Professional Documents
Culture Documents
EPILEPSI
EPILEPSI
Memahami penyakit sawan dan epilepsi Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:
Diam seketika Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran Kaki dan tangan menjadi keras/kejang Kaki dan tangan menyentak-nyentak Tiba-tiba jatuh ke lantai
Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :
Terkejut Pergerakan normal semasa tidur Tindakan menahan nafas Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures) Pengsan Berangan
Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak. Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.