You are on page 1of 2

Ibnu khaldun Tokoh sejarawan Ulung

1. Biodata Ibnu khaldun : Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Di lahirkan di Tunisia pada tahun 732 hijrah / 1332 Masihi. Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Bapa beliau ialah seorang sarjana terkenal. Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria , Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. Meninggal dunia di Kaherah , Mesir pada tahun 808 Hijrah/1406 Masihi ketika berusia 87 tahun.

2. Keperibadian Ibnu Khaldun : iTekun mencari ilmu : Tekun mempelajari ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain.Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. iiBerjiwa pemimpin : Menjadi pegawai istana dan ketua hakim negara berdasarkan kecekapan dan keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan negara. iiiKreatif : Pemikiran beliau dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun lahir hasil daripada pengalaman kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu tersendiri. 3. Pendidikan Ibnu Khaldun : - Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapanya), Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrami, Muhammad bin Saad bin Barral Al-Ansari, Muhammad bin Al-Syawasi Al-Zarzali dan ramai lagi. - Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantik , falsafah , sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. - Semasa di Fez, mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin AlQassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam.. 4. Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang : Sebagai Sejarawan : o Menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan , faktor kegemilangan dan kejatuhan. o Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. o Ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Masudi. Sebagai Negarawan : o Banyak menyandang jawatan penting seperti : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan. Anggota Majlis Ilmiah. Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi. Duta Granada. Perdana Menteri (Hajib) Bougie. Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah). o Jawatan-jawatan penting tersebut memberi peluang untuk berkhidmad kepada negara dengan lebih berkesan. Sebagai Budayawan : o Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. o Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.

o Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi.

5. Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam : Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya. Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun. 6. Karya Agung Ibnu Khaldun : Menghasilkan karya-karya yang bermutu : o Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun o Al-Takrif Bi Ibnu Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan. Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatic kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah : Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwaperistiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

You might also like