You are on page 1of 3

Teks Pengacaraan Temasya Olahraga Tahunan ke 49 SK SIMPANG 2011 .

1. Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dato Hj. Ahmad


Shalimin B. Hj. Ahmad Shafie, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

2. Yang Berusaha En. Badzli bin Said, Guru Besar SK Simpang,


Yang Dihormati En. Roslan bin Lah, Pengerusi PIBG SK Simpang, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad Ridzuan bin Jusoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Kasma binti Mohamad Saaid Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Yusof bin Guru-guru merangkap Ahli Jawatankuasa

Temasya Olahraga Tahunan ke 49 SK Simpang, seterusnya para ibu bapa dan pelajar-pelajar dikasihi sekalian. Majlis dimulakan awal Bismillah Alunan doa kalaamullah Dihalusi puisi suci nan indah Mulia tanda kebesaran Allah

3. Alhamdulillah, setinggi-tiggi kesyukuran dirafakkan kehadrat

Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini sekali lagi kita dapat menganjurkan Temasya Olahraga Tahunan kali ke 49. SAW dan pihak majlis dengan besar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Dato Hj. Ahmad Shalimin B. Hj. Ahmad Shafie, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, sidang tetamu, para waris dan ibu bapa serta hadirin semua ke Temasya Olahraga Tahunan kita pada hari ini.

4. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Besar Kita Muhammad

5. Temasya Olahraga Tahunan kita hari ini akan dimulakan dengan


acara perbarisan oleh kontijen Rumah Sukan dan Unit beruniform SK Simpang. (Lihat Lampiran)

6. Sebagai pembuka tirai, majlis ingin menjemput wakil pelajar;

_________________________________________ bagi mengetuai pembacaan Ikrar Sukan. Diminta sidang hadirin berdiri.

7. Begitulah tadi sempurnanya pembacaan ikrar sukan sebagai tanda komitmen para atlet kepada temasya olahraga kita pada hari ini.

8. Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Badzli bin

Said, Guru Besar SK Simpang bagi menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .......................................................................................... Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan sebentar tadi. Buah Langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.

9. Tibalah masanya ke acara yang dinanti-nantikan. Dengan ini


majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia, Dato Hj. Ahmad Shalimin B. Hj. Ahmad Shafie, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Temasya Olahraga Tahunan kali ke 49 Sekolah Kebangsaan Simpang. Dengan penuh takzim dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Dato atas ucapan perasmian sebentar tadi. 10. Seterusnya Temasya Olahraga Tahunan kita akan diteruskan

dengan Persembahan senamrobik yang akan dipimpin oleh Pn. Khuzaimah Omar. Peserta bagi persembahan Senamrobik kita tahun ini adalah para pelajar dari kelas 4 Amanah. Dijemput untuk masuk ke padang. ......................................................... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan senamrobik atas persembahan yang sungguh bertenaga sebentar tadi.

11. Hadirin sekalian, Maka dengan ini tamatlah upacara pembukaan Temasya Olahraga Tahunan kita kali ini dan seterusnya kita akan menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan dan unit beruniform dari padang. Tamat.

You might also like