hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia dan hendaklah menyertakan bayaran sebanyak RM25.00. Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika kertas soalan di pusat berkenaan mencukupi. Calon dari Matrikulasi (Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja) tidak dibenarkan menumpang pusat.

5.3

BORANG SENARAI PUSAT UJIAN MUET 7

6.1 6.2

Borang ini mengandungi nama sekolah/institusi yang menjadi pusat ujian dan nama sekolah/institusi yang pelajar-pelajarnya mengambil ujian di pusat tersebut (sekolah calon). Senarai pusat ujian mempunyai dua edisi seperti berikut. (a) (b) MUET/C3(JPN) senarai yang disediakan oleh JPN. MUET/C3(MPM) senarai yang disediakan oleh MPM berdasarkan MUET/C3(JPN). Pihak JPN diminta mengesahkan MUET/C3(MPM).

BORANG CALON MENARIK DIRI (MUET/C4) 7.1 Calon yang menarik diri daripada menduduki MUET dikehendaki mengisi borang MUET/C4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke MPM bersama dengan surat buktinya sekali sebelum calon menduduki kertas yang pertama MUET. Bukti untuk calon menarik diri ialah surat akuan doktor hospital kerajaan bagi calon yang sakit atau salinan surat perakuan kematian yang dikemukakan oleh waris calon bagi calon yang meninggal dunia.

8.2

BORANG MAKLUMAT CALON KURANG UPAYA DARI SEGI PENGLIHATAN (BUTA) (MUET/C5) 8.1 Calon kurang upaya dari segi penglihatan (Buta) ialah calon yang memerlukan kertas soalan Braille semasa ujian. Perkara 1 dalam borang tersebut perlu diisi dan disahkan oleh Pengetua sekolah/institusi jika terdapat calon buta di sekolah/institusinya. Borang ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui KSPP JPN. Perkara 2 pula diisi dan disahkan oleh KSPP JPN jika tidak terdapat calon buta di negerinya. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke MPM melalui KSPP JPN, sebelum atau pada 6 Februari 2010.

8.2 9

BORANG MAKLUMAT CALON ISTIMEWA DARI SEGI PENGLIHATAN(RABUN), ANGGOTA/SPASTIK, PERTUTURAN(SENGAU), PENDENGARAN(KURANG DENGAR/PEKAK) 9.1 JPN diminta memaklumkan kepada Pengetua sekolah/institusi dan PPD supaya memberitahu JPN jika terdapat calon di sekolah/institusi/daerahnya yang kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau. Borang yang tersebut di atas hanya dihantar ke sekolah/institusi/daerah/bahagian yang mempunyai calon yang kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau. Borang yang telah lengkap diisi bersama salinan asal bahan bukti, hendaklah dihantar kepada SUB(PSM) MPM melalui KSPP JPN, tidak lewat dari 6 Februari 2010.

9.2 10

NOMBOR KAD PENGENALAN 10.1 JPN diminta menegaskan kepada Pengetua sekolah/institusi dan PPD tentang pentingnya calon mengisikan nombor kad pengenalan dengan betul dalam Borang Pendaftaran Masuk Manual [MUET/M(P)]. Calon hendaklah diingatkan supaya menggunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon itu sendiri.

10.2

11

PUSAT UJIAN 11.1 Nombor Pusat Ujian 8

(a)

Bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta/institusi, Pengetua sekolah/institusi mestilah mengetahui nombor pusat ujian sekolah/institusi masing-masing seperti yang telah diperuntukkan oleh JPN. Bagi calon persendirian/individu pula, PPD hendaklah mengisikan nombor pusat ujian calon persendirian/individu di ruang yang berkenaan pada MUET/M(P). PPD mestilah mengetahui nombor pusat ujian daerah/bahagian masing-masing seperti yang telah diperuntukkan oleh JPN.

(b)

11.2

Angka Giliran Calon (a) Bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta/institusi, angka giliran akan dihasilkan terus secara automatik semasa proses pendaftaran menggunakan perisian SPMUET VERSI 4.0. Angka giliran yang terhasil ini tidak boleh dipinda atau ditukar. Bagi calon persendirian individu pula, angka giliran calon akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar MUET (MUET/D) yang akan dihantar kelak.

(b)

11.3

Bilangan Calon BILANGAN CALON DI SESUATU PUSAT UJIAN TIDAK BOLEH LEBIH DARIPADA 216 ORANG

11.4

Poskod Alamat bagi setiap pusat ujian hendaklah disertai dengan poskod yang tepat. Ini akan memudahkan JPN atau MPM menempatkan calon di pusat yang sesuai dan memudahkan urusan-urusan pentadbiran yang lain.

12

PENGIRIMAN BORANG 12.1 JPN diminta mengenal pasti dan memantau sekolah/institusi atau daerah/bahagian yang mempunyai calon MUET untuk memastikan calon sekolah/institusi atau daerah/bahagian tersebut mendaftar untuk mengambil ujian MUET sebelum tarikh tutup. JPN diminta memberitahu Pengetua sekolah/institusi dan PPD, supaya menghantar lebih awal MUET/R3(SI)/MUET/R3(P), untuk mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah. JPN juga diminta mengujudkan cara pemantauan (mengikut kesesuaian negeri masingmasing) untuk memastikan semua borang pendaftaran masuk yang diterima daripada calon persendirian individu (atau sekolah, jika ada) dihantar ke MPM. Pengiriman borang yang telah siap diisi dan telah diproses hendaklah dibuat sekaligus dan tidak secara runcit-runcit bagi mengelakkan keciciran atau kehilangan semasa pengiriman. Ini bermakna JPN dikehendaki mengumpul dan menyatukannya sebaik sahaja tarikh pendaftaran berakhir dan terus menghantarkannya ke MPM.

12.2 12.3

12.5

13

NOMBOR SIRI CALON Bagi calon persendirian individu pula, PPD hendaklah mengisikan nombor siri calon daerah/bahagiannya di ruang yang berkenaan pada MUET/M(P).

14

AKUAN PENERIMAAN BAHAN UNTUK PENDAFTARAN KEMASUKAN CALON JPN hendaklah mengembalikan borang akuan penerimaan yang dilampirkan sebaik sahaja kiriman bahan untuk pendaftaran kemasukan calon yang disertakan bersama buku panduan pendaftaran ini diterima.

(a) Tarikh Pendaftaran

KALENDAR MUET 2010


4

PERKARA PERTENGAHAN TAHUN Pendaftaran Dibuka 11 Januari 2010

MUET AKHIR TAHUN 17 Mei 2010

28 Januari 2010 (Semua Jenis Calon) 28 Januari 2010 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2009)

16 Jun 2010 (Semua Jenis Calon) 22 Julai 2010 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010)

Pendaftaran Ditutup

Calon dikehendaki mengemukakan slip keputusan MUET Pertengahan Tahun 2010 sebagai bukti.
3 Mac 2010 10 Ogos 2010

Tarikh Tutup Perpindahan Pusat Ujian (b) Tarikh Ujian

MUET KERTAS PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN

3, 4, 5 Mei 2010 800/2 Speaking dan 10, 11, 12 Mei 2010 800/1 Listening 800/3 Reading 800/4 Writing } } } 24 April 2010 } } }

18, 19, 20 Oktober 2010 dan 25, 26, 27 Oktober 2010

30 Oktober 2010

KADAR BAYARAN DAN CAJ MUET


1. Bayaran Pendaftaran Bayaran mengambil MUET ialah RM60.00. 2. Perpindahan Pusat MUET Permohonan perpindahan dari satu pusat ujian ke pusat ujian yang lain dikenakan bayaran khas sebanyak RM25.00 yang dibuat secara kiriman wang/draf bank atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. 3. Calon Menumpang Calon yang menumpang di sesuatu pusat ujian yang lain dari pusat asalnya akan dikenakan bayaran RM25.00 yang dibuat secara kiriman wang/draf bank atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

You might also like