You are on page 1of 10

Learn More Scribd Upload a Document Top of Form Search Documents Bottom of Form Explore

Mohd Nor Adha / 547 Top of Form

Bottom of Form Download this Document for Free 365mengambil daya usaha dengan membina rangkaian hotel penginapan beridentititempatan yang diuruskan oleh Syarikat Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd.Sejumlah 15 hotel kos sederhana dengan kemudahan sebanyak 1,450 bilik telah dibinadi Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor danTerengganu. Program ini telah mewujudkan peluang penyertaan untuk usahawanBumiputera dalam industri hotel dan pelancongan melalui sistem francais danseterusnya menyumbang kepada pembentukan Masyarakat Perdagangan danPerindustrian Bumiputera (MPPB). Selain daripada itu, program rumah persinggahandi Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah memberipeluang kepada pelancong untuk menginap bersamasama dengan penduduktempatan dan menambahkan dimensi baru dalam penginapan kos sederhana. Padamasa yang sama, program ini memberi peluang kepada usahawan kecil menyertaiindustri pelancongan yang sedang berkembang. Gunatenaga 16.14 Pertumbuhan industri pelancongan yang berterusan dalam tempoh Rancangantelah menambahkan peluang pekerjaan dalam sektor ini. Pada tahun 1995, industri inidianggarkan telah menyedia pekerjaan kepada 106,200 orang berbanding dengan68,837 pada tahun 1990. Sektor kecil penginapan mempunyai bilangan pekerjaterbesar kira-kira 58 peratus daripada jumlah gunatenaga sektor pelancongan diikutidengan agensi pelancongan dan pengembaraan serta penerbangan.16.15 Dalam konteks pasaran buruh yang ketat, sektor pelancongan yang merupakanindustri berintensif buruh mengalami kekurangan tenaga kerja terutamanya diperingkat penyeliaan dan pengurusan. Untuk memastikan industri ini terusberkembang, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Kebangsaan Pembangunan Sumber Manusia dalam bidang Pelancongan (NTHRDC) pada tahun 1992 yang melibatkanpenyertaan sektor awam dan swasta bertujuan untuk menyelaras perancangan danpembangunan sumber manusia bagi industri pelancongan. Majlis ini telahbekerjasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) untukmewujudkan pembangunan standard kemahiran kerja kebangsaan (NOSS) bagisektor perhotelan dan pengembaraan dalam aktiviti seperti

pengurusan tiket dantempahan, kendalian lawatan tempatan dan juga khidmat makanan dan minuman.Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 15 NOSS telah dibangunkan dengan penglibataninstitusi latihan dan pengusaha industri yang berkaitan. Perbadanan ProduktivitiNegara (NPC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institusi latihan pelanconganswasta juga mengendalikan program latihan untuk meningkatkan kualiti dan bilangankakitangan yang diperlukan oleh industri pelancongan.16.16 Bagi menggalakkan penyediaan latihan dalam sektor pelancongan, TabungPembangunan Sumber Manusia (HRDF) telah diperluaskan untuk meliputi latihandalam sektor perhotelan dan pengembaraan. Pihak swasta melalui Persatuan AgensiPelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Hotel Malaysia 366(MAH) terus menyediakan latihan formal dan latihan dalam perkhidmatan. Dalamtempoh Rancangan, MATTA telah melatih seramai 720 peserta untuk industripelancongan dan pengembaraan manakala MAH telah melatih seramai 482 pesertadaripada industri perhotelan. Rangkaian Perhubungan 16.17 Rangkaian perhubungan yang merupakan faktor penting dalam pembangunanpelancongan terus dimajukan dan dinaikkan taraf. Penerbangan Malaysia (MAS) telahmenambahkan rangkaian perkhidmatan ke 92 destinasi yang merangkumi enambenua. Dalam tempoh Rancangan, 18 perjanjian perkhidmatan udara telahditandatangani dengan negara-negara seperti Hungary, Laos, Mexico, Sepanyol,Afrika Selatan dan Venezuela yang menjadikan kesemuanya 68 perjanjian. Kekerapanpenerbangan dan kapasiti pesawat bagi 14 negara juga telah ditambah. MAS jugatelah mengadakan penerbangan ke destinasi baru seperti Buenos Aires,Johannesburg, Madrid, Munich, Bandaraya Mexico, Osaka, Rome dan Vancouver.Usaha ini telah meningkatkan kunjungan pelancong jarak jauh ke Malaysia. Disamping itu, penerbangan terus berjadual dan penerbangan sewa khas antarabangsatelah digalakkan ke destinasi pelancongan seperti Johor Bahru, Kuantan danLangkawi. Landasan pendaratan baru juga telah dibina di Pulau Pangkor, Perak dan diTaman Negara Mulu, Sarawak bagi memudahkan perhubungan ke kawasanperanginan yang terkenal ini. Kemudahan di beberapa lapangan terbang telahdipertingkatkan khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diSubang, Johor Bahru, Langkawi, Pulau Pinang dan Sibu untuk membolehkan lokasitersebut lebih mudah dikunjungi.16.18 Industri pelancongan telah berkembang dengan lebih pesat lagi berikutandaripada kemajuan pengangkutan darat dan laut. Lebuhraya Utara Selatan,sepanjang 847 km yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam dengan Johor Bahru telahmempertingkatkan lagi rangkaian perhubungan darat kepada pelancong untuk kedestinasi di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia. Dengan adanyakemudahan tertentu di sepanjang lebuh raya tersebut seperti kawasan rehat, pusatpenerangan dan tempat menarik yang khusus, telah menggalakkan lagi pelancongandomestik dan ketibaan pelancong dari Singapura dan Thailand. Perjalanan dengankereta api yang menyediakan pengangkutan alternatif kepada pelancong, telahdipermudahkan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan dan pematuhan jadualperjalanan. Pada tahun 1995, seramai 213,657 pelancong tiba di negara ini melaluiperkhidmatan kereta api. Perkhidmatan kereta api mewah yang menghubungkanSingapura, Kuala Lumpur dan Bangkok yang ditawarkan oleh The Eastern andOriental Express, telah memperkenalkan satu produk pelancongan yang inovatifkepada pelancong yang mementingkan kemewahan dan keselesaan melaluiperjalanan darat. Perkhidmatan feri yang menghubungkan Tanjung Belungkor diJohor dan Changi di Singapura menyediakan pintu masuk baru kepada pelancong,manakala peningkatan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke 367Langkawi telah menambahkan lagi promosi terhadap Langkawi sebagai destinasiperanginan pelancong. PERDAGANGAN PENGEDARAN 16.19 Sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran mencatatkanpertumbuhan pada kadar purata 10.6 peratus setahun, sementara sumbangan sektor ini kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah meningkat

daripada 11.1 peratuspada tahun 1990 kepada 12.1 peratus pada tahun 1995. Gunatenaga dalam sektor inijuga telah bertambah kepada 1.3 juta berbanding dengan 1.2 juta pada tahun 1990yang merupakan kira-kira 16.2 peratus daripada jumlah gunatenaga. 16.20Berdasarkan kepada Penyiasatan Perdagangan Borong, Perdagangan Runcit danKatering 1994, terdapat 258,238 pertubuhan yang terlibat dalam sektor ini. Jumlah initerdiri daripada 60 peratus peruncit, 31 peratus pengusaha katering dan 9.0 peratuspemborong. Walaupun bilangan pertubuhan perdagangan runcit dan katering adalahyang terbanyak, sumbangan dari segi jumlah jualan kepada sektor ini masingmasinghanyalah kira-kira 38 peratus dan 4.0 peratus. Perkembangan 16.21 Dalam tempoh Rancangan, pertubuhan borong dan runcit terus menawarkanpelbagai barangan dengan harga yang kompetitif kepada pengguna di bandar danluar bandar. Sektor ini mengalami pembangunan pesat ekoran daripadapertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan yang menghasilkan pendapatanboleh guna yang lebih tinggi, peningkatan tahap kesejahteraan dan juga perubahancita rasa pengguna. Pertambahan penduduk dan peningkatan pembandaran turutmenyumbang kepada perkembangan berterusan dalam sektor ini. Sejajar denganperkembangan ini, Kajian Perdagangan Pengedaran yang telah dijalankan pada tahun1995 menunjukkan pertumbuhan perdagangan borong dan runcit telah meningkatsebanyak 21.3 peratus kepada 150,519 pertubuhan pada tahun 1995 berbanding124,102 pada tahun 1990. Bilangan pemborong telah bertambah pada kadar puratasebanyak 12 peratus setahun di mana 40 peratus daripada mereka juga terlibat dalamaktiviti runcit. Ini mencerminkan perkembangan baru di bidang perdaganganpengedaran. Sebaliknya, jumlah peruncit yang merupakan 87 peratus daripadakeseluruhan pertubuhan pada tahun 1995 mencatatkan pertambahan sebanyak 3.0peratus sahaja seperti ditunjukkan di dalam Jadual 16-3.16.22 Kedai barangan khusus, kedai bekalan keperluan dan pasar barangan basahmerupakan tiga aktiviti runcit yang utama dengan 93.4 peratus daripada jumlahperuncit pada tahun 1995 terlibat dengan aktiviti ini. Pasar barangan basah dan kedaikaki lima masing-masing bertambah pada kadar purata sebanyak 14.5 peratus dan 17.1peratus setahun dalam tempoh Rancangan. Aktiviti perdagangan runcit lain yangturut berkembang pesat ialah farmasi, pasar raya dan pasar mini, gedung raya dankedai mudah dengan masing-masing mencatat pertambahan sebanyak 13.1 peratus, 3688.8 peratus, 5.8 peratus dan 3.5 peratus. Ini mencerminkan perubahan arah aliranperdagangan runcit berikutan peningkatan cita rasa pengguna dan permintaanmereka terhadap barangan serta perkhidmatan yang berkualiti.16.23 Peruncit terus memberi tumpuan terutamanya kepada bekalan baranganpengguna dan isirumah, makanan, keluaran tembakau dan minuman. Sebaliknya, 83peratus daripada pemborong lebih tertumpu kepada membekal barangan khususberbanding dengan 77.5 peratus pada tahun 1990 seperti ditunjukkan dalam Jadual16-3. Keluaran barangan khusus yang dipasarkan oleh pemborong merangkumiperalatan perindustrian, pertanian dan perniagaan yang sebahagian besarnya adalahuntuk memenuhi keperluan sektor pembinaan dan perindustrian yang semakinberkembang.16.24 Tumpuan pemborong dan peruncit telah meningkat di kawasan bandar sepertiditunjukkan dalam Jadual 16-4. Pada tahun 1995, sebanyak 87.6 peratus daripadakeseluruhan pemborong terdapat di kawasan bandar berbanding dengan 74.4peratus pada tahun 1990. Bagi peruncit pula, sebanyak 69.2 peratus terletak dikawasan bandar pada tahun 1995 berbanding dengan 52 peratus pada tahun 1990.Peningkatan ini disebabkan oleh proses pembandaran yang lebih pesat dan jugapentakrifan semula kawasan bandar yang telah meningkatkan bilangan bandar daripada 67 buah pada tahun 1980 kepada 129 buah pada tahun 1991. Pemboronglebih tertumpu di kawasan bandar memandangkan fungsi utamanya ialah mengedar barangan yang diperolehi daripada pengeluar dan pengimport kepada peruncit danatas sebab logistik, pemborong perlu berada berdekatan dengan punca bekalan.Walau bagaimanapun, peruncit yang menjadi penghubung terakhir di antarapengeluar dan pengguna secara amnya terdapat di merata tempat. Di antara aktivitiruncit, kedai bekalan keperluan dan stesen minyak tanpa mempunyai kedai mudahadalah lebih ketara di kawasan luar bandar, manakala aktiviti runcit yang lain lebihbanyak tertumpu di kawasan bandar.16.25 Walaupun 97.5 peratus pertubuhan

borong dan runcit dimiliki oleh rakyattempatan pada tahun 1995, namun penyertaan daripada pertubuhan asing di dalamsektor perdagangan pengedaran telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun1990 seperti ditunjukkan dalam Jadual 16-5. Pemilikan asing terhadap pertubuhanborong dan runcit telah bertambah pada kadar 25.4 peratus setahun daripada 1,220pertubuhan pada tahun 1990 kepada 3,786 pada tahun 1995. Pemilikan mereka dalamperdagangan borong telah meningkat daripada 2.2 peratus pada tahun 1990 kepada4.2 peratus pada tahun 1995, manakala dalam tempoh yang sama pemilikanperdagangan runcit pula telah meningkat daripada 0.9 peratus kepada 2.3 peratus.Pertubuhan yang dimiliki oleh pengusaha asing ini telah memperkenalkan konsepbaru dalam pemasaran, kepakaran pengurusan dan teknologi canggih dalam urusanperniagaan mereka. Perkembangan ini selain daripada meningkatkan persaingankepada peniaga borong dan runcit tradisional juga menggalakkan perniagaan yangdimiliki oleh rakyat Malaysia menggunakan konsep inovatif tersebut bagi 369mengekalkan daya saingan mereka. Menyedari bahawa sektor ini perlu dibangunkansecara teratur, Kerajaan telah memperkenalkan garis panduan baru untukmenggalakkan penyertaan rakyat tempatan yang aktif khususnya mengenaipenyertaan ekuiti dan pengedaran barangan tempatan.16.26 Pemilikan Bumiputera dalam perniagaan sektor perdagangan pengedaranbertambah pada kadar 7.0 peratus setahun daripada 36,158 pertubuhan pada tahun1990 kepada 50,734 pada tahun 1995, khususnya dalam bidang peruncitan.Peningkatan ini adalah hasil daripada perkembangan yang berterusan terhadapaktiviti sedia ada seperti barangan am, perubatan tradisional, farmasi, pasar baranganbasah dan kedai barangan khusus serta juga aktiviti baru seperti gedung raya, stesenminyak dan kedai kaki lima. Walaupun bilangan pertubuhan telah bertambah, jualanbulanan purata sejumlah RM18,673 oleh setiap pengusaha borong dan runcitBumiputera masih di tahap yang terendah seperti ditunjukkan dalam Jadual 166.16.27 Jumlah jualan bulanan sektor perdagangan pengedaran telah meningkatdaripada RM3,910 juta pada tahun 1990 kepada RM5,362.5 juta pada tahun 1995.Daripada jumlah tersebut, pertubuhan borong dan runcit yang dimiliki oleh rakyatMalaysia menyumbang sebanyak RM5,110.4 juta atau 95.3 peratus daripada jumlahjualan. Walau bagaimanapun, dari segi jualan purata setiap unit pertubuhan borongdan runcit, pertubuhan milik asing mencatat jualan yang lebih tinggi. Ini menunjukkanpertubuhan borong dan runcit milik asing adalah lebih cekap dan produktif. Pasar Tani dan Pasar Malam 16.28 Pasar tani dan pasar malam terus menjadi saluran yang popular kepadapengusaha untuk menjalankan perniagaan runcit. Bilangan pasar tani dan pasar malam meningkat masing-masing daripada 139 dan 250 pada tahun 1990 kepada 157dan 470 pada tahun 1995. Kedua-dua pasar ini kebanyakannya beroperasi di kawasanbandar dan sebahagian besar daripadanya adalah di kawasan pantai baratSemenanjung Malaysia. Pada tahun 1995, jualan keseluruhan pasar tani dan pasar malam masing-masing dianggarkan berjumlah RM90.7 juta dan RM185 juta. Kajianyang dibuat pada tahun 1995 menunjukkan bahawa 75 peratus pengusaha pasar tanidan 72 peratus pengusaha pasar malam memperolehi pendapatan bulanan melebihiRM750 yang menunjukkan aktiviti ini memberikan pendapatan yang berpatutankepada pengusaha terbabit. Kemudahan Kewangan 16.29 Sektor perdagangan am terus menikmati kemudahan kredit daripada pihakbank dengan jumlah pinjaman sebanyak RM7.8 bilion dalam tempoh Rancangan.Syarikat Jaminan Kredit (CGC) terus membantu syarikat kecil termasuk peniaga kecilmelalui tiga skim utamanya iaitu Skim Jaminan Utama Baru (NPGS), Tabung Pinjamanuntuk Penjaja dan Peniaga Kecil (TPPPK) dan Skim Pinjaman Khas Persatuan (SPKP).Dalam tempoh Rancangan, pinjaman sebanyak RM1,291.7 juta telah diluluskan untuk RM7 Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document Info and Rating

Aariel Melka Jr Sections

show all prev | next BAB 1 : MATLAMAT DAN RANGKA DASAR I. PENDAHULUAN II. KE ARAH AGENDA DASAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN MASA HADAPAN III. TERAS PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH BAB 2 : PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI MAKRO II. PENILAIAN PRESTASI EKONOMI MAKRO III. RANGKA EKONOMI MAKRO RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH II. KEMAJUAN, 1991-1995 III. PROSPEK, 1996-2000 Share & Embed Related Documents

PreviousNext 1. p.

p.

p.

2.

p.

p.

p.

3.

p.

p.

p.

4. p.

p.

p.

5.

p.

p.

p.

6. p.

p.

p.

7.

p.

More from this user

PreviousNext 1. 3 p.

7 p.

1 p.

2.

547 p.

Recent Readcasters Add a Comment Top of Form

Bottom of Form Upload a Document Top of Form Search Documents Bottom of Form

Follow Us! scribd.com/scribd twitter.com/scribd facebook.com/scribd About Press Blog Partners Scribd 101 Web Stuff Scribd Store

Support FAQ Developers / API Jobs Terms Copyright Privacy Copyright 2011 Scribd Inc. Language: English

You might also like