You are on page 1of 10

PANDUAN PELAKSANAAN LARIAN SERENTAK 1MURID / 1SUKAN (1M 1S) 1MALAYSIA JPN / PPD / SEKOLAH / IPGM / MATRIKULASI 1.

Tarikh dan masa 1.1 Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu) 1.2 Masa larian serentak bermula (flag-off) : 7.45 pagi 2. Jarak Jarak larian ialah sekurang-kurangnya 1.5 km / 1500 meter atau lebih, mengikut kemampuan JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi. 3. Penyertaan (penyertaan adalah percuma) 3.1 Semua warga JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dan ahli masyarakat digalakkan untuk menyertai larian tersebut. JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh menentukan bilangan dan penglibatan ahli masyarakat yang difikirkan sesuai. Peserta-peserta boleh terdiri daripada yang berikut: 3.1.1 murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta); 3.1.2 guru, anggota khidmat sokongan dan ahli keluarga; 3.1.3 ibu bapa dan ahli keluarga murid / pelajar; 3.1.4 bekas murid / pelajar; 3.1.5 ikon sukan; dan

3.1.6 VVIP / VIP a) Menteri b) Menteri Besar c) Ahli Parlimen / ADUN d) VVIP / VIP lain yang difikirkan sesuai 3.1.7 Organisasi / Agensi setempat a) Warga Pejabat Negeri b) Warga Majlis Daerah c) Agensi Kerajaan d) Syarikat Swasta 3.1.8 Lain-lain yang difikirkan sesuai 4. Pelaksanaan 4.1 Acara larian serentak hendaklah bermula tepat pada jam 7.45 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut: Cadangan Atur Cara 6.30-7.00 pagi : Semua Peserta Melapor Diri : Senamrobik : Ketibaan Dif-Dif Jemputan : Ketibaan Tetamu Kehormat 7.20 Pagi : Bacaan Doa : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri : Gimik Pelancaran (Jika Ada) : Aktiviti Memanaskan Badan Bersama-sama VVIP 7.45 pagi : Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Bermula : Aktiviti Sukan dan Pameran

: Aktiviti Sekolah 12.30 tgh : Bersurai 4.2 Semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan melaksanakan larian serentak 1M 1S 1Malaysia. 4.3 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi boleh memilih cadangan model pengelolaan larian seperti berikut: 4.2.1 Pelancaran dan larian peringkat JPN atau PPD - beberapa buah JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi yang berhampiran akan dikumpulkan di satu tempat yang sesuai untuk pelancaran dan larian serentak. Semua Sekolah / IPGM / Matrikulasi lain hendaklah melaksanakan pelancaran dan larian serentak pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing; 4.2.2 JPN dan PPD akan memilih satu JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dan lancarkan sebagai peringkat negeri. Semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi lain hendaklah melaksanakan pelancaran dan larian serentak pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing; atau 4.2.3 Setiap sekolah / IPGM / Matrikulasi melaksanakan majlis pelancaran dan larian masing-masing. 5. Trek Larian (keselamatan hendaklah diutamakan) 5.1 Padang JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi; atau 5.2 Trek merentas desa; atau 5.3 Padang awam; atau 5.4 Taman rekreasi; atau 5.5 Trek larian yang sesuai dan selamat; atau 5.6 Gabungan mana-mana di atas.

6. Pendaftaran Peserta 6.1 Semua peserta perlu didaftarkan dalam borang penyertaan mengikut kategori masing-masing. 6.2 JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mendaftarkan peserta dengan melengkapkan maklumat mengikut kehendak borang. 6.3 Borang penyertaan boleh diperolehi dengan memuat turun melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/bsukan mulai 01 Mei 2011. 7. Nombor Peserta 7.1 Murid / pelajar sahaja yang akan diberi nombor peserta. 7.2 Peserta kategori lain tidak perlu diberi nombor peserta. 7.3 JPN / PPD / sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah memulakan nombor peserta murid / pelajar bermula daripada nombor 0001 dengan menggunakan format nombor yang sama (mengguna empat angka contoh 0098, 0122 atau 1387 dsb). 7.4 Nombor peserta murid / pelajar hendaklah dipamerkan di baju (bahagian hadapan atas) peserta semasa larian. Peserta kategori lain boleh berlari tanpa nombor peserta. 7.5 Nombor peserta boleh dicetak menggunakan kertas. 8. Pengesahan Jumlah Penyertaan 8.1 Pengarah IPGM / Matrikulasi / Pengetua / Guru Besar / Guru Kanan hendaklah mengesahkan jumlah sebenar penyertaan murid / pelajar dengan menurunkan cop rasmi dan tandatangan pada borang penyertaan murid / pelajar pada hari larian (02 Julai 2011). 8.2 Catatkan jumlah sebenar murid / pelajar yang mengambil bahagian pada borang penyertaan. 8.3 Bagi kategori lain, catatkan jumlah peserta yang berdaftar sahaja di dalam borang penyertaan.

9. Penyerahan Borang Penyertaan 9.1 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar borang penyertaan yang telah disahkan dengan cara mengimbas (scan) semua borang penyertaan dan di e-mel kepada Bahagian Sukan, KPM mulai 02 Julai iaitu selepas larian dan hendaklah sampai ke Bahagian Sukan sebelum 08 Julai 2011. Senarai e-mel adalah seperti berikut; 9.1.1 JPN/PPD/Sekolah alamat e-mel mengikut JPN masing masing 9.1.2 IPGM/ Matrikulasi alamat e-mel kepada SEKRETARIAT JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN) ALAMAT E-MEL PEGAWAI BERTUGAS JPN PERLIS perlis1m1s@gmail.com Pn Noorawati Binti A.Rahim 03 8884 1326 (P) JPN KEDAH kedah1m1s@gmail.com JPN PULAU PINANG pp1m1s@gmail.com JPN PERAK perak1m1s@gmail.com JPN SELANGOR selangor1m1s@gmail.com Pn Susila Binti Ahmad 03 8884 1331 (P) JPN WILAYAH PERSEKUTUAN klumpur1m1s@gmail.com PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA putrajaya1m1s@gmail.com JPN NEGERI SEMBILAN n91m1s@gmail.com JPN MELAKA melaka1m1s@gmail.com Cik Maizura Binti Haron 03- 8884 1330 (P) JPN JOHOR johor1m1s@gmail.com JPN PAHANG pahang1m1s@gmail.com

JPN TERENGGANU terengganu1m1s@gmail.com JPN KELANTAN kelantan1m1s@gmail.com Cik Norhikmah Binti Tauhid, seperti berikut : 03-88841333 (P) JPN SABAH sabah1m1s@gmail.com JPN SARAWAK sarawak1m1s@gmail.com JPN LABUAN labuan1m1s@gmail.com SEKRETARIAT (IPGM & Matrikulasi) sekretariat1m1s@gmail.com En. Jazmi Bin Abd Jalil, seperti berikut : P : 03-88841135 HP : 017-7199890 10. Penyerahan Gambar dan Rakaman Video 10.1 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah mengambil gambar pegun (still photos) sebagai bukti pelaksanaan acara. 10.2 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi digalakkan membuat rakaman video sebagai bahan dokumentasi dan juga bukti pelaksanaan acara. 10.3 Gambar pegun dan rakaman video hendaklah diatur mengikut kronologi acara: . pendaftaran; . permulaan larian (flag-off larian); . ketika larian berlangsung; . tamat larian; dan . aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai. 10.4 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah e-mel gambar pegun (10 hingga 20 keping) kepada Bahagian Sukan pada atau sebelum 08

Julai 2011 mengikut negeri masing-masing. Senarai e-mel adalah seperti para 9.1. 10.5 JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi hendaklah menghantar rakaman video melalui e-mel seperti alamat e-mel di para 9.1, atau dimuatkan dalam satu (1) cakera padat (CD /VCD) sahaja dan dihantar pada atau sebelum 08 Julai 2011 di alamat seperti berikut : Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1&7, Blok E13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (u.p. : En. Mohd Jazmi bin Abd. Jalil)

CARTA ALIRAN MAJLIS PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S): LARIAN SERENTAK 1M 1S 1MALAYSIA PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN GAMBAR & RAKAMAN VIDEO MULA MULA PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN GAMBAR & RAKAMAN VIDEO MULA MULA LAMPIRAN A JPN/PPD/SEKOLAH/IPGM/ MATRIKULASI MUAT TURUN BORANG & LENGKAPKAN BORANG PENYERTAAN MULAI 01 MEI 2011 PENGARAH/PENGETUA/GURU BESAR/GURU KANAN SAHKAN JUMLAH PENYERTAAN SEBENAR 02 JULAI 2011 IMBAS (SCAN) & E-MEL SEMUA BORANG PENYERTAAN KE BAHAGIAN SUKAN 02-08 JULAI 2011 . Jumlahkan bilangan penyertaan . Turunkan tanda tangan . Cop pengesahan TAMAT JPN/PPD/SEKOLAH/IPGM/ MATRIKULASI MERAKAM GAMBAR & VIDEO ACARA LARIAN 02 JULAI 2011 HANTAR RAKAMAN GAMBAR & VIDEO KE BAHAGIAN SUKAN DALAM BENTUK CAKERA PADAT (CD/DVD)

02

08 JULAI 2011

TAMAT

You might also like