You are on page 1of 7

BAB III

KAWASAN DAN KAEDAH KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Bab ini menghuraikan ciri kawasan kajian dan memberi olahan terhadap kaedah yang diambil untuk memenuhi tujuan dalam menyelesaikan masalah kajian. Berdasarkan kajian lepas yang diutarakan dalam Bab 2 menunjukkan persekitaran bandar yang terbentuk dari proses pembandaran mempunyai kaitan dengan kualiti hidup masyarakat di kawasan bandar. Bagi membuktikan penyataan tersebut satu ruang sebagai kawasan kajian diperlukan. 3.2 KAWASAN KAJIAN

Bandar Seremban telah dipilih sebagai kawasan kajian, bagaimanapun skop kajian hanya di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) (Rajah 3.1). Pemilihan bandar Seremban adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti lokasi, dasar dan perancangan serta proses pembangunan bandar Seremban. Berdasarkan perkara tersebut bandar Seremban adalah perlu dilakukan kajian berkaitan kualiti hidup masyarakatnya. 3.2.1 Rasional Pemilihan Bandar Seremban Sebagai Kawasan Kajian Bandar Seremban merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan yang terletak di zon tengah dalam arus pembangunan negara. Rajah 3.2 menunjukkan bandar Seremban terletak di pinggir pusat pembangunan negara menjadikannya satu bandar

51

yang mempunyai peluang cerah untuk menerima impak pembangunan sekitarnya. Kawasan perbandaran yang tidak terlampau besar serta penduduknya yang kurang kompleks merupakan penilaian asas kepada pemilihan bandar Seremban sebagai kawasan kajian. 3.2.2 Latar Belakang Dan Letakan Kawasan Majlis Perbandaran Seremban

Kawasan pentadbiran MPS telah mengalami penstrukturan pada tahun 1998 apabila ia diperluaskan dari 40.9 batu persegi kepada 55.0 batu persegi. Perluasan kawasan MPS membawa kepada pembahagian pentadbiran Daerah Seremban iaitu kawasan utara diletakan sebagai kawasan Majlis Daerah Seremban manakala di kawasan selatan diletakan di bawah pentadbiran MPS. Keluasan Daerah Seremban ialah 95, 053.00 hektar, daripada keluasan tersebut, 14, 533.32 hektar merupakan kawasan Majlis Perbandaran Seremban yang melibatkan sebahagian besar mukim Bandar, Ampangan, Rasah, Seremban, Rantau, Pantai dan Labu (Rajah 3.1). Penstrukturan juga telah membawa beberapa perubahan berkaitan komposisi penduduk dan keluasan kawasan pentadbiran MPS. 3.3 KAEDAH DAN REKA BENTUK KAJIAN

Kaedah kajian melibatkan orientasi kuantitatif kualiti hidup di bandar Seremban, untuk tujuan tersebut teknik mendapatkan data dan maklumat melibatkan pemerhatian di lapangan, persampelan serta pemonitoran alam sekitar dan pengedaran borang kajiselidik. Pemerhatian di lapangan melibatkan peringkat awal dan akhir kajian bagi mendapatkan maklumat awal mengenai kawasan kajian dan melengkapkan maklumat tambahan dalam penulisan. Pemonitoran alam sekitar melibatkan pemilihan stesen persampelan dan teknik pemonitoran yang digunakan bagi tujuan mendapatkan data alam sekitar bagi menggambarkan status alam sekitar di kawasan kajian. Data yang diperolehi digunakan untuk mengukuhkan penyataan berkaitan persekitaran bandar dan kualiti hidup. Persampelan kajiselidik melibatkan pemilihan kawasan persampelan serta pemilihan responden dan pengedaran borang kajiselidik. Teknik ini membantu pengkaji mendapatkan data yang lengkap persekitaran bandar dan kualiti hidup masyarakat di kawasan kajian.

52

Gambaran umum bandar dan kualiti hidup Hubungan manusia dengan persekitaran bandar

KAJIAN AWAL
Isu dan masalah kualiti hidup masyarakat bandar

Proses pembandaran dan keperluan kehidupan selesa

1. Pemasalahan kajian 2. Tujuan dan matlamat kajian


Konsep Pembandaran Bandar Penerapan kualiti hidup

TEORI

Konsep Kualiti hidup Persekitaran kualiti hidup Penunjuk kualiti hidup dibandar

Sekunder 1. Latar belakang Seremban 2. Pembandaran Seremban 3. Rancangan pembangunan Seremban 4. Persekitaran kualiti hidup Status kualiti hidup Seremban 1. Alam sekitar 2. Perumahan 3. Kesihatan 4. Keselamatan 5. Pendidikan 6. Pendapatan 7. Pekerjaan 8. Perhubungan 9. Keluarga 10. Kehidupan sosial

DATA

Primer 1. Pencemaran alam sekitar 2. Kajian kualiti hidup (kajiselidik)

ANALISIS DATA

Hubungan & perbandingan kualiti hidup. Kesediaan diri Persekitaran Bandar Akses bandar Kenalpasti aspek baik/buruk kualiti hidup di bandar

Pengurusan ke arah peningkatan kualiti hidup di bandar

PENEMUAN KAJIAN
Implikasi kajian kepada teori Saranan terhadap pengurusan

RAJAH 3.3 Kerangka reka bentuk kajian 3.4 KAEDAH PEMILIHAN SAMPEL PERSAMPELAN ALAM SEKITAR RESPONDEN DAN LOKASI

53

Pemilihan sampel kajian terbahagi kepada dua, iaitu untuk tujuan pengedaran borang kajiselidik dan pemilihan stesen pemonitoran alam sekitar. Pemilihan sampel untuk pengedaran borang kajiselidik adalah berasaskan kawasan petempatan dan jenis rumah yang terdapat di kawasan pentadbiran MPS. Manakala untuk pemonitoran alam sekitar adalah berasaskan stesen pemonitoran yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dan penentuan oleh pengkaji berasaskan kesesuaian kawasan dan skop tujuan kajian. 3.4.1 Pemilihan Sampel Responden

Dalam pemilihan sampel untuk pengedaran borang kajiselidik di kawasan kajian, teknik pensampelan rawak digunakan. Persampelan rawak merupakan kaedah yang paling mudah untuk memilih unit atau responden. Di dalam teknik ini, setelah rangka dibahagikan kepada unit persampelan, jumlah unit yang diperlukan dipilih secara rawak daripada populasi. Ini bererti setiap unit daripada populasi mempunyai peluang yang sama dengan unit yang lain untuk dipilih. 3.4.2 Pemilihan Stesen Persampelan Alam Sekitar

Pemonitoran alam sekitar dilakukan untuk mengukur pencemaran bunyi, udara dan air di kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Terdapat 11 stesen persampelan telah dipilih untuk mendapatkan aras pencemaran bunyi bising dan udara di bandar Seremban (Rajah 3.4). Pemilihan stesen ini adalah berasaskan gunatanah di kawasan kajian, iaitu melibatkan kawasan taman perumahan, kawasan industri, kawasan kampung, kawasan setinggan, trafik dan kawasan komersial. Ia bertujuan supaya data yang diperolehi dapat menggambarkan status pencemaran bunyi di kawasan MPS. Pemilihan stesen persampelan ini membolehkan pengkaji mendapatkan gambaran keseluruhan keadaan pencemaran bunyi dan udara di bandar Seremban. Mendapatkan status pencemaran udara dan bunyi adalah penting kerana pencemaran bunyi dan udara boleh membawa kepada kemerosotan kualiti hidup masyarakat bandar. 3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT

54

Teknik pengumpulan data dan maklumat berkaitan kualiti hidup masyarakat bandar Seremban melibatkan pengumpulan data sekunder (penduduk, perumahan, alam sekitar, kemudahan pendidikan, kesihatan, sosial, pengangkutan dan perhubungan) dan data primer (status alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat bandar Seremban). Data sekunder merupakan maklumat dalam bentuk angka yang telah siap dikumpul dan dibukukan dalam bentuk jadual atau hanya dengan senarai berangka manakala data primer adalah maklumat tentang sesuatu subjek atau fenomena yang dikumpul terus di lapangan (Abd Rahim Md Nor 1999). Oleh yang demikian, proses pengumpulan data melibatkan kajian di perpustakaan dan kerja lapangan. 3.5.1 Pengamatan di Lapangan

Menurut Dalen (1993) kaedah tinjauan ini merupakan proses untuk mengumpulkan penerangan terperinci berhubung dengan sesuatu fenomena yang berlaku, bertujuan untuk menggunakan data bagi membuktikan situasi dan amalan yang wujud. Dalam kajian ini pengamatan di lapangan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan persekitaran semasa kawasan kajian, khususnya berkaitan kawasan perumahan, sistem jalan raya dan perhubungan, alam sekitar dan kemudahan perkhidmatan di bandar Seremban. Ia melibatkan proses mencatat persekitaran bandar ke dalam buku nota untuk mendapatkan maklumat awal dan bahan tambahan dalam penulisan. Kajian fizikal menumpukan kepada struktur dalam bandar seperti unsur gunatanah kawasan perumahan, kawasan hijau sedia ada yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. 3.5.2 Kajiselidik di Lapangan

Kajiselidik di lapangan digunakan untuk mendapatkan respon responden terhadap persekitaran bandar. Berdasarkan respon ini status kualiti hidup semasa masyarakat bandar Seremban dikaji. Ada banyak sebab yang berlainan untuk menjalankan kaji selidik sosial iaitu ia boleh digunakan untuk mengetahui situasi yang sedia ada, untuk menilai keperluan, atau untuk menilai kejayaan atau kegagalan sesebuah projek atau program. Menurut Mohd Majid Konting (1993), penggunaan kajiselidik mempunyai keupayaan dan kelebihan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak. Kekuatan lain ialah dapat mengukur ciri atau

55

pembolehubah dan praktikal digunakan bagi populasi yang besar. Penggunaan kajiselidik sebagai alat kajian mempunyai kelebihan yang tersendiri, dengan ketepatan dalam borang kajiselidik adalah melebihi 70% jika responden kajian boleh menjawab penyataan kajiselidik tanpa diganggu oleh pengkaji (Kerlinger 1974). i) Kajian awalan kajiselidik

Borang kajiselidik yang digunakan telahpun diuji melalui kajian awalan. Kajian awalan telah dilakukan bagi membantu pengkaji mendapatkan subpenunjuk kualiti hidup bagi masyarakat bandar Seremban. Di samping itu, jawapan pra-koding semasa kajian awalan menjadi asas untuk menilai kesesuaian kajiselidik yang digunakan. Pada peringkat kajian awalan bentuk kajiselidik yang digunakan adalah bersifat terbuka bagi pengkaji mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan pandangan responden dan kawasan kajian. Di samping itu, kajian awalan merupakan latihan kepada pengkaji untuk penyesuaian kepada soalan sebenar yang dikemukan kepada responden. Perkara lain yang turut diambil kira ialah masa yang digunakan untuk temubual responden bagi setiap kajiselidik. ii) Borang kajiselidik

Bentuk kajiselidik sebenar mempunyai soalan yang berstruktur dan juga bersifat terbuka. Soalan digunakan bagi memudahkan proses koding dan analisis data kajian. Manakala soalan terbuka adalah untuk mendapatkan pandangan atau pendapat responden. Penggunan soalan bersifat terbuka adalah lebih sesuai kerana pandangan adalah berbeza di kalangan responden kajian. 3.5.3 Pemonitoran Alam Sekitar

Pemonitoran alam sekitar dilakukan untuk mendapatkan status pencemaran bunyi, udara dan air di kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Pengukuran dilakukan pada stesen yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan stesen baru mengikut keperluan dan tujuan kajian.

56

3.6 ANALISIS DATA Analisis data melibatkan sebahagian besar daripada data kajian kajiselidik yang dilakukan di lapangan. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis dengan bantuan komputer. Penggunaan statistik akan mendapatkan sifat sesuatu populasi yang dikaji serta dapat membantu membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi. Data yang dianalisis ini membolehkan interpretasi dilakukan di atasnya mengenai status kualiti hidup dan hubungannya dengan persekitaran di bandar Seremban. 3.7 Segala KESIMPULAN maklumat dari Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Seremban

(pengubahan) 1998-2020 dan Laporan Teknikal Majlis Perbandaran Seremban (Pengubahan) 1998-2020 digunapakai oleh pengkaji bagi menjelaskan kawasan kajian, meliputi lokasi kedudukan bandar Seremban, penduduk dan rasional pemilihan bandar Seremban sebagai kawasan kajian. Sementara itu, kerangka reka bentuk kajian menjadi panduan kepada kajian ini yang mengandungi kajian awalan, teoritis, metod kajian dan seterusnya hasil kajian iaitu status kualiti hidup semasa kualiti hidup dalam arus pembandaran yang berlaku di bandar Seremban. Manakala kaedah pengumpulan data dan maklumat yang dipilih adalah bersesuaian dengan tujuan dan kawasan kajian.

You might also like