You are on page 1of 12

Pengujian. Pengukuran. Penilaian.

Pentaksiran Pengujian Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajarpelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.

Croanbach (1970) y y Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor : -30/100 untuk ujian penglihatan, -100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test) -80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajarn seperti Sains. sistem berkategori: - ekstrovert atau introvert bagi ujian perosnaliti - rabun warna bagi ujian penglihatan. Muilagros(1981) y y y Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. _________________________________________________________ Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan: y ujian berbahasa: Contoh :-ujian pensel -kertas set ujian lisan

ujian bukan berbahasa contoh :- ujian prestasi - ujian kemahiran psikomotor -ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian -Persediaan -pelaksanaan pentadbiran ujian -pemeriksaan skrip jawapan. TUJUAN PENGUJIAN -Menentukan perubahan tingkah laku pelajar. -Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertantu. -Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian. -Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarnnya. -Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang. PENGUKURAN Pengertian konsep: -suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik -tentang sebanyak mana individu atau pelaj r mempunyai suatu ciri yang diukur dengan a menggunakan alat tertentu -untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu. Contoh: -Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan. -kemahiran melukis seseorang pelajar boeh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Ciri pengukuran: -tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah. -Contoh:. Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris. -seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45. -Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boeh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek -aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak. Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran: -jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80% -jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi. Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu : -skala nominal mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. dan seterusnya

contoh: angka 1 mewakili etnik Melayu dalam mengukur peratus etnik pelajar dalam sesebuah kelas. - skala ordial skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan contoh: angka 1- sangat tidak setuju 2- kurang setuju 3- sederhana setuju 4- setuju 5- sangat setuju -skala sela data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

-skala nisbah mempunyai semua ciri skala sela tetapi ia tertakluk kepada nilai mutlak yang bermula dengan sifar(0) yang bererti kosong. Contohnya, perbezaan antara 20 hingga 40 ialah sama dengan perbezaan antara 70 hingga 90. 90 boleh dinyatakan sebagai dua kali ganda 45 kerana nombor tersebut bermula dari nilai 0.

pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu -pemerhatian -lisan -penulisan. TUJUAN PENGUKURAN -Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar. -Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam matapelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya. -Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. -Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran. -Untuk pensijilan persekolahan. sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu perin gkat

-Sebagai rujukan criteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu. PENILAIAN Pengertian Konsep : -satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. -suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. -melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. -melibatkan tiga proses utama iaitu: #menentukan ukuran #menganalisis ukuran

#menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran. Gay 1985 -penilaian adalah satu proses yang sistematik -semasa mengumpul dan menganalisis data -bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai. -membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Stufflebeam (1971) -penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan mak lumat berguna -bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. -menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. -pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk -Kualitatif sahaja : gred (A,B,C.D) dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal -Kuantitatif sahaja : Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih. Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu: 1.Peringkat persediaan ujian 2.Peringkat pentadbiran ujian 3.Peringkat pemeriksaan dan pengukuran 4.Peringkat analisis 5.Peringkat interpretasi dan tindakan

Kategori Penilaian:

-Penilaian KEndiri: bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan. -Penilaian Guru bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya -Penilaian Piawai bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama a da pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar. Tujuan Penilaian: -Diagnosis -Pencapaian Pemilihan dan Penempatan Bimbingan dan Kaunseling Diagnosis Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut : Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. kecekapan: cepat, cergas , lemah Pencapaian Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan:

Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. Bimbingan dan kaunseling pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. bersifat

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. Tujuan lain Penilaian bagi Ujian Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan -rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar da lam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Pentaksiran

Pengertian/ Konsep: Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur -unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai. Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka . Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000) Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu: pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) proses pembelajaran berterusan dijalankan untuk memastikan setiap menterjemahkan kehendak tugasan pelajar atau murid memahami dan dapat

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran menyediakan maklumbalas dan arahan segera Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriter yang ditaksir ia Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut :

Mengapa Mentaksir? Apa yang ditaksir ? Kaedah yang digunakan ? Memastikan Kehendak Kualiti

Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci Maklumbalas terperinci yang tepat Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan u ntuk memperbaiki prestasi

Mengunakan Maklumat

Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid. memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta -kognisi (metacognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka menyediakan contoh-contoh hasilan kurikulum amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten memantau proses meta-kognitif pelajar menyediakan maklumbalas yang terperinci dan juga pembelajaran agar

serta

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya atau pentadbiran.

murid memperolehi dari pihak sekolah

Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan gurumenyediakan : kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan kaedah yang telus bagi pentaksiran kepada pembelajaran

deskripsi mengenai proses pentaksiran strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan . Pendekatan Tujuan Pentaksiran Kepada Penghakiman mengenai Pembelajaran penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya Pentaksiran Untuk Maklumat bagi hasilan pembelajaran Pembelajaran guru Pentaksiran Sebagai Penilaian kendiri dan pembetulan Pembelajaran sendiri Rujukan Murid Pentaksir Guru

Pentaksiran piawai luar Guru atau harapan Matalamat kendiri dan Murid piawai luaran

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan memperbaiki pengajaran-pembelajaran. tentang pengajaran dan pembelajaran

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

You might also like