You are on page 1of 12

GADJET

 

Gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan, terdiri daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan. Kedudukan gadjet perlu strategik dan memenuhi kehendak setiap individu. Membuat gadjet merupakan aktiviti yang paling menarik dijalankan semasa perkhemahan, jika aktiviti ini tidak diadakan perkhemahan tidak akan bermakna.

PRINSIP MEMBUAT GADJET


 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.  Gunakan ikatan yang betul.  Ikatan pada gadjet hendaklah kukuh.  Gunakan bahan semulajadi.  Gadjet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.

 Gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.  Gadjet yang baik adalah ringkas tetapi praktikal.  Mulakan dengan membuat gadjet yang mudah dahulu.  Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan yang perlu pada gadjet.  Gadjet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.  Sebaiknya, buat gadjet ciptaan atau rekaan sendiri.

BAHAN MEMBUAT GADJET


Bahan-bahan yang akan digunakan ketika proses membuat gadjet bergantung kepada keadaan persekitaran perkhemahan diadakan. Kebiasaannya, gadjet diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati. Bahan-bahan selalunya dipelbagai gunakan dari semua bahagian pokok.

BATANG KAYU
DAUN PISANG / DAUN YANG LEBAR

BULUH
CONTOH BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN

PISAU

TALI

JENIS-JENIS GADJET
Dapur Berpara

Rak Alatan Pertukangan

Rak Alatan Makanan

Rak Alatan Barang Dapur

Rak Kasut

Ampaian

Kerusi dan Meja

You might also like