You are on page 1of 1

Kesan akibat merokok :

y Merokok mempercepatkan kemerosotan mental - Kajian yang dilaporkan dalam

Jurnal Neurologi (Mac 2010) mendapati perokok mengalami kemerosotan mental lima kali lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok. Ini bermakna merokok akan mempercepatkan seseorang mengalami masalah Alzheimer (nyanyuk).

y Merokok meningkatkan risiko mendapat penyakit lupus - Lupus ialah sejenis

penyakit autoimun (kecelaruan sistem imun) yang boleh menyebabkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu di seluruh badan.

y Merokok membuat anda nampak lebih cepat tua - Merokok akan menyebabkan

kulit kehausan oksigen dan nutrien. Akibatnya, kulit kelihatan pucat dan perkara ini bukan saja berlaku pada perokok yang sudah tua tetapi turut membabitkan perokok muda. Pada masa sama, kulit akan lebih cepat kendur; sumbangan daripada 4,000 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok.
y Gigi dan gusi rosak - Antara kesan asap rokok yang nyata ialah warna karat pada

gigi. Kerosakan dalam mulut ini tidak berhenti di situ kerana perokok juga berpotensi mengalami penyakit gusi, nafas berbau dan lain -lain masalah kebersihan mulut. Perokok mempunyai kebarangkalian dua kali ganda mengalami kehilangan gigi awal berbanding bukan perokok. Malah kajian membuktikan rokok ad alah penyebab utama kepada kanser mulut.

y Kuku, gigi dan kulit terutama di celah jari menjadi kuning. Ini adalah kesan

daripada asap rokok. Berita baiknya warna kekuningan ini akan pudar apabila anda berhenti merokok.

y Kedutan tepi mata - Semua orang akan mempunyai kedutan di tepi mata apabila

umur meningkat. Bagaimanapun bagi perokok, kedutan ini muncul lebih awal dan nampak jelas.

You might also like