You are on page 1of 15

MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA

KULIAH II PENGENALAN NEGARA MALAYSIA


1

MASYARAKAT
 Sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan, bergantungan dan berasaskan satu budaya bidang tertentu & mempunyai matlamat yang sama  Satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama manusia  Terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.  Konsep bahawa manusia hidup secara berkumpulan dan berkelompok yang mengamalkan satu budaya yang sama.

MASYARAKAT MAJMUK
 Sekelompok manusia yang terkandung di dalamnya pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya serta mempunyai kepelbagaian agama, adat resam dan budaya yang tersendiri.

PERKEMBANGAN MASYARAKAT
 Masyarakat buru & kumpul  Masyarakat ternak dan tani & masyarakat ternak  Masyarakat tani  Masyarakat industrial  Masyarakat pasca industrial
3

Penduduk Utama Malaysia  Penduduk Malaysia adalah masyarakat majmuk. Ia terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, orang Asli dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Etnik Melayu  Ramai drp orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada hari ini adalah keturunan drp mereka yg berasal drp kepulauan Indonesia.  Sebelum penjajahan kuasa Barat, kedatangan orang Melayu dari Indonesia adalah perkara biasa kerana kawasan yg terlibat (Tanah Melayu dan Indonesia) adalah satu kawasan yg sama yg dikenali sebagai kepulauan Melayu 5

Faktor penghijrahan Penduduk Indonesia ke Tanah Melayu Kemiskinan Kestabilan politik Ciri-ciri penduduk Indonesia Ketidakstabilan politik di Indonesia
6

Ekonomi orang Melayu  Orang Melayu adalah yg termiskin di kalangan orang miskin.Orang Melayu ramai yg terlibat di dlm sektor pertanian dan industri tradisi Kemunduran org Melayu dlm ekonomi dikatakan berpunca dari dasar penjajah British. Politik orang Melayu  Orang Melayu kuat dari segi politik. Sejak sebelum kemerdekaaan lagi, org Melayu menguasai politik.Parti-parti org Melayu sentiasa mempunyai majoriti perwakilan di Parlimen.Contoh parti org Melayu kini ialah PAS dan Umno. Sosio-budaya orang Melayu Majoriti orang Melayu tinggal di kampung. Komuniti di dalamnya bercirikan ikatan sosial yg kuat dan kawalan sosial yg ketat.

Etnik Cina  Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka.  Kedatangan secara besar-besaran orang Cina berlaku selepas tahun 1848, selepas bijih timah dijumpai di Larut Perak. Majoriti penduduk Cina di negara kita pada hari ini adalah berketurunan drp imigran Cina yg datang ke negara ini pada waktu tersebut. Faktor penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu  Kesukaran hidup di negeri China  Ketidakstabilan politik di kawasan selatan China  Pertumbuhan perusahaan bijih timah dan getah  Kestabilan politik di Tanah Melayu  Kemudahan untuk berhijrah  Ciri penduduk China

Ekonomi orang Cina  Orang Cina banyak terlibat di dalam aktiviti perniagaan. Mereka juga merupakan kaum terbesar yg terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan profesional  Boleh dikatakan pada waktu ini, kaum Cina menguasaiekonomi berbanding Melayu dan India. Politik orang Cina  Pada zaman Jepun orang Cina tidak dibenarkan berpolitik. Selepas Perang Dunia ke-II orang Cina mula merasakan perlu bergiat dalam bidang politik.  Orang Cina yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan MCA yg cuba melindungi kepentingan mereka. Selain MCA, terdapat juga Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat. MCA merupakan parti utama orang Cina.
9

Sosio-budaya orang Cina  Di negara ini, kebanyakan org Cina beragama Buddha. Pada amnya mereka menggunakan bahasa mandarin dalam pertuturan. Etnik India  Kehadiran org India di Tanah Melayu boleh dikesan sejak 2000 tahun lalu di mana mereka ini berdagang dgn negerinegeri perlabuhan yang wujud di Tanah Melayu ketika itu.  Semasa pendudukan Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786, buruh-buruh India telah berhijrah ke pulau tersebut untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan juga sebagai pembantu domestik.  Penghijrahan secara besar-besaran berlaku pada abad ke-19 untuk bekerja di estet-estet dan ladang-ladang pertanian. 10

Faktor penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu Kesukaran hidup di India Pertumbuhan ekonomi yg pesat di Tanah Melayu Galakan drp Kerajaan Inggeris

11

Ekonomi orang India  Org India ramai terlibat dlm bidang perladangan dan buruh kasar. Namun ramai ada juga yg terlibat dlm bidang lain spt perniagaan, perubatan dan guaman. Politik orang India  Parti utama org India ialah MIC. Parti ini memperjuangkan nasib bangsa India di Malaysia. Sosio-budaya orang India  Majoriti org India di Malaysia adalah berketurunan dari India Selatan dan berbahasa Tamil.  Mereka beragama Hindu, tetapi ada juga yg beragama Islam, Kristian dan Sikh.
12

Penduduk Pribumi Sabah dan Sarawak




Penduduk di Sabah dan Sarawak juga berbagai. Mrk dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yg terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Org Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.
13

Orang Asli


  

Org Asli boleh dibahagikan kpd 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dlm kesemua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Pada tahun 1991, jumlah org Asli seramai 83 453 org. Pada umumnya, ekonomi majoriti org Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar org Asli beragama animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian org Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dgn pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia
14

Tamat untuk Hari Ini

15

You might also like