You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS STAF SOKONGAN SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN RIAM, MIRI

BIL.
1

TUGAS
Pengurusan Kewangan -

TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab membantu Pengetua dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan bagi aktivitiaktiviti Pendidikan Menengah, Pentadbiran Am, Pembangunan dan lain-lain. Pengawasan semua Buku Lejar (Vot Manual dan Vot Berkomputer), Akaun Amanah dan Hasil dan mempastikan butirbutir kewangan kemaskini setiap masa Melaksanakan pengurusan Sistem Perancangan dan Kawalan Bajet Elektronik (ESPKB) dan Buku Vot Berkomputer Memastikan Laporan Prestasi Perbelajaan Mengurus sentiasa kemaskini dan dimajukan ke JPN Sarawak setiap awal bulan Mengurus keluaran Pesanan Kerajaan untuk pelbagai pesanan dan menyemak dan mampastikan koding pembayaran pelbagai bekalan / baucer bayaran / baucer jurnal dengan betul dan tepat. Membantu dalam halehwal Tender / Sebutharga. Memastikan kawalan ke atas semua waran, Pesanan Kerajaan, bil-bil, baucer bayaran diurus mengikut lunas-lunas perkhidmatan. Memastikan Buku Daftar Bil kemaskini setiap masa. Menerima dan memasukkan Wang Tunai dan Cek-Cek serta menadatangani Resit Buku Tunai (Akaun Amanah dan Hasil) ke dalam bank mengikut lunas -lunas peraturan perbendaharaan. Membantu mengawal, menyemak dan mengeluarkan penggunaan Waran Perjalanan Udara bagi pelbagai kemudahan ( contoh: kemudahan Tambang Percuma Mengunjungi Wilayah Asal dua tahun sekali dan bagi kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar stesen ). Menyemak dan mempastikan setiap Baucer dan Kelompok yang akan dimajukan ke JAN Miri sentiasa lengkap dan tiada kesilapan. Sentiasa memberi kerjasama dengan JAN Miri dalam pelbagai Kuiri Kewangan dan Akaun; penyesuaian buku Vot / Perbelanjaan / Hasil / Amanah / Flimsi Menyelesaikan mana-mana masalah yang dibangkitkan oleh Audit berkenaan Kewangan dan Akaun. Mengendali dan menyemak Buku Cerakinan. Menyelia dan memantau pengurusan Daftari Harta Modal, Inventori, Bekalan Stok dan Pelupusan Aset.

2.

Hal-Hal Perkhidmatan Dan Perjawatan

Menyelia, memantau dan memastikan segela urusan Perkhidmatan Dan Perjawatan dilaksana mengikut tatacara yang betul. Perancangan dan pelaksanaan Program Ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan, keupayaan dan kemahiran Anggota Kakitangan Sokongan. Penilai Pertama Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf Sokongan Menyemak semua pemohonan Cuti kakitangan. Menyokong Permohonan Cuti Semua Staf Sokongan. Bertanggungjawab menjaga Keselamatan dan Kebersihan pejabat dan harta benda di Pejabat Am pada setiap masa. Memantau dan mengawalselia tugas dan tanggungjawab semua kakitangan sokongan di pejabat

3 4 Hal-Hal Kemudahan Pengurusan Am -

You might also like