You are on page 1of 14

PENGENALAN

Malaria adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh parasit Plasmodium, yang menjangkiti sel-sel darah merah. Sejarah menunjukkan manusia yang terjangkit malaria sejak awal zaman wujudnya manusia. Nama "mal aria" (bermaksud "bad air" dalam bahasa Bahasa Itali) pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1740 oleh H. Walpole semasa menggambarkan penyakit ini. Istilah ini disingkatkan menjadi "malaria" pada abad ke-20. Pada tahun 1880, C. Laveran adalah orang yang pertama mengenalpasti parasit dalam darah manusia. Pada 1889, R. Ross mendapati bahawa nyamuk merupakan haiwan yang menyebarkan malaria. Setakat ini, sekitar 2 juta kematian pada tahun di seluruh dunia disebabkan oleh jangkitan Plasmodium. Sebahagian besar berlaku dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun di negara-negara Afrika sub-Sahara. Ada sekitar 400 juta kes baru pada setiap tahun di seluruh dunia. Kebanyakan orang yang menetap di Amerika Syarikat dipercayai mendapat jangkitan yang dari luar negeri, biasanya ketika tinggal atau melancong di kawasan di mana malaria merupakan endemik. Simptom-simptom malaria merangkumi penyakit seperti selesema dengan demam, menggigil, sakit otot dan sakit kepala. Sesetengah pesakit yang dijangkiti mengalami mual, muntah, batuk, dan cirit-birit. Keadaan menggigil, demam, dan berpeluh yang berulang setiap satu, dua, atau tiga hari adalah biasa pada individu yang dijangkiti malaria.

Vektor pembawa bagi jangkitan Malaria.


Hos parasit utama dan vektor penyebar merupakan nyamuk betina genus Anopheles. Nyamuk muda mula-mula menelan parasit malaria dengan makan dari pembawa manusia yang dijangkiti dan nyamuk Anopheles yang dijangkiti membawa sporozoite Plasmodium dalam kelenjar liur mereka. Nyamuk dijangkiti apabila ia menghisap darah dari manusia yang dijangkiti. Apabila ditelan, gametocytes parasit yang dihisap dalam darah akan berubah menjadi gametes jantan dan betina dan kemudiannya bersatu dengan perut nyamuk. Ia kemudian menghasilkan ookinete yang menembusi lapisan perut dan menghasilkan oocyst pada dinding perut. Apabila oocyst pecah, ia membebaskan sporozoite yang bergerak melalui tubuh nyamuk kepada kelenjar liur, di mana ia bersedia untuk menjangkiti manusia baru. Penyebaran ini kadang kala dikenali sebagai pemindahan stesyen anterior. Sporozoite menusuk masuk ke dalam kulit, bersama-sama air liur apabila nyamuk menghisap darah yang berikutnya. Hanya nyamuk betina menghisap darah, dengan itu nyamuk jantan tidak menyebarkan penyakit ini. Nyamuk betina genus Anopheles gemar makan pada waktu malam. Ia biasanya merayau mencari makan pada waktu maghrib, dan akan berterusan sepanjang malam untuk menghisap darah. Parasit malaria juga mampu disebarkan melalui pemindahan darah, sungguhpun perkara ini amat jarang berlaku. Di Malaysia, ada 434 spesies nyamuk, yang mewakili 20 genera. Dari jumlah tersebut, 75 spesies Anopheles yang terdiri dari 2 subgenus, iaitu Anopheles dan Cellia. Dari 75 spesies, hanya 9 yang telah dilaporkan sebagai vektor iaitu An. maculatus, An balabacensis, An. dirus, An. Letifer An. campestris, An. sundaicus, An. donaldi, An. leucophyrus dan An. Flavirostris. 2

Morfologi vektor : Nyamuk Anopheles

Telur
Nyamuk Anopheles betina dewasa bertelur sebanyak 50-200 per oviposition. Telur yang cukup kecil berukuran kira-kira 0,5 0,2 mm diletakkan secara tunggal dan terus di atas air. Telur Anopheles bersifat unik kerana mereka telah terapung di keduadua sisinya. Telur tidak tahan terhadap persekitaran yang kering dan akan menetas dalam masa 2-3 hari. Jangka masa untuk telur menetas di negara beriklim sejuk ialah 2-3 minggu.

Larva
Larva nyamuk memiliki kepala yang berkembang dengan baik dengan mulut yang menyerupai berus digunakan untuk makan, sebuah toraks yang besar dan perut bersegmen sembilan. Mereka tidak mempunyai kaki. Berbeza dengan nyamuk lain, larva Anopheles kurang siphon pernafasan membuatkan posisi tubuh mereka adalah sejajar dengan permukaan air. Larva bernafas melalui spirakel yang terletak pada segmen perut ke-8 dan larva harus ke permukaan air dengan kerap. Larva menghabiskan sebahagian besar masa mereka memakan alga, bakteria, dan mikroorganisma yang lain di permukaan microlayer. Larva berenang dengan menggerakkan dinding di seluruh tubuh atau melalui propulsi dengan berus mulut.

Pupa
Pupa berbentuk koma bila dilihat dari sudut tepi. Kepala dan dada digabungkanmenjadi cephalothorax dengan perut melengkung di bawahnya. Seperti larva, pupa harus sering datang ke permukaan untuk bernafas, yang mereka lakukan melalui sepasang trumpet pernafasan di cephalothorax. Setelah beberapa hari hidup sebagai pupa,maka permukaan dorsal cephalothorax membelah dan nyamuk dewasa muncul.

Dewasa

Kitaran hidup parasit Malaria.

Diagnosis makmal jangkitan parasit Malaria.


Cara mendiagnos malaria yang paling rutin dan diyakini adalah pemeriksaan mikroskopik filem darah kerana setiap empat spesies parasit utama dapat dilihat memiliki ciri-ciri jelas yang berbeza. Filem darah nipis adalah sama seperti filem darah biasa dan membolehkan pengenalpastian spesies kerana gambaran parasit paling jelas dapat dilihat dengan cara ini. Filem darah tebal mampu memaparkan sejumlah besar isipadu darah dan sebelas kali lebih sensitif berbanding filem darah nipis. Dengan itu untuk mengesan jangkitan tahap rendah adalah lebih mudah dengan menggunakan filem darah tebal, tetapi untuk membezakan antara spesies berlainan adalah lebih sukar. Dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua filem darah tebal dan nipis, ia adalah penting untuk menggunakan kedua-dua filem darah untuk melakukan pendiagnosan dengan lebih tepat. Daripada filem darah tebal, juruteknologi makmal yang berpengalaman mampu mengesan tahap parasit (atau parasitemia) serendah 0.0000001% dari sel darah merah. Diagnosis mikrospkop boleh menjadi sukar kerana bentuk trofozoit (bentuk cincin) kesemua empat spesies kelihatan hampir serupa dan adalh mustahil untuk membuat pengenalan spesies berdasarkan trofozoit sahaja. Spesies utama bagi parasit malaria adalah Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium ovale dan Plasmodium malariae.

Gambaran peringkat Plasmodium falciparum yang dicelup Giemsa pada filem darah tebal dan nipis.

Gambaran peringkat Plasmodium vivax yang dicelup Giemsa pada filem darah tebal dan nipis.

10

Gambaran peringkat Plasmodium malariae yang dicelup Giemsa pada filem darah tebal dan nipis.

11

Gambaran peringkat Plasmodium ovale yang dicelup Giemsa pada filem darah tebal dan nipis.

12

PENUTUP
Kesimpulannya, malaria merupakan suatu gejala infeksi yang patut dicegah. Kaedah yang digunakan bagi menghalang penyebaran penyakit atau melindungi seseorang di kawasan di mana malaria adalah endemik ialah penghapusan vektor nyamuk dan menghalang gigitan nyamuk. Pada masa kini belum terdapat vaksin yang menghalang jangkitan malaria dan vaksin masih sedang dalam penyelidikan untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan masing-masing dengan menjadi lebih peka terhadap isu dan bahaya jangkitan malaria.

13

RUJUKAN

1. Parasitologi Perubatan (1988) Vijaya Thomas DBP 2. Medical Lab Manual for Tropical Countries Vol 1 &2 (2000) Monica Cheeseborough / ELBS 3. www.infosihat.gov.my

14

You might also like