You are on page 1of 19

F OL I O G EO G RAFI 2008

KEGIATAN EKONOMI & JARINGAN PENGANGKUTAN


Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly.

Folio Indonesia
Ahad, 2008 Jun 29 di 11:04 Dicatat oleh Maya KAWASAN KAJIAN Saya telah memilih Taman Bahtera sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Tanjong Malim. Kawasan ini sedang membangun dengan pesat dan didiami oleh ramai penduduk. Taman Bahtera terletak di Daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor (Sila rujuk Lampiran 1 dan 2). Ia juga merupakan satu kawasan yang berhampiran dengan Ladang Kelapa Sawit, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Escot dan tempat ibadat. Keluasan kawasan ini ialah kira-kira 0.05 kilometer persegi (km). Kawasan kajian ini pula terletak 4 kilometer dari SMK Methodist, Tanjong Malim dan mempunyai berbagai-bagai kemudahan seperti kedai, pasaraya, hotel dan sebagainya (sila rujuk peta lakar 1).

DAPATAN KAJIAN JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI (a)PERINDUSTRIAN Kawasan kajian ini mempunyai dua perindustrian yang besar iaitu Kilang Etonic dan Kilang U. B. Rubber Products Sdn. Bhd. Kilang Etonic merupakan pengeluar baju lelaki dan juga seluar lelaki. Di Kilang U. B. Rubber Products pula merupakan pengeluar getah pengikat, plastik dan bag plastik pelbagai penggunaan. (b)PERTANIAN Taman Bahtera juga mempunyai satu-satunya kegiatan pertanian. Ianya ialah ladang kelapa sawit. Ladang ini terletak di belakang kawasan kajian. Keluasan ladang ini ialah lebih daripada 5 hektar. (c)PERKHIMATAN Kawasan kajian ini mempunyai 3 kedai makan iaitu Zee Tomyam,Restoran Nasi Kandar dan Restoran Juara Tomyam . Sebuah Kedai runcit Pasaraya Taman Bahtera. Satu pusat servis tayar iaitu Pusat Servis Tayar Brigestone.Satu perhotelan iaitu Hotel Sahara Inn. Dan juga sebuah Kedai Komputer. SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN (a)PELUANG PEKERJAAN Di Taman Bahtera terdapat banyak peluang pekerjaan seperti pelayan kedai makan, makenik kereta,pelayan hotel dan pelayan kedai. Berbanding dengan negara Indonesia peluang pekerjaan di sana lebih banyak daripada di taman bahtera. Jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk Taman Bahtera dan peluang pekerjaan (Sila rujuk jadual 1 dan graf 1) Saya bersyukur kerana disini juga terdapat peluang pekerjaan. Secara kesimpulannya, sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan memainkan peranan penting dari segi pembangunan ekonomi Taman Bahtera. Faktor keselesaan dan ketersampaian telah mempengaruhi penduduk kawasan kajian menetap di Taman Bahtera selama-lamanya. KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR (a)PENCEMARAN Tiga jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian, iaitu pencemaran udara, pencemaran sampah dan bunyi. Udara tercemar akibat pengeluaran asap dari kenderaan dan pembakaran secara terbuka. Pencemaran sampah pula akibat pengunjung-pengunjung di kedai makan kerana mereka membuang sampah sarap di merata tempat. Manakala pencemaran bunyi pula sentiasa terjadi disebabkan kenderaan, penggunaan media eletronik, dan binatang peliharaan. Keadaan begini memberi kesan yang tidak sihat kepada penduduk taman bahtera. Di antaranya ialah kesukaran bernafas akibat asap tebal, bau yang tidak menyenangkan, penyakit paru-paru, dan ketidaktenteraman. Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama seperti yang berlaku di taman bahtera.

(b)ALAIRAN AIR LONGKANG TERSUMBAT Sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat sehinggalah ada yang terjatuh ke dalam longkang. Ini menyebabkan air longkang di kawasan kajian selalunya tersumbat apabila hujan turun. Kesalahan itu harus ditanggung oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Tanjong Malim yang kurang memberi perhatian terhadap pembersihan longkan. Faktor-faktor tersebut mendorong kepada pembiakan nyamuk dan bau busuk di taman ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pada suatu masa nanti akan juga berlakunya banjir kilat yang boleh membahayakan penduduk sewaktu hujan lebat. Berbanding dengan Indonesia di sana penguatkuasaannya yang ketat membolehkan penduduk di Indonesia sentiasa mengikut undang-undang negaranya. (c)PENGURUSAN SAMPAH-SARAP Kaedah yang sesuai dalam proses pembuangan sampah pula tidak digunakan oleh penduduk di kawasan kajian. Ramai yang mengisi sampah di dalam karung plastik dan menggantungkannya di atas pagar atau pun meletakannya di tepi jalan raya. Perkara ini memberi dorongan kepada binatang peliharaan menyelongkarkan sampah tersebut. Masalah ini bertambah serius apabila pihak Majlis Daerah tidak mengutip sampah mengikut jadual. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi tempat hinggapan lalat lalu menyebarkan penyakit taun. Berbanding dengan negara Indonesia pihak berkuasa di sana menyediakan tong sampah untuk setiap keluarga yang menghuni rumah. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR (a) KEMPEN Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Alam Flora Sdn. Bhd dan Kerajaan Kementerian Kesihatan perlu mengadakan kempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar kepada kita. Mereka juga perlu memberitahu kepada pengguna kenderaan supaya berkongsi kereta atau pun menggunakan pengangkutan awam ke tempat yang mereka inigin pergi. Pihak yang berkenaan juga perlu memberitahu kepada supaya penduduk selalu bergotong-royong dari semasa dari semasa. Berbanding dengan negara Indonesia pihak yang berkenaan di sana kerap kali membuat kempen di sana. (b)KITAR SEMULA Selain daripada itu, kitar semula juga membantu mengurangkan bahan-bahan buangan. Selain daripada itu, bahan-bahan buangan juga boleh dikitar semula bagi mengurangkan jumlah sampah yang tidak menyenangkan hati penduduk. Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama seperti yang berlaku di taman bahtera. (c)PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Pihak seperti Majlis Daerah perlulah mengguatkuasakan undang-undang supaya mereka tidak membuang sampah merata-rata. Pihak berkuasa juga harus denda kepada penduduk yang melanggar undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu

menyediakan tong sampah bagi mengatasi masalah ini. Berbanding dengan negara Indonesia pihak berkuasa disana telah menguatkuasakan undang-undang ini dari awal lagi. RUMUSAN Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan selaras dengan objektif kajian. Melalui kajian ini saya telah mengenalpasti jenis ekonomi, sumbangan kegiatan ekonomi, kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap ekonomi di kawasan kajian saya, iaitu Taman Bahtera. Taman Bahtera mempunyai dua kegiatan ekonomi yang terbesar iaitu pertanian dan perkhimatan. Kegiatan pertanian terbahagi kepada satu iaitu Ladang kelapa Sawit.Manakala kegiatan perkhimatan pula terbahagi kepada enam iaitu Kedai Makan, Penghotelan, Kedai Runcit, Pusat Servis Tayar . Sumbangan kegiatan ekonomi ialah peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk sekitar Tanjong Malim dan kemudahan infrastuktur yang makin meningkat. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi sering berlaku. Keadaan begini memberi kesan yang tidak sihat kepada penduduk taman bahtera. Aliran longkang yang tersumbat dan pengurusan sampah-sarap yang kurang serius akan menyebabkan kejadian yang kurang menyenangkan akan berlaku. Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk dan menguatkuasakan undang-undang. Di samping itu, melalui kajian geografi ini, saya telah memperoleh banyak faedah. Di antaranya ialah meninkatkan pengetahuan dari segi memperoleh kemahiran dan teknik menyampaikan data. Selain itu, saya juga dapat meninkatkan idea untuk menulis laporan. Akhirnya, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus Geografi yang akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji petempatan.
0 ULASAN

Folio Kanada
di 11:01 Dicatat oleh Maya Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Geografi murid-murid tingkatan 3 diberikan peluang mengerjakan kerja amali di kawasan kajian Taman Greenwood . Tajuk ini menepati tema pembelajaran . Murid-murid tingkatan 3 Hikmah diberi tajuk kajian oleh guru mata pelajaran Geografi . Saya dan kawan sekelas telah diberi tajuk Kepentingan Sistem Pengangkutan Di Kawasan Kajian Dan Bandingkannya Dengan Negara Kanada . Kajian dijalankan di Taman Greenwood Selangor . Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja

kursus ini ialah 8 minggu . Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan . OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif-objektif yang gitentuka dalam melaksanakan kerja kursus ini : a) Kesan-kesan perkembangan pengangkutan . b) Mengenal pasti bentuk muka bumi untuk pembinaan jalan raya . c) Mengetahui kesan negatif . d) Jenis sistem pengangkutan . e) Faktor yang mempengaruhi . f) Faktor dari segi darjah kertersampaian . g) Mengetahui langkah-langkah penyelesaian . KAWASAN KAJIAN Guru mata pelajaran Geogafi Tingkatan 3 Hikmah sebagai kawasan kajian saya . Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya, iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya ini. Taman Greenwood terletak di daerah Gombak . Taman ini terletak berhampiran dengan Batu Caves . Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer . Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang dituju . Pengangkutan yang boleh digunakan di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus , dan teksi awam . KAEDAH KAJIAN Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut : a)Pemerhatian : Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Greenwood dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari . b)Rujukan : - Internet > Mendapat maklumat HASIL KAJIAN Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan , jenis sistem pengangkutan yang ada di Taman Greenwood atau berdekatan dengan taman itu ialah jalan raya , terowong SMART , LRT dan lebuhraya bertingkat . Faktor yang mempengaruhi kemajuan teknologi ialah jaringan pengangkutan yang banyak . Seperti kemudahan awam yang disediakan . Manakala dasar kerajaan pula , menurap jalan atau memperlebarkan jalan yang berlubang atau jalan yang sempit . Selain itu factor keselesaan pengguna pula , mempunyai jalan raya yang selamat

dan cepat untuk pergi kesesuatu tempat . Manakala dari segi kertersampaian pula , darjah kesampaian tinggi kerana bayak pengangkutan awam yang terdapat di Taman Greenwood . Kebanyakan pengangkutan awam memudahkan mobility penduduk di Taman Greenwood . Antara faktor lain pula , perkembangan ekonomi yang bagus . Akhir sekali , peningkatan taraf hidup penduduk membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam . Kesan-kesan perkembangan pengangkutan pula , ialah mengurangkan kesan pengangkutan jalan raya kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas . Selain itu , kita perlu menjaga dan memelihara alam sekitar . Selain itu , kita perlu membuat landskap yamg menarik seperti meletakkan bunga yang menarik di sepanjang jalan . Manakala kesan negatif pula , seperti kesan flora dan fauna akan menyebabkan hutan di tebang untuk membuat jalan raya . Selain itu , kenderaan yang banyak menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku . Manakala , tanah runtuh kerana membuat jalan di lereng bukit ketika hujan . Akhir sekali , langkah-langkah penyelesaian seperti menggunakan alat catalytic iaitu converter pada ekzos kenderaan yang mampu mengurangkan asap kereta . Selain itu , kita perlu penghijauan bandar seperti menanam pokok yang berkualiti menjaga alam sekitar . Cara yang terakhir , ialah mengadakan kempen untuk mengurangkan menggunakan kenderaan mengelakkan daripada pencemaran udara dan bunyi.
0 ULASAN

Folio Thailand
di 10:55 Dicatat oleh Maya PENDAHULUAN Bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pendidik MRSM Pendang terutamanya pengetua yang telah banyak berusaha menyediakan kelengkapan kepada pelajar-pelajarnya. Tidak lupa juga kepada cikgu matapelajaran Geogerafi Cikgu Fadhilah yang telah banyak berusaha memberi tunjuk ajar kepada saya.Yang keduanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saya Sarimah binti Abd Ghani dan bapa saya Wan Razali bin Wan Abdullah kerana telah banyak memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Seterusnya kepada rakan-rakan saya yang turut sama menolong saya menyiapkan tugasan ini terutamanya pelajar tingkatan empat dan tingkatan tiga. Akhir sekali kepada pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

Kawasan saya menjalankan kajian ialah kawasan Kota Sarang Semut. Kasawan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Kasawan ini terletak lebih kurang tiga kilometer dari ibu negeri Perlis. Kawasan kajian yang saya hendak bandingkan ialah kawasan Bangkok di Thailand. Tujuan saya memilih kawasan ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk. Disamping itu kawasan kajian saya ini merupakan kawasan yang mempunyai tarikan pelancong yang tersendiri. Tempoh kajian yang dijalan oleh mengambil masa selama satu bulan setengah. Saya mula menjalankan kajian saya pada 11 April tepat jam 9 pagi dan berakhir pada 27 April 11, 2008 pada jam 3 petang. Objektif kajian saya ialah : 1. Untuk mengakaji jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan saya dan negara Thailand. 2. Untuk mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi kepada Negara. 3. Untuk mengkaji kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. 4. Untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi kepada alan sekitar. Kawasan kajian saya ialah kawasan Bintong. Kawasan ini mempunyai kegiatan okonomi pertanian dan perikanan ikan air tawar. Antara kegiatan yang dijalankan ialah seperti sawah padi, penanaman buah-buahan dan menternak ikan air tawar. Kawasan kajian ini terletak lebin kurang 3 kilometer ibu negeri Perlis. Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah : 1. Pemerhatian. Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut. 2. Temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan Bintong bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting. 3. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta

penduduk-penduduk kampung berdekatan. 4. Rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan pada buku teks Geografi tingkatan 3, contoh folio tingkatan tiga tahun lepas, internet, buku ilmiah dan sebagainya. Jenis-jenis kegiatan ekonomi Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi. Saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan okonomi di kawasan kajian saya. Antaranya ialah : Kawasan Bintong 1. Pertanian. Kegiatan ekonomi pertanian ini melibatkan aktiviti seperti menanam padi, menanam buah-buahan seperti mangga, cili, sayur-sayuran dan sebagainya. 2. Perikanan. Kegiatan ekonomi perikanan dikawasan ini ialah perikan ait tawar. Antara ternakanya ialah ikan tilapia merah, keli, haruan, selat, kap merah dan sebagainya. 3. Perkhidmatan. Kegiatan ekonomi perkidmatan dikwasan ini ialah seperti pelancongan, pegangkutan dan perhubungan, kewangan dan perbankan, dan pendidikan Negara Thailand 1.Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian Kawasan Bintong Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini adalah : 1.Peluang pekerjaan. Ia telah menyediakan peluang pekerjaan yang benyak dalam sektor pertanian seperti pesawah padi, pekebun, penternak ikan. Di samping itu ia juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada sesiapa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi seperti guru, pegawai bank, dan sebaginya. 2.Pendapatan. Kawasan ini juga membantu dalam pendapatan Negara dalam ekonomi pertanian seperti mengekspot padi, sayur-sayuran dan sebasgainya. 3.Kemudahan infranstuktur. Kawasan ini dapat pelbagai keudahan infranstruktur seperti sekolah, universiti dan banyak lagi.

Negara Thailand Antara sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Negara ini adalah : 1 Peluang pekerjaan. 2. Pendapatan. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Kawasan Bintong Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap kawasan ini ialah : 1.Pencemaran. Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladang-ladang, dan kebun-kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya terbebas ke udara. Disamping itu pebakaran jeramit padi menyebabkan pencemaran udara. Ini berlaku apabila tiba musim menuai padi dijalankan. 2.Penipisan ozon. Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya. 3.Kepupusan sumber. Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan kawasan dalam sektor perkhidmatan menyebabkan kepupusan sumber berlaku Negara Thailand Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap Negara ini ialah: 1.Pencemaran. Kegunaan racun perosak serangga yang banyak untuk pertanian menyebabkan banyak sisa-sisa racun atau bahan kimia mengalir ke sungai. Pertambahan kenderaan-kenderaan menyebabkan banyak asap di bebaskan ke udara terutamanya asap hitam. 2.Pulau haba. Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba. 3.Kepupusan sumber. Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. 4.Hakisan tanah. Penebangan pokok-pokok dikawasan tinggi menyebabkan hakisan tanh berlaku. RUMUSAN Setelah selesai melakukan kajian saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan seperti pertanian,perkhidmatan dan

perikanan. Di samping itu saya telah mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi seperti peluang pekerjaan, pendapatan kepada negara, dan sebagainya. Saya juga telah mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, dan pencemaran. Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pengurangan penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa dingin serta alat-alat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman pembakaran secara terbuka.
0 ULASAN

Folio Jepun
di 10:01 Dicatat oleh Maya PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya kerana tanpa mereka tidak lahirlah saya ke dunia ini dan mereka jugalah yang memberi dorongan dan sokongan moral untuk saya teruskan kajian ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak sekolah, terutamanya guru geografi saya iaitu Encik Zakaria bin Jusoh yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha saya menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada responden-responden Kampung Tanjung Batu Rakit yang sudi memberi kerjasama kepada saya terutama berkaitan dengan pengumpulan data di kawasan kajian. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang berada di kelas 3 an-nur yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan. 1.0 PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar-pelajar tingkatan 3 diwajibkan menyiapkan Kajian Geografi Tempatan. Saya Polan Bin Polan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Polan telah menjalankan satu kajian yang diamanahkan oleh Encik Polan Bin Polan bertajuk kepentingan sistem jaringan pengangkutan di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu dan dibandingkan dengan Negara Jepun. Kampung Tanjung Batu Rakit menjadi pilihan saya untuk dikaji kerana kampung ini merupakan kampung saya dan terdapat jaringan pengangkutan jalan raya yang penting. Saya memilih Negara Jepun sebagai negara yang dibandingkan

dengan kawasan saya kerana Negara Jepun merupakan negara yang moden dan mempunyai sistem pengangkutan yang cekap. Saya mengambil masa kira-kira enam bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai untuk menjalankan dan menyiapkan Kajian Geografi Tempatan. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jaringan pengangkutan yang ada di kawasan saya dan Negara Jepun. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar lain yang ingin mempelajari tajuk ini. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan mencapai objektif-objektif berikut: i. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di kawasan kajian. ii. Mengkaji kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya. iii. Menanam rasa kesyukuran terhadap Allah s.w.t. dengan rezeki-Nya, kerana limpah kurnianya negara kita mempunyai jaringan sistem pengangkutan yang baik. iv. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Malaysia. v. Memahami kepentingan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian. KAWASAN KAJIAN Guru Geografi tingkatan 3 An-nur Encik Zakaria Bin Jusoh mengalakkan kami memilih tempat kediaman masing-masing sebagai kawasan kajian. Hal ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. Saya telah memilih Jepun dan Kampung Tanjung Batu Rakit sebagai kawasan kajian. Kampung Tanjung Batu Rakit Kampung Tanjung Batu Rakit terletak berhampiran Pantai Batu Rakit. Jarak kampung dengan Bandar Kuala Terengganu kira-kira 30 kilometer. Kampung ini terletak diantara Kampung Mengabang Telipot dengan Kampung Padang Polis. Terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Kampung Padang Polis dengan Kampung Batu Rakit. Kampung ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ialah 80% tanah pamah, 15% berpasir, dan 5% lain-lain. Tanah pamah merupakan faktor utama jaringan pengangkutan di kawasan kajian kerana jalan raya di kawasan ini dapat di bina dengan baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Negara Jepun

Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama jepun , dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan (archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil. 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun. Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan. Iklim Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas.

Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas. Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido, as a seasonal rain front or baiu zensen () stays above Japan. Pada akhir musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat. Linimo (Landasan Tobu Kyuryo) Keretapi Linimo menghampiri Banpaku Kinen Koen, ke arah stesen Fujigaoka Sistem Urban Maglev yang pertama di dunia menggunakan kawalan automatik telah beroperasi di Jepun pada Mac 2005. Ini melibatkan sembilan stesen perhentian di atas landasan Tobu-kyuryo yang juga dikenali sebagai Linimo sejauh 8.9km. Landasan ini mempunyai radius operasi sebanyak 75m dan kecerunan sebanyak 6%. Keretapi yang menggunakan motor linear bermagnet ini mempunyai halaju maksima 100km/j. Laluan ini memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain kawasan Ekspo 2005. Keretapi ini telah direkacipta oleh Chubu HSST Development Corporation, yang merupakan organisasi yang menguruskan operasi landasan ujian di Nagoya. Maglev jenis urban ini telah dipatenkan selepas HSST dibina dan dipersembahkan dalam demonstrasi di Korea dan sementara Rotem (versi komersil Korea) sedang di dalam pembinaan di Daejeon yang telah dijangkakan untuk memulakan operasi pada April 2007. KAEDAH KAJIAN Saya telah menjalankan kajian melalui kaedah-kaedah berikut yang saya rasa sesuai untuk Kajian Geografi Tempatan kali ini. Antara kaedah tersebut ialah Kaedah temubual Saya telah memubual 20 orang responden untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jaringan pengangkutan di kawasan kajian iaitu kawasan tempat tinggal saya. Kaedah pemerhatian Saya telah memerhati jenis jaringan pengangkutan yang ada di Kampung Batu Rakit. Kaedah rujukan Saya telah membuat rujukan di dalam buku teks tingkatan 3 dan mengetahui dengan lebih lanjut saya merujuk internet dan laman web yang berkenaan dengan kajian.

Kaedah soal selidik Saya telah membuat soal selidik dengan membuat borang soal selidik yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat tentang jaringan pengangkutan yang ada di kawasan kajian untuk diberikan kepada responden-responden. Dapatan Kajian JALAN RAYA Jalan raya merupakan jaringan pengangkutan terpenting di kawasan kajian saya. Hampir seluruh penduduk di kawasan kajian ini menggunakan jalan raya yang disediakan untuk berhubung dengan kampung-kampung lain mahupun ke tempat kerja. Melalui kajian saya, saya mendapati jalan raya di kawasan kajian agak sibuk pada waktu pagi dan petang kerana pada waktu ini penduduk hendak pergi ke tempat kerja. Jalan raya agak lengang pada pukul 9 pagi 4 petang kerana waktu ini merupakan waktu penduduk di sini berada ke tempat kerja.

LORONG JALAN KAKI Melalui kajian yang telah dibuat, terdapat juga lorong jalan kaki ini di Kampung Tanjung Batu Rakit. Lorong jalan kaki ini menghubungkan penduduk yang tinggal di pinggir pantai dengan penduduk yang tinggal di pedalaman. Lorong jalan kaki ini biasanya digunakan oleh penduduk yang bekerja sebagai nelayan. JALAN AIR Jalan air tidak digunakan secara meluas di kawasan kajian. Jenis pengangkutan

ini biasanya digunakan oleh penduduk yang tinggal berhampiran sungai. Sungai ini membolehkan penduduk menghantar hasil kegiatan ke kampung sebelah untuk dipasarkan disana. FAKTOR MEMPENGARUHI JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN BENTUK MUKA BUMI Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Kampung Tanjung Batu Rakit terletak di kawasan tanah pamah. Namun begitu, terdapat juga sebahagian kawasan yang mempunyai bukit-bukit kecil tetapi bukit-bukit itu tidak mempengaruhi jaringan pengangkutan di kawasan kajian saya. PERKEMBANGAN EKONOMI Pembinaan jaringan pengangkutan juga turut di pengaruhi oleh perkembangan ekonomi. Kegiatan penduduk kampung yang mengusahakan tanaman getah dan bekerja sebagai nelayan dapat memasarkan hasil kegiatan mereka dengan cepat memandangkan jeringan pengangkutan yang baik di bina. KEPERLUAN PENDUDUK Keperluan penduduk semakin bertambah dan keadan ini mempengaruhi jeringan pengangkutan di sini. Jalan-jalan diubahsuai dan diperbesar mengikut keprluan penduduk tempatan. Hal ini memudahkan penduduk berurusan dan berkomunikasi. KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang dibuat jarigan pengakutan dikawasan saya mempunyai banyak kepentingan. Antara kepetingan tersebut adalah: PERKEMBANGAN EKONOMI Salah satu faktor yang menjamin perkembangan ekonomi ialah jaringan pengakutan. Jaringan pengakutan yang baik memudahkan para petani dan nelayan untuk memasarkan hasil kegiatan mereka dipasaran. Sistem jaringan pengangkutan di Jepun berjaya menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan sektor pelancongan. Terowong Osakako Sakishima merupakan satu tarikan kerana pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah di sana. SOSIAL Jika kita tinjau dari segi sosial jaringan pengankutan yang cekap membolehkan penduduk berulang alik dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan selesa. Jaringan pengakutan juga menaikan taraf hidup penduduk dikawasan kajian. Salah satu kemajuan teknologi pengangkutan pengangkutan yang canggih di Jepun kereta api Shinkansen, pengangkutan yang canggih ini dapat menghubungkan 7000 pulau yang menganjur sejauh 3000 KM dengan sistem lebuh raya dan perkhidmatan udara serta laut yang cekap

TAHAP KETERSAMPAIAN Tahap ketersampaian boleh didefinasikan sebagai keadaan sama ada kawasan itu mudah atau sukar untuk dihubungi. Kampung Tanjung Batu Rakit merupakan sebuah kawasan yang mudah untuk dihubungi kerana jalan melalui kampung ini merupakan jalan utama ke Bandar Kuala Terengganu dengan Negara Jepun juga mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan adanya jaringan pengangkutan yang canggih. Saya telah membuat pemerhatian tentang bilangan kenderaan yang melalui jalan ini dalam tempoh dua jam, dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi hari Rabu bersamaan 15 Mei 2008. Kesan kesan perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Kampung Tanjung Batu Rakit KESAN POSITIF Di kawasan Kampung Tanjung Batu Rakit dan kampung-kampung yang menggunakan bas telah berjaya mengurangkan pencemaran udara Di Jepun, terdapat juga perkhidmatan bas seperti yang dijalankan di Malaysia. Ini membantu mengelakan penebangan hutan secara berlebih-lebihan hanya untuk membina jalan raya. Ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan kesan pulau haba. Saya berasa bangga kerana menetap di kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan bas yang mesra alam. Pengangkutan bas juga mewujudkan landskap yang menarik dan juga mengelakkan kesesakkan jalan raya. Ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur luar negara untuk melabur di negara kita. Hal yang demikian, akan meningkatkan hasil ekonomi di negara kita. KESAN NEGATIF Manakala kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah pencemaran udara.Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida. Pertambahan bilangan kenderaan turut menyunbang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu puncak. Keadaan ini sama dengan fenomena yang berlaku di Negara Singapura kerana kedudukannya yang amat padat. Kemalangan jalan raya sering berlaku di Malaysia. Di lingkaran tengah banyak berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau yang menyebabkan penglihatan yang kurang jelas. Langkah langkah penyelesaian PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk

mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Begitu juga kerajaan Jepun telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan sama. Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk mengelakkan pencemaran udara. Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat mengurangkan tahap pencemaran udara dunia. MENANAM POKOK-POKOK DI KAWASAN KAJIAN Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Kita perlu menanam sebanyak pokok yang mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara. Usaha yang sama juga dilakukan oleh kerajaan Jepun yang menganjurkan program Green Earth iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah pokok di halaman rumah. Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau walaupun pembangunannya pesat. MENGURANGKAN KESESAKKAN JALAN RAYA Malaysia telah menggalakan pengunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti LRT di taman ini sebagai satu langkah pro-aktif mengurangkan kesesakan jalan raya.Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Jepun yang dikenali sebagai MRT. Saya berbangga kerana Malaysia mampu menyediakan pengangkutan bertaraf dunia. MENGGUNAKAN PENGGUNAAN NGV (Neutral Gas Vehicle) Malaysia telah mengamalkan penggunaan NGV untuk semua teksi di Malaysia. NGV tidak akan mencemarkan udara dan ia adalah mesra alam. Malah, harga NGV adalah murah daripada harga petrol. Kegiatan yang sama telah dilakukan di negara bandingan saya di Jepun atas alasan yang sama. MEMANDU DENGAN CERMAT Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan. Kita harus mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan. Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju. Kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita. Kita perlu beusaha untuk mengurangkan kesemua kesan negatif yang didapati di jaringan sistem pengangkutan. RUMUSAN Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tenteng jenis-jenis sistem pengangkutan, faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sisitem pengangkutan di Kampung Tanjung Batu Rakit. Disamping itu, mengenalpasti kepentingan serta kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah-langkah mengatasi masalah sistem pengangkutan. Selepas menjalankan kajian ini, saya telah mengetahui secara lebih mendalam

terhadap kawasan kajian saya. Saya juga berasa bangga kerana menjadi seorang rakyat Malaysia setelah menjalankan kajian ini. Melalui kajian ini saya merasa bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan sistem pengangkutan. Saya juga mengetahui jaringan pengangkutan di Jepun. Hal ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
0 ULASAN

Laman utama Langgan: Catatan (Atom)


BLOG ARCHIVE

2008 (4) o Jun 2008 (4) Folio Indonesia Folio Kanada Folio Thailand Folio Jepun

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly.

You might also like