You are on page 1of 14

PENGACARA MAJLIS disediakan oleh:

M. Devarasoo G. Gayathire K. Jivaneswary S. Rajkumar B. Sharmila R. Sharmila

PERANAN SEORANG PENGACARA & JURUHEBAH MAJLIS (MC)


- Kawal majlis dengan baik dan bijaksana. - Pastikan semua orang dapat mendengar percakapan anda dengan jelas. - Jangan cakap layu sangat, perlahan-lahan (step-by-step). - Jangan cakap perkara yang anda tidak mahir atau anda tidak pasti. - Pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dari hadapan ke belakang majlis. - Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi orang ramai. - Pelbagaikan intonasi suara anda. - Cakap perkara yang ringan dan sekali-sekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar. - Tepati masa. Jangan meleret-leret. - Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.

Protokol dan Etiket Sosial

Walaupun tugas anda hanya sebagai pengacara...sebaik-baiknya anda juga perlu memahami dan mengetahui tentang protokol dan etiket majlis supaya memudahkan tugasan anda sebagai pengacara. Di bawah ini saya kongsikan sedikit tatacara protokol dan etikel majlis. Protokol mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut seniority, bermaksud mengikut pangkat seseorang VIP itu. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya. Yang menentukan tinggi rendahnya sesebuah protokol itu ialah melalui formality nya. Ianya bermaksud protokol tersebut mestilah mempunyai VIP, Aturcara, serta beberapa protokol tertentu seperti tempat duduk, karpet merah dan sebagainya.

ELEMEN BERPAKAIAN
1.Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna seperti Oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita). 2. Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Anda tentu tidak mahu menggunakan pen berjenama sekolah, atau yang murah harganya ketika mencatitkan sesuatu di hadapan atau majlis rasmi.

3. Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.

4. Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan serta memberi imej yang buruk kepada anda! Cara yang lain pula ialah dengan menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat menyembunyikan beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan dengan tempat duduk anda.

PRINSIP PENGENALAN DIRI


1. Salah satu tujuan kita menghadiri majlis rasmi adalah untuk menambah networking, atau rakan kenalan. Sebagai contoh, kita tentunya mempunyai ramai kenalan baru apabila menghadiri seminar atau kursus dari pelbagai jenis agensi. Di dalam prinsip pengenalan diri juga, terdapat beberapa etiket serta protokol yang perlu diketahui agar ianya tidak merosakkan majlis serta memalukan diri sendiri. Individu yang kurang kuasanya, haruslah diperkenalkan kepada orang yang lebih berkuasa. Sebagai contoh, seorang guru besar diperkenalkan kepada Pengarah Kementerian Pelajaran. Bukannya Pengarah ini yang memperkenalkan dirinya kepada guru besar tersebut! Dan seeloknya apabila sudah diperkenalkan, seeloknya individu yang lebih berkuasa ini menghulurkan tangan untuk bersalam terlebih dahulu.

2. Bercakap mengenai salam, terdpat beberapa jenis salam yang mungkin kita terlepas pandang penggunaanya ketika berada di majlis rasmi. Antaranya: Salam bersentuhan bahu bermaksud berjumpa rakan lama Salam Touch N Go tidak berapa hendak salam Salam cepat tarik bermaksud tergesa-gesa Salam berpeluh bermaksud gugup/kurang bersedia Salam yang erat (peluk bahu 3 kali) dan mesra Salam yang sebaik-baiknya.

3. Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis rasmi, kita memang akan sentiasa berbual dengan sesiapa sahaja. Namun, harus diingat bahawa setiap jenis perbualan haruslah mengambil kira sensiviti pelbagai pihak, terutamanya individu yang baru dikenali. Ianya seharusnya tidak mengaibkan orang lain, dengan menabur fitnah atau mencaci cerca orang lain. tempoh masa antara 2-5 minit adalah tempoh yang dianggap sesuai untuk berbual tentang sesuatu topik.

4. Banyak lagi wadah yang ingin saya ceritakan kepada anda mengenai protokol dan etiket sosial ini, yang pada pendapat saya banyak membantu kita ketika tentang adab dan tatacara yang sebetulnya ketika menghadiri pelbagai majlis rasmi. Pada bahagian kedua siri ini nanti, saya akan menyambung topik yang dianggap penting terutamanya kepada pengacara majlis, iaitu tentang peranan mereka ketika mengemudi sesebuah majlis, serta imej diri yang perlu ada pada anda ketika berada di dalam majlis rasmi.

TIPS
JENIS MAJLIS Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis: a. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan. b. Majlis tidak rasmi - gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).

TATACARA PENYAMPAIAN
Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara. Contoh: Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat. Gaya penyampaian: Nada yang sesuai. Gerak laku ketika bertutur. Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan. Membina ayat dengan ayat aktif. Gunakan bahasa kiasan. Amalkan bahasa yang mudah. Membuat penutup dengan menyatakan harapan

Kesalahan yang perlu dielakkan

i Elakkan pembaziran perkataan. i Elakkan klise. i Elakkan ulangan yang tidak perlu. i Terlalu merendah diri. i Berpura-pura. i Pujian melambung. i Terlalu banyak menggunakan badan i Sindiran i Penggunaan tatabahasa yang tidak betul. i Kurang membuat hubungan dengan jemputanmemandang ke bawah. i Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like