You are on page 1of 9

Apa itu Autisme?

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma Autism Spectrum Disorder). Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:

Autistic disorder (juga dikenali sebagai Klasik Autisme) Sindrom Asperger (juga dikenali sebagai Atypical Autism) Pervasive Developmental Disorder (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.) Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran. Tanda-tanda bagi Autisme. Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme: 1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau. 2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. 3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri saya. Selain dari itu, kanakkanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu

cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk. Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme? Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini. Sekiranya, anak anda menunjukkan simptom-simptom autisme, segeralah membawa anak anda berjumpa dengan doktor. Oleh Nanny V.B.

Autisme: Dunia yang penuh misteri

Latar Belakang
Filem "Rain man" satu contoh persepsi media pemfileman barat terhadap golongan autisme. Dalam cerita tersebut seorang dewasa yang mengalami autisme akan tetapi pintar di dalam kemahiran matamatik serta dapat menyaingi permainan judi di Las Vegas. Tidak semua individu yang mengalami autisme mempunyai kemahiran yang sama seperti "Rain man". Ini satu persepsi yang salah. Sebenarnya ramai individu yang mengalami autisme sukar atau jarang menyamai "Rain Man".

Sebaliknya ada pula rancangan tv yang mempamerkan individu yang mengalami autisme sebagai kumpulan yang sering menyendiri, terasing dalam dunia mereka sendiri, tidak berupaya berkomunikasi atau memberikan atau menerima perasaan kasih sayang. Ada yang menganggap seandainya dapat dikeluarkan mereka dari kepompong dunia mereka, maka terserlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka. Individu yang mengalami autisme juga dipaparkan sebagai agresif atau suka mencederakan diri sendiri. Semua yang telah disebutkan hanyalah mitos umum mengenai autisme. Terdapat ramai individu dengan autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan

Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme?


Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri seperti kekurangan upaya atau defisit dalam kemahiran berkomunikasi dan asas kemahiran hidup akan tetapi ciri-ciri kanakkanak autisme tidak serupa. Maka ramai ahli profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" (spectrum disorder). Autisme sendiri merupakan gangguan yang berkaitan banyak aspek perkembangan kanak-kanak, ada tiga kumpulan dengan fungsi berbeza yang yang biasa menghadapi masalah, iaitu bahasa, fungsi sosial, dan tingkahlaku repetitif.

Mendifinisikan Autisme
Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan "pervasive developmental disorders [PDD]." Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu yang mengalami autisme. The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan komunikasi. Jadi mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan perhatian kepada anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulang-ngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku tertentu (seperti tidak mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-ulang kali). Mereka mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk menyatakan sebaliknya.

Pada 1943, Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner pula (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar." Sebelum Kanner, kanak-kanak yang mengalami masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder." Anggapan apabila dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional. Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar. Pada peringkat awal autisme sudah dapat dilihat tanda-tandanya sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun, Kebiasaanya gejala autisma sudah mulai dapat dikesan seawal secara saintifik di usia 2 hingga 5 tahun. Tapi pada beberapa kes, tanda-tanda autisme hanya boleh dikesan di usia sekolah. Secara umum, gejala autisme berbeza-beza bagi setiap orang yang mengalaminya Tanda-tanda autisma meliputi beberapa gangguan perkembangan pada anak, iaitu :

1. Gangguan komunikasi, verbal dan non verbal - Lambat berkomunikasi atau tidak dapat komunikasi. - Mengeluarkan kata - kata yang tidak dapat difahami oleh orang lain. - Sukar memahami dan tidak menggunakan kata-kata dalam konteks yang sesuai. - Tidak bercakap apabila berkomunikasi untuk komunikasi. - Suka meniru, ada yang pandai meniru nyanyian, nada-nada tertentu atau kata-kata yang mempunyai maknanya. - Kadang autisme berkomunikasi mendatar seperti robot. - Mimik muka yang tiada reaksi. - Keadaanya seperti mengalami masalah pendengaran, tetapi bila mendengar suara yang disukainya, mereka akan bereaksi dengan cepat.

2. Gangguan interaksi sosial - Mengelak atau menghindari untuk bertentangan muka. - Mengalami maslahan pendengaran. - Merasa tidak selesa dan meronta-ronta bila dipeluk. - Tidak berusaha untuk berinteraksi dengan orang lain. - Bila inginkan sesuatu, mereka akan menarik tangan orang yang terdekat dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuknya. - Bila didekati untuk bermain, golongan autisme akan menjauhi diri. - Kebiasaan golongan autisme kehadiranya memberi ketidakselesaan kepada orang lain.. - Kadang-kadang mereka akan mendekati orang lain untuk makan atau duduk di pangkuan sebentar, kemudian berdiri secara tiba-tiba tanpa menunjukan apa-apa reaksi di mimik muka mereka. - Ketidakmahuan untuk berhubung dengan orang lain lebih kelihatan pada rakan-rakan seusia dengannya jika dibandingkan terhadap orang lebih tua daripadanya atau ibubapa sendiri.

3. Gangguan perilaku dan bermain - Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu cara untuk bermain. Jika bermain pun, kelihatan agak mendatar dan melakukan gerakan yang berulang selama berjam-jam. - Apabila sudah agak selesa dengan sesuatu permainan, mereka akan menolak jika diberi permainan

yang lain serta cara bermainnya juga cukup pelik dan aneh. - Menahan sesuatu benda yang berpusing (memegang tayar kereta permainan secara terus menerus untuk jangka masa yang lama). - Mengengam sesuatu benda seperti kad, tali, pencil dan sebaginya secara berterusan dan dibawa ke mana-mana. - Sering memerhatikan jari-jarinya sendiri, kipas angin yang sedang berputar, air yang berterusan bergerak. - Kerap menunjukan kelakuan bersifat ritualistik. - Kadang-kadang golongan autisma memperlihatkan seperti golongan hiperaktif, seperti tidak dapat duduk diam untuk seketika, berlari-lari ke sana sini, melompat-lompatdan sebagaiya. - Kadang-kadang mereka akan menunjukan sifat yang sangat diam dan tenang.

4. Gangguan perasaan dan emosi - Tidak mempunyai atau kurang perasaan simpati. Kadang-kadang mereka tidak mempunya perasaan kasihan. Bila ada saja kanak-kanak menangis, ia tidak mempunyai perasaan kasihan tapi malah merasa terganggu. Ia memnghampiri kanak-kanak menagis dan memukulnya. - Ketawa sendiri, menangis atau marah-marah tanpa sebab yang nyata. - Sering mengamuk di luar kawalan, terutama apabila mereka tidak mendapatkan apa yang diingini, bahkan mereka juga boleh menjadi agresif dan dekstruktif.

5. Gangguan persepsi di luar kawalan atau di bawah sedar - Mencium, menggigit atau menjilat mainan atau benda apa saja. - Bila mendengar suara kuat bunyinya mereka terus menutup mata. - Tidak menyukai dan menyenagi rabaan dan pelukan. Kadang-kadang apabila didukung, mereka lebih cenderung meronta-ronta untuk melepaskan diri dari pelukan. - Merasa tidak selesa bila memakai pakaian dengan bahan tertentu. Dan akhirnya unit Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Text Revised (DSM-IV-R) (American Psychiatric Association, 2000) kini menerima autisme sebagai berpunca dari pelbagai masalah perubatan yang kompleks, melibatkan genetik, persekitaran, dan neurologikal (Piven, 1997). Akan tetapi yang menyedihkan, penyelidik masih belum menjumpai "penawar"nya.

You might also like